PUTRAJAYA: Satu perjanjian gabungan akan ditandatangani semua parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan.
Menurut Menteri Luar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, perjanjian gabungan itu bagi memastikan kerajaan yang tertubuh terus kukuh.
"Saya selaku Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), kita telah adakan perbincangan tentang apa yang dipanggil coalition agreement di kalangan kita, ia akan ditandatangani sedikit masa lagi.
"Semua pihak terbabit mendalami perkara-perkara yang telah dicatatkan, kita harap segala disempurnakan dalam masa terdekat," jelasnya.
Meskipun enggan mendedahkan kandungan perjanjian terbabit, namun jelas Zambry, beliau yakin ianya akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
"Adalah amat penting perjanjian gabungan ini untuk semua parti politik bersama sebagai satu pasukan, ia amat penting.
"Kita perlu ambil berat mengenai perkara ini, perbincangan telah diadakan beberapa kali, ketika ini boleh saya katakan perjanjian itu sudah sampai ke draf terakhir.
"Bukan hanya melibatkan dua parti, tetapi lebih daripada dua, boleh jadi tiga atau empat. Tetapi semua parti akan mengambil bahagian untuk bersama," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Wisma Putra di sini pada Isnin.
Terdahulu, Zambry meluangkan masa lebih satu jam bersama warga Wisma Putra dalam Majlis Ramah Mesra bersama Menteri Luar di Dewan Tuanku Abdul Rahman.
Fareez Azman
Mon Dec 05 2022

Menurut Menteri Luar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, perjanjian gabungan itu bagi memastikan kerajaan yang tertubuh terus kukuh. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan Perpaduan: Perjanjian gabungan antara semua parti di peringkat akhir - Zambry
Satu perjanjian gabungan akan ditandatangani semua parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan.