Kerajaan negeri Pulau Pinang yang sebelum ini memperjuangkan prinsip kebebasan bersuara dilihat membelakangkan prinsip itu apabila mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP dan membekukan semua peruntukannya.
Tindakan kerajaan negeri itu berikutan ucapan dasar Iszuree pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 berlangsung di Batu Pahat, Johor baru-baru ini yang menegur kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan.
Ketua Menteri Lim Guan Eng yang sebelum ini mendesak Anggota Parlimen Temerloh daripada PAS, Nasrudin Hassan Tantawi memohon maaf berhubung kenyataannya dalam isu projek terowong dasar laut, dilihat mengambil langkah lebih drastik terhadap Iszuree berikutan tindakan sama menegur kerajaan negeri itu.
Iszuree ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima surat daripada MPPP berhubung perkara itu dan beliau menyerahkan kepada parti PAS kerana beliau dilantik sebagai anggota majlis oleh parti.
"Saya serahkan (perkara ini) pada parti untuk menentukannya. Saya ahli majlis yang dilantik oleh parti dan saya juga adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS negeri. Pada masa sama, saya juga merujuk kepada peguam saya nak tengok ada kes atau tidak. Jika ada kes, saya akan buat saman malu," katanya.
Iszuree menyifatkan tindakan kerajaan negeri itu sebagai tidak demokratik dan jelas menunjukkan kesombongan sebuah kerajaan negeri dan pemimpin yang dahulunya memperjuangkan kebebasan bersuara.
"Saya bercakap atas keprihatinan rakyat tanpa mengira kaum. Tapi MalaysiaKini telah 'misquoted' kata saya mempertikai dasar perumahan kerajaan negeri.
"Hasil daripada laporan MalaysiaKini, beberapa ahli majlis daripada DAP dan PKR mengeluarkan kenyataan balas mempertikai apa yang saya ucapkan.
"Kerajaan negeri pula tanpa mendapat penjelasan saya dan berpandukan laporan MalaysiaKini telah mengambil keputusan semalam menggantung saya serta-merta, umpama memecat saya. Ini amat sedih bila kita tegur, terus diambil tindakan.
"Saya rasa ini cukup tidak demokratik dan hala tuju kerajaan negeri DAP cakap tak serupa bikin, hanya gimik sahaja," katanya.
Beliau berkata teks ucapannya pada muktamar itu turut diserahkan kepada ketua menteri, bagaimanapun kerajaan negeri tetap memecat beliau.
Sementara itu, Lim ketika ditemui dalam majlis berasingan enggan mengulas perkara itu.
Surat bertarikh 26 Sept itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 Sept telah memutuskan mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap, MPPP yang beliau merupakan seorang ahli dan membekukan semua peruntukan.
Bernama
Sun Sep 28 2014

Iszuree menyifatkan tindakan kerajaan negeri itu sebagai tidak demokratik dan jelas menunjukkan kesombongan pemimpinnya. -Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Isu sijil halal: 'DAP akan terus berdiri bersama Teresa Kok' - Guan Eng
Lim Guan Eng, menegaskan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung cadangan mewajibkan pensijilan halal, tidak menyentuh isu 3R iaitu kaum, agama dan raja.

Kes Guan Eng: BUCG tidak sepatutnya terlibat dalam mesyuarat sedia dokumen RFP - Saksi
Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa syarikat Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd (BUCG) tidak sepatutnya terlibat dalam mesyuarat atau perbincangan bagi penyediaan dokumen permintaan untuk

Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
Ahli Parlimen Port Dickson itu menjadi wakil ketua pemimpin politik kedua yang menghadap Al-Sultan Abdullah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pakatan Harapan belum putuskan anggota jawatankuasa penaja - Guan Eng
Setakat ini, belum ada pengesahan mengenai senarai anggota jawatankuasa penaja itu, yang akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

'PKR tolak PRN Pulau Pinang kerana rakyat cemuh DAP' - Syed Ali
Pakatan pembangkang sebenarnya tidak yakin memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang jika diadakan secara mengejut seperti yang dicadangkan DAP.

Hina Aidilfitri: 'Kenapa Mat Sabu diam sahaja?' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO hairan dengan sikap membisu Presiden PAN, Mohamad Sabu terhadap tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.

'Kor Ming dalang api perkauman negara' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO mendesak anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming meminta maaf secara terbuka di atas perbuatannya yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.

'Kor Ming hina Aidilfitri, mahu alih isu Guan Eng' - Armand
Tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri dilihat cubaan mengalih pandangan rakyat dalam isu rasuah Lim Guan Eng.

Debat Taman Manggis: 'Kenapa perlu berdalih?' - Guan Eng
Lim Guan Eng menegaskan bahawa pencabarnya, Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak mempunyai sebab untuk tidak mengadakan debat pada 16 April ini.

#ICYMI: Berita pilihan pengarang (14 - 20 Mac, 2016)
Berikut adalah berita pilihan pengarang Astro AWANI bagi minggu bermula 14 sehingga 20 Mac.