Perlu ada tindakan yang lebih tuntas dan pantas dalam menyelesaikan masalah yang membebani rakyat, terutamanya dalam isu kos sara hidup, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, walaupun Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 cetusan idea Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu sangat diperlukan, namun apa yang lebih penting ialah bagaimana kerajaan untuk mempercepatkan lagi usaha meningkatkan pendapatan rakyat serta mengukuhkan ekonomi negara.
Atas sebab itu, Anwar berkata, beliau mempunyai harapan yang tinggi kepada kerajaan untuk menilai semula kaedah pelaksanaan dasar pengukuhan ekonomi dan pembangunan, serta masa yang diperlukan.
“Shared Prosperity itu adalah visi, tetapi saya lebih mengambil berat mengenai kaedah pelaksanaan, mengenai aspek teknikalnya, kerana ia harus diterjemahkan kepada realiti.
"Lihat pada kemarahan anak muda, isu peluang pekerjaan dan sebagainya,” katanya kepada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres Nasional Keadilan 2019, di sini hari ini.
Terdahulu, dalam ucapannya, Anwar berkata, kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir terbukti membawa perubahan dalam memastikan sistem penyampaian yang berkesan, namun agenda reformasi Keadilan harus terus diterapkan dalam kerajaan.
“Dahulu kita menentang dasar sistem percukaian memanfaatkan orang kaya. Dulu kita tegas menentang prinsip yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.
“Sekarang dengan semangat sama supaya program pembangunan itu tidak meninggalkan dan meremehkan dan meminggirkan nasib mereka yang menderita. Sebab itu saya menggesa kita melihat semula pengisytiharan reformasi, kerana ia boleh menjawab permasalahan,” katanya lagi.
Anwar berkata, PKR dari awal penubuhannya masih berpegang teguh kepada prinsip menjadi parti untuk semua, tanpa mengira bangsa dan agama.
Firdaus Azil
Sat Dec 07 2019
![Kerajaan perlu pantas selesaikan masalah rakyat - Anwar Kerajaan perlu pantas selesaikan masalah rakyat - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71575695817_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar berkata, beliau mempunyai harapan yang tinggi kepada kerajaan untuk menilai semula kaedah pelaksanaan dasar pengukuhan ekonomi dan pembangunan, serta masa yang diperlukan. - Foto BERNAMA
NSL: Klinik beri peluang cungkil bakat generasi muda, bangun akar umbi
Klinik Netball Super League (NSL) yang dianjurkan Astro disifatkan sebagai antara platform terbaik untu mencungkil bakat pemain dalam kalangan generasi muda dan membantu pembangunan di peringkat akar umbi.
Agenda AWANI: Trump mahu Gaza, usir rakyat Palestin?
Bagaimana dunia perlu ‘bertindak’ sebagai respon terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu ambil alih dan bina semula Gaza serta mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka? Diskusi 8.30 malam
Kerajaan belum muktamad Projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Penduduk harap jalan runtuh segera dibaiki, bahayakan pengguna
Penduduk harap kerja pembaikan jalan runtuh di laluan Kampung Rantau Panjang ke Kampung Besol Lama di Hulu Dungun akibat hakisan musim tengkujuh lalu perlu disegerakan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.
![Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738757964_Pelancongcederater.jpg)
Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah
Seorang pelancong warga asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney hari ini.
![Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.
Gencatan Senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata Amerika Syarikat dibawah kepimpinan Presiden Donald Trump akan berdepan dengan lebih banyak tentangan daripada masyarakat antarabangsa mengenai isu Palestin. Jelasnya, selepas sekutu rapat Jordan dan Arab Saudi menolak cadangan Trump mengenai penguasaan Amerika Syarikat di Gaza, lebih banyak negara akan menzahirkan bantahan yang sama. #AgendaAWANI
Gencatan Senjata Gaza: ‘Trump pemimpin tidak waras, penuh retorik, ditolak dunia’ - Penganalisis
Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih Gaza menonjolkan keperibadiannya sebagai seorang pemimpin yang tidak waras dan hanya penuh dengan retorik. Jelasnya, sekiranya Amerika Syarikat terus bersikap sedemikian, maka negara tersebut akan berdepan dengan penolakan besar-besaran oleh masyarakat antarabangsa. #AgendaAWANI
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan. Jelasnya, keyakinan ini berpaksikan kepada sikap ASEAN yang berpegang teguh kepada piagamnya dan peraturan-peraturan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). #AgendaAWANI
Percepat integrasi ekonomi ASEAN, tangani tekanan dasar ekonomi AS – Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu segera mengintegrasikan ekonomi negara-negara rantau ini untuk mengurangkan impak dasar ekonomi Amerika Syarikat yang dilihat menekan. Jelasnya, langkah ini boleh dicapai melalui Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2025-2030 yang akan dimuktamadkan seterusnya meningkatkan pelaburan antara negara-negara anggota ASEAN. #AgendaAWANI
![Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738737077_WanAhmadDahlan.jpg)
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
![Isu agenda reformasi, penyelewengan diesel subsidi dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini Isu agenda reformasi, penyelewengan diesel subsidi dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Isu agenda reformasi, penyelewengan diesel subsidi dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini
Isu agenda reformasi institusi dibangkitkan oleh Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab lisan.
![Pelantikan pengerusi SPR harus komited dan bebas - Faisal Pelantikan pengerusi SPR harus komited dan bebas - Faisal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717772131_MuhammadFaisalAbdu.jpg)
Pelantikan pengerusi SPR harus komited dan bebas - Faisal
Ujarnya lagi, dengan adanya kriteria seperti berikut, mereka akan lebih cakna tentang tanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang dipegang.
![Bersih anjur kongres 25 Mei ini, rangka perancangan menuju PRU16 Bersih anjur kongres 25 Mei ini, rangka perancangan menuju PRU16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713932863_BERSIH.jpg)
Bersih anjur kongres 25 Mei ini, rangka perancangan menuju PRU16
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
![Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713686908_AnwarIbrahim.jpg)
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.
![Gerakan koperasi adalah agenda ekonomi rakyat yang perlu disokong, diperkasakan - PM Anwar Gerakan koperasi adalah agenda ekonomi rakyat yang perlu disokong, diperkasakan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700841506_AnwarIbrahim.jpg)
Gerakan koperasi adalah agenda ekonomi rakyat yang perlu disokong, diperkasakan - PM Anwar
Gerakan koperasi adalah sebuah agenda ekonomi rakyat yang jelas serta agenda reformasi yang perlu disokong dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![[KOLUMNIS] Hitam-putih kontroversi pelantikan Nurul Izzah [KOLUMNIS] Hitam-putih kontroversi pelantikan Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675310777_AnwarIbrahim.jpg)
[KOLUMNIS] Hitam-putih kontroversi pelantikan Nurul Izzah
Rasulullah pernah melantik menantunya, Othman ibn Affan sebagai penjaga Madinah ketika baginda keluar memimpin tentera Islam di Badr.
![Wan Saiful gesa PM Anwar kotakan agenda reformasi, elak ditekan Wan Saiful gesa PM Anwar kotakan agenda reformasi, elak ditekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71669825571_WanSaifulWanJan.jpg)
Wan Saiful gesa PM Anwar kotakan agenda reformasi, elak ditekan
Sekian lama bercakap mengenai reformasi, hari ini beliau akan berhadapan dengan satu kelompok yang boleh mengugutnya.
![Kerajaan perlu pantas selesaikan masalah rakyat - Anwar Kerajaan perlu pantas selesaikan masalah rakyat - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71575695817_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan perlu pantas selesaikan masalah rakyat - Anwar
Anwar berkata beliau mempunyai harapan yang tinggi kepada kerajaan untuk menilai semula kaedah pelaksanaan dasar pengukuhan ekonomi dan pembangunan, serta masa yang diperlukan.
![Masa untuk berlembut sudah habis, tiada ruang untuk pengkhianat - Anwar Masa untuk berlembut sudah habis, tiada ruang untuk pengkhianat - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61575699612_AnwarIbrahim.jpg)
Masa untuk berlembut sudah habis, tiada ruang untuk pengkhianat - Anwar
Sudah tiba masanya pertelagahan dan persengketaan dalam Parti Keadilan Rakyat dihentikan, kata Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.