Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini mempersoal usaha kerajaan negeri Pulau Pinang dalam menyediakan rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak yang didakwa banyak diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata selepas sembilan tahun kerajaan DAP mentadbir negeri ini, hanya terdapat tiga pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak yang diusahakan Majlis Kebajikan Wanita Pulau Pinang (Rumah Perlindungan Sosial), Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
"Kenapa setelah sembilan tahun, tidak ada sebarang tindakan dilaksanakan kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan yang cukup penting ini? Kenapa dibiarkan kepada NGO? Apakah tindakan positif kerajaan negeri untuk menangani masalah wanita dan kanak-kanak yang berlaku di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika meminta penjelasan daripada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Chong Eng, pada sesi soal jawab persidangan dewan undangan negeri di sini.
Beliau berkata kerajaan negeri seharusnya memberi lebih perhatian kepada permasalahan wanita dan kanak-kanak di negeri ini.
"Sebenarnya pusat perlindungan ini pun kena dikategorikan. Contohnya perlindungan untuk mangsa keganasan domestik, mangsa serangan seksual dan sebagainya serta mangsa atau ibu yang secara tidak sukarela mengandung luar nikah. Semua ini adalah kategori yang berlainan," katanya.
Dalam pada itu, Jahara turut meminta kerajaan negeri meneruskan usaha kerajaan negeri terdahulu iaitu membangunkan sebuah rumah perlindungan wanita di atas tapak seluas 5.26 hektar di Seberang Perai, yang sehingga kini belum dibangunkan.
Terdahulu, Chong Eng berkata tiada rumah perlindungan wanita di bawah kerajaan negeri, namun kerajaan negeri dengan kerjasama WCC telah menubuhkan Pusat Perkhidmatan Wanita (PPW) yang memberi perkhidmatan kaunseling, perlindungan sementara dan nasihat guaman untuk golongan wanita yang menghadapi krisis.
Beliau berkata tanggungjawab menyediakan pusat perlindungan itu terletak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kemudahan berkenaan disediakan berdasarkan kepada keperluan.
Katanya dari 2012 hingga 2016, seramai 234 wanita diberi perlindungan di ketiga-tiga pusat perlindungan berkenaan manakala 23 wanita yang mengandung luar nikah ditempatkan di Pusat Perlindungan Wanita Darul Sakinah.
"Seramai 132 wanita atau gadis yang mengandung luar nikah pula ditempatkan di Majlis Kebajikan Wanita sehingga bayi selamat dilahirkan dan 79 wanita serta 67 kanak-kanak yang merupakan anak atau jagaan kepada mangsa keganasan domestik, masalah rumah tangga, serangan seksual dan masalah perhubungan ditempatkan di WCC," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2017
JAHARA: Kenapa setelah sembilan tahun, tidak ada sebarang tindakan dilaksanakan kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan yang cukup penting ini? Kenapa dibiarkan kepada NGO? -Gambar fail
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kumpulan The Hague keluarkan kenyataan bersama sulung mengenai Palestin
Negara-negara peserta komited tegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawapan terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.