KUALA LUMPUR: Keputusan memecat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Isham Jalil daripada parti itu dibuat oleh MT parti, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.
"Jawatankuasa Disiplin pun akan bawa ke Majlis Tertinggi, Majlis Tertinggi akan memutuskannya. Apa yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi itu adalah muktamad," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan Isham tidak diadili oleh Jawatankuasa Disiplin parti dan keputusan pemecatan itu dibuat oleh presiden parti.
Ditanya sama ada keputusan itu sebagai amaran kepada pihak yang mengkritik UMNO dan presiden parti, Ahmad Zahid berkata tindakan mengkritik presiden tidak menjadi pertimbangan bagi keputusan itu dibuat.
"Tetapi apabila menghina parti sendiri dan mengecilkan UMNO sebagai sebuah parti yang dianggotainya, ertinya tindakan itu dilakukan MT supaya tidak ada usaha 'tikus membaiki labu' ini dalam UMNO itu sendiri.
... Orang itu kalau ada lagi dalam UMNO akan rosak lagi UMNO," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Seri Idris Ahmad bahawa UMNO perlu berterima kasih kepada Bersatu kerana menjadikan UMNO sebahagian daripada kerajaan sebelum ini, Ahmad Zahid berkata Pas sepatutnya berterima kasih kepada UMNO.
"Datuk Seri Idris tak mengetahui apa yang telah dilakukan UMNO, sepatutnya beliau berterima kasih kerana sebelum itu beliau adalah pembangkang juga.
Pembentukan kerajaan ketika itu datangnya daripada sumbangan UMNO kerana ketika itu PAS hanya mempunyai 18 kerusi manakala UMNO dan BN secara keseluruhannya mempunyai 68 kerusi, sepatutnya mereka berterima kasih kepada UMNO," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023

Ahmad Zahid berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin. - Gambar fail

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

AGC tolak representasi Isham Jalil untuk mohon maaf secara terbuka kepada badan kehakiman
Jabatan Peguam Negara tolak representasi Isham Jalil yang didakwa menghina mahkamah berhubung kenyataan mengenai kes 1MDB membabitkan Najib Razak.

Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.

Isham mohon SPRM keluar notis isytihar harta terhadap Farhash
Permohonan dibuat terhadap SPRM kepada Farhash susulan kes berkaitan pembelian saham Heitech Padu membabitkan kontrak RM1 bilion kerajaan.

AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.

RUU Penggal Tetap bukan untuk rakyat, hanya kepentingan diri ahli politik
Isham berkata, perkara itu dilihat hanya untuk kepentingan diri segelintir ahli politik dalam kerajaan.

Peguam Negara mohon Isham Jalil dipenjara, denda atas dakwaan hina mahkamah berkaitan kes Najib
Peguam Negara memohon kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Isham Jalil kerana dikatakan menghina mahkamah.

Permohonan dipenjara, denda kerana hina mahkamah: "Saya akan lawan" - Isham Jalil
Isham akan teliti permohonan AG kepadanya agar beliau dikenakan tindakan sama ada dipenjara atau didenda kerana didakwa menghina mahkamah.

Isham dipecat UMNO kerana sudah melampaui batas - Khaled Nordin
Isham Jalil dipecat daripada parti kerana masalah disiplin susulan tindakannya mengkritik parti itu secara suka hati.

Isham terima surat status keahlian dalam masa terdekat - Zahid
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Isham sahut cabaran Ahmad Zahid untuk berdebat
Menurut Isham, beliau meletakkan syarat bahawa debat itu mesti berlangsung di gelanggang yang neutral.