MELAKA: Permohonan menghadap Yang di-Pertua Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam oleh mana-mana wakil politik negeri itu terpaksa ditangguhkan sehingga Khamis ini.
Setiausaha Khas Yang diPertua Negeri Melaka, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, Tun Mohd Ali sedang menjalani proses kuarantin bermula 30 September lalu selepas menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19.
“Sekarang ini beliau (Mohd Ali) sedang kurantin kendiri selama tujuh hari.
“Jumaat ini beliau akan masuk pejabat, selepas itu beliau akan beri keputusan sama ada berjumpa atau tidak (wakil politik) pada hari itu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Semalam, empat wakil rakyat iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) menamatkan teka-teki krisis politik Melaka selepas mendakwa hilang kepercayaan dengan kepimpinan Sulaiman.
BACA: Kerajaan Melaka tumbang: PH Melaka akan menghadap TYT, belum bincang calon Ketua Menteri
Kesemua mereka juga telah menghantar surat menarik sokongan berkenaan kepada pejabat Ketua Menteri.
Sementara itu, sumber Istana Melaka memaklumkan satu pengumuman khas oleh kerajaan negeri dijangka diadakan petang ini oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kira-kira jam 3.00 petang ini.
Difahamkan, Mohd Ali sudah mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon, malam tadi bersama beberapa pihak dan membuat kata putus.
“Tunggu saja jemputan nanti, kerana saya tidak pasti pengumuman itu akan dibuat oleh Speaker DUN, Setiausaha Kerajaan Negeri atau Ketua Menteri Melaka.
“Tun juga difahamkan sudah membuat keputusan dan hasilnya akan diumumkan hari ini,” jelas sumber itu ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Oct 05 2021
![Kerajaan Melaka tumbang: TYT kuarantin, tiada kunjungan sehingga Khamis Kerajaan Melaka tumbang: TYT kuarantin, tiada kunjungan sehingga Khamis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629778808_AliRustam.jpg)
Difahamkan, Mohd Ali sudah mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon, malam tadi bersama beberapa pihak dan membuat kata putus. - Foto fail/BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Rakyat sedih lepaskan Al-Sultan Abdullah, teruja nantikan ketibaan Agong baharu Rakyat sedih lepaskan Al-Sultan Abdullah, teruja nantikan ketibaan Agong baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706588566_Agong.jpg)
Rakyat sedih lepaskan Al-Sultan Abdullah, teruja nantikan ketibaan Agong baharu
Muhammad Reezuan Wahid sanggup meredah kedinginan pagi dari Melaka ke Jalan Parlimen, semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan diraja itu.
![#AgongKita: Cadangan Kerajaan Perpaduan ditolak, What choice do I have? - Al-Sultan Abdullah #AgongKita: Cadangan Kerajaan Perpaduan ditolak, What choice do I have? - Al-Sultan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685953815_TBAgong.jpg)
#AgongKita: Cadangan Kerajaan Perpaduan ditolak, "What choice do I have?" - Al-Sultan Abdullah
Idea mewujudkan Kerajaan Perpaduan telah dicetuskan baginda sejak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.
![Agong berkenan terima PhD Kepimpinan UIAM Agong berkenan terima PhD Kepimpinan UIAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684576301_TBAgong.jpg)
Agong berkenan terima PhD Kepimpinan UIAM
Al Sultan Abdulllah menyifatkan ia bukan untuk pencapaian diri baginda tetapi juga mengiktiraf nilai dan peranan rakyat di negara ini.
![Politik Sabah: PM cadang bentuk Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid Politik Sabah: PM cadang bentuk Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671892840_ZahidHamidi.jpg)
Politik Sabah: PM cadang bentuk Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di Sabah, melibatkan semua parti yang berada dalam kerajaan di peringkat pusat.
![Politik Sabah: 'Saya hanya nasihat, pemimpin negeri akan tentukan keputusan' - PM Politik Sabah: 'Saya hanya nasihat, pemimpin negeri akan tentukan keputusan' - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673286699_TBANWARLAWATAN.jpg)
Politik Sabah: 'Saya hanya nasihat, pemimpin negeri akan tentukan keputusan' - PM
Terpulang kepada pemimpin Sabah sendiri untuk membuat keputusan berhubung kemelut politik di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Imran Khan batal tunjuk perasaan ke Islamabad Imran Khan batal tunjuk perasaan ke Islamabad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664802083_ImranKha.jpg)
Imran Khan batal tunjuk perasaan ke Islamabad
Imran Khan membatalkan perarakan protes bantahannya ke Islamabad kerana bimbang ia akan menyebabkan kekecohan di negara itu.
![Bajet 2023 masih ikut jadual asal - Tengku Zafrul Bajet 2023 masih ikut jadual asal - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659832642_TengkuZafrul.jpg)
Bajet 2023 masih ikut jadual asal - Tengku Zafrul
Setakat ini tiada perubahan berkenaan Bajet 2023 seperti yang digembar-gemburkan.
![Kerajaan Melaka tumbang: TYT kuarantin, tiada kunjungan sehingga Khamis Kerajaan Melaka tumbang: TYT kuarantin, tiada kunjungan sehingga Khamis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629778808_AliRustam.jpg)
Kerajaan Melaka tumbang: TYT kuarantin, tiada kunjungan sehingga Khamis
Tun Mohd Ali sedang menjalani proses kuarantin bermula 30 September lalu.
![Kemelut politik Melaka tidak akan berulang di Perak - Menteri Besar Kemelut politik Melaka tidak akan berulang di Perak - Menteri Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633407519_DatukSaaraniMohama.jpg)
Kemelut politik Melaka tidak akan berulang di Perak - Menteri Besar
Saarani enggan mengulas dakwaan kononnya punca kemelut itu disebabkan 'ada dua singa di atas satu gunung'.
![Siapa nak jadi Ketua Menteri, silakan - Sulaiman Siapa nak jadi Ketua Menteri, silakan - Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618576951_SulaimanMdAli.jpg)
"Siapa nak jadi Ketua Menteri, silakan" - Sulaiman
Spekulasi bertiup kencang mendakwa, kerajaan negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa.