Pembelaan kerajaan ke atas golongan wanita terutama ibu tunggal bukan bersifat retorik dan bermusim.
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kerajaan sentiasa membela golongan ibu tunggal malah wanita secara keseluruhan sejak dulu lagi.
"Sejak merdeka, kita sentiasa mengiktiraf peranan wanita dalam politik, ekonomi malah memberi mereka peranan penting dalam pentadbiran negara.
"Malah, soal kebajikan, pendidikan dan pembanguan ekonomi golongan ini sentiasa dititikeratkan dengan adanya pelbagai program yang diatur oleh kerajaan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada Program Umno Bantu Rakyat 2.0 yang dianjurkan oleh Biro Kebajikan Umno Malaysia di sini malam tadi.
Di majlis tersebut, seramai 500 orang terdiri daripada ibu tunggal di sekitar Parlimen Padang Serai menerima bantuan berupa barang keperluan harian.
Hadir sama, Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar Padang Serai, Datuk Asmadi Abu Talib dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Padang Serai, Datuk Marliah Abdul Latiff.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 04 2018

Shamsul Anuar (kiri) bercakap pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada orang ramai ketika Program UMNO Bantu Rakyat Fasa Ke-2 di Pejabat UMNO Bahagian Sik, 4 Feb, 2018. --fotoBERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

KDNK Singapura berkembang 0.2 peratus pada suku pertama 2021 - Anggaran awal MTI
Ekonomi berkembang sebanyak 2.0 peratus, meneruskan pengembangan 3.8 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Harga durian perlu dikawal agar pengguna tidak terus tertipu - PPMM
Che Hassan berkata, sudah tiba masanya pihak kerajaan campur tangan memperkenalkan harga siling buah durian klon, mengikut gred.

Kerjasama Pas dan UMNO tidak bermusim - Muslimat Pas
Beliau berkata kerjasama itu telah dipersetujui di peringkat PAS pusat dan selari dengan tuntutan Islam supaya bantu membantu dalam menjaga kebajikan rakyat dan ketakwaan.

Tuduhan 'makan dedak' ibaratkan penerima seperti haiwan
Datuk Zahari Sarip berkata sejak kebelakangan ini, parti pembangkang mula masuk ke pelusuk kampung dan pekan menyalurkan barangan keperluan secara percuma kepada rakyat bagi mengabui mata rakyat.

Kerajaan bela ibu tunggal bukan retorik - Shamsul Anuar
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kerajaan sentiasa membela golongan ibu tunggal malah wanita secara keseluruhan sejak dulu lagi.