KUALA LUMPUR: Enam pilihan raya negeri yang akan diadakan selepas Jun nanti merupakan cabaran pertama barisan kepimpinan baharu UMNO.
Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, tanggungjawab kepimpinan baharu ini adalah memulihkan keyakinan pengundi Melayu terhadap UMNO.
Selain itu, Hisomuddin juga berpendapat, kepimpinan baharu UMNO ini juga mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan maruah parti pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan UMNO yang baharu juga, jelas Hisomuddin, mempunyai tanggungjawab untuk menyusun strategi bagi mendapatkan kembali sokongan pengundi Melayu pada PRU16.
"Tanggungjawab paling besar ialah bagaimana kepimpinan ini yang dikatakan majoritinya orang presiden yang tunduk kepada hala tuju parti untuk mereka memulihkan keyakinan semula UMNO.
"Kemudian dalam tempoh lima tahun ini, mereka yang menang ini menggalas tanggungjawab untuk mengisi ruang kemenangan dalam kerajaan.
"Kepimpinan baharu ini juga perlu menterjemahkan semula keyakinan secara keseluruhan kerana UMNO mempunyai tamparan hebat kerana pencapaiannya kini hanyalah 26 kerusi UMNO daripada 30 kerusi parlimen yang dimiliki BN.
"Maka dengan beban yang ada ini sudah tentu mereka tidak boleh toleh ke belakang lagi.
"Datuk Seri Zahid dan juga seluruh kepimpinan UMNO yang menang kali ini perlu untuk merencana strategi bagi memulihkan keyakinan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-16," katanya kepada Astro AWANI.
Hisomuddin berpendapat, keputusan pemilihan UMNO ini merupakan cerminan suara akar umbi yang mahukan kepimpinan yang boleh seia dan sekata dengan hala tuju parti.
"Harapan dan cerminan suara akar umbi adalah mengharapkan UMNO ini kurang kontroversi dan juga perkara yang boleh mengganggu keputusan tertinggi.
"Akar umbi mahukan mereka yang menerajui parti iaitu presiden, timbalan presiden, naib presiden dan MKT untuk membuat keputusan memacu dan juga menentukan hala tuju UMNO ke hadapan.
"Kali ini presiden dan timbalan presiden mempunyai pasukan impian untuk membawa UMNO dan memulihkan kembali reputasi UMNO dalam pilihan raya umum yang lalu," katanya lagi.
Sehingga kini, dua muka baharu iaitu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah memenangi kerusi Naib Presiden UMNO.
Seorang lagi calon yang menang kerusi Naib Presiden UMNO ialah Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengekalkan jawatan yang disandang sebelum ini.
Bagi kerusi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO pula, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mendapat undi bahagian tertinggi dan selesa di tempat pertama.
Ini diikuti dua senator iaitu Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz yang mendapat tempat kedua dan ketiga.
Irwan Muhammad Zain
Sun Mar 19 2023

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan UMNO yang baharu mempunyai tanggungjawab untuk menyusun strategi bagi mendapatkan kembali sokongan pengundi Melayu pada PRU16. -Gambar fail

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang
Sulaiman berkata, pemilihan yang diadakan pada 27 Julai ini diharap berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.

"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.

Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.