SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tidak meminggirkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili pembangkang di negeri ini sebaliknya telah menyalurkan peruntukan melalui projek pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata selaras dengan prinsip kerajaan MADANI, sebanyak RM34.49 juta merangkumi 119 projek diluluskan di lima kawasan DUN pembangkang pada tahun lepas.
"DUN Bagan Pinang melibatkan 25 projek berjumlah RM5.84 juta bagi 2023 dan 11 projek dengan peruntukan berjumlah RM2.34 juta tahun ini. Bagi DUN Gemas terdapat 29 projek melibatkan RM6.09 juta pada tahun lepas dan 39 projek dengan peruntukan RM6.34 juta bagi tahun ini.
"DUN Labu pula 10 projek melibatkan peruntukan RM2.01 juta pada tahun lepas dan 11 projek bernilai RM2.06 juta bagi tahun ini manakala 19 projek di DUN Paroi dengan peruntukan RM12.07 juta tahun lepas dan 13 projek berjumlah RM3.22 juta bagi tahun ini," katanya ketika sesi penggulungan persidangan DUN Negeri Sembilan di sini hari ini.
Aminuddin berkata DUN Serting pula melibatkan 36 projek dengan peruntukan berjumlah RM8.48 juta pada tahun lepas dan 17 projek berjumlah RM2.5 juta untuk tahun ini, selain itu kerajaan negeri juga bersedia mengkaji kenaikan gaji ADUN serta gaji penjawat awam negeri ini.
Beliau berkata penternakan lembu tenusu itu juga mengambil contoh teknologi ladang tenusu di China yang disesuaikan dengan faktor setempat, hasil lawatan ke ladang tenusu Wei Gang Dairy Farm dan Wei Gang Taichuangyuan Smart Farm, Nanjing pada 23 dan 24 April lepas.
"Teknologi itu merangkumi sistem perahan susu secara automatik, pembersihan najis lembu secara automatik menggunakan saliran antibau, kawalan pengudaraan automatik dan semula jadi serta sistem nyahbau yang tercanggih di dunia," katanya.
Beliau berkata mengikut Data Bancian Asas oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, kadar sara diri bagi susu segar di negeri ini pada tahun lepas adalah sebanyak 122.8 peratus.
"Ini bermaksud tidak timbul isu ketidakcukupan susu segar di negeri ini dan ladang tenusu ini akan menambahkan bekalan di pasaran tempatan dan memenuhi keperluan pasaran negeri lain serta antarabangsa selain menawarkan peluang kerja," katanya.
Jalaluddin berkata pengeluaran udang galah di negeri ini merekodkan hasil bernilai lebih RM3.48 juta daripada 51.13 tan metrik pada tahun lepas membabitkan 41 penternak berdaftar dengan Jabatan Daerah Kuala Pilah, manakala Kuala Pilah merupakan pengeluar tertinggi sumber perikanan.
Beliau berkata selain memenuhi permintaan tempatan, benih udang galah di negeri ini juga mula mendapat permintaan luar negara dan pada tahun lepas sebanyak 132,000 benih udang galah bernilai RM18,195 dieksport ke Taiwan dan Bangladesh.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri J. Arul Kumar pula memaklumkan Kementerian Pengangkutan melantik dua operator bagi melaksanakan perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini bermula 1 April lepas bagi tempoh lima tahun.
Beliau berkata operator berkenaan perlu menyediakan 100 bas baharu termasuk empat bas elektrik bagi menyediakan perkhidmatan bas di seluruh negeri bermula 1 Julai ini.
Persidangan DUN hari ini turut meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan dan Pelesenan Penternakan Unggas dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas (Pindaan) 2024 serta RUU Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (Pindaan) 2024.
Aminuddin berkata pindaan berkenaan bertujuan menjadikan isi kandungannya lebih jelas, tadbir urus lebih efisien dan penguatkuasaan akan lebih menyeluruh.
Persidangan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024

Aminuddin berucap semasa sesi penggulungan pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15, hari ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.

Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB
Kerajaan Negeri Sembilan membuat 16 pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran kerajaan negeri.

Kerajaan Negeri Sembilan tidak pinggir DUN diwakili pembangkang - MB
Kerajaan Negeri Sembilan tidak meminggirkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili pembangkang di negeri ini.

Negeri Sembilan timbang insentif kewangan kepada syarikat tempatan terlibat pembangunan AI
Kerajaan Negeri Sembilan akan menimbangkan pemberian insentif kewangan kepada syarikat tempatan yang terlibat dalam pembangunan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

81 rumah pangsa kerajaan N.Sembilan diduduki bukan penyewa asal
Daripada jumlah yang diperiksa itu, 48 kediaman masih dihuni oleh penyewa asal, 55 kediaman diduduki keluarga atau saudara-mara penyewa asal, 26 lagi disewakan, satu kediaman kosong dan lain-lain 108.

Negeri Sembilan raih kutipan hasil RM541.3 juta tahun lepas
Kerajaan Negeri Sembilan meraih kutipan hasil sebanyak RM541.3 juta atau 20.3 peratus melebihi RM450 juta yang disasarkan tahun lalu.

Ganjaran RM10,000 salur maklumat buang sisa kimia secara haram
Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat kegiatan pembuangan haram sisa kimia sehingga tertangkapnya pelaku.

Streram berjanji akan selesai isu perumahan rakyat di Rantau
Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S.Streram sudah memaklumkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan untuk mempertimbangkan untuk membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Rantau.