Kerajaan Selangor didakwa menimbulkan pelbagai masalah berhubung pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat yang dirancang kerajaan persekutuan di negeri itu.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata berkata Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) misalnya, merancang membina 27 projek perumahan mampu milik untuk rakyat Selangor tetapi gagal dilaksanakan kerana mendapat pelbagai kekangan.
"Kami (Kerajaan Persekutuan) mahu membantu rakyat untuk memiliki rumah dengan projek yang sudah diluluskan, tapi kerajaan negeri pula menimbulkan pelbagai masalah, hari ini satu pun belum dapat dilaksanakan," katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 serta program ramah mesra dengan penduduk setempat di Cheras, dekat sini malam tadi.
Beliau berkata jumlah itu meliputi pembinaan 51,000 unit rumah PRIMA yang sehingga kini belum dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun Noh tidak menjelaskan terperinci berhubung kekangan berkenaan.
Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang tidak membantu rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah membeli rumah dengan pemberian subsidi sebagaimana dilakukan Kerajaan Persekutuan melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
"Kalau rumah harga RM100,000, paling tidak mereka boleh bagi subsidi RM10,000. Seperti Kerajaan Persekutan, kalau ikut kos sebenar sebuah rumah PPRT bernilai RM165,000 tetapi kami jual RM35,000 sahaja," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2016
NOH: Kami mahu membantu rakyat untuk memiliki rumah dengan projek yang sudah diluluskan, tapi kerajaan negeri pula menimbulkan pelbagai masalah. - Astro AWANI / Shahir Omar / Fail
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Projek laluan rel pantai timur (ECRL) dijangka siap dua bulan setengah lebih awal dari yang dijadualkan selepas kerja pemasangan laluan dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disempurnakan.
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin meninjau projek berpotensi menjana kekayaan, dalam satu lawatan ke China pada jun 2016.
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Rumah transit, usaha kerajaan bantu belia beli rumah sendiri
Menerusi projek itu, penyewa akan dikenakan sewa RM800 dan sejumlah RM300 daripadanya akan 'disimpan' oleh kerajaan sehingga tempoh sewaan lima tahun berakhir.
'Kerajaan negeri berkuasa tentukan harga rumah' - Noh
Antara punca kenaikan harga rumah adalah faktor lokasi, caj premium serta kos yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kerajaan Selangor didakwa kekang Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia
Kerajaan Selangor didakwa menimbulkan pelbagai masalah berhubung pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat yang dirancang kerajaan persekutuan di negeri itu.
Kementerian tubuh jawatankuasa khas teliti pinjaman pemaju - Noh Omar
Jawatankuasa terbabit akan turut melihat secara terperinci kadar faedah pinjaman yang bakal ditawarkan pemaju kepada pembeli.
40,536 kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah selesai - Noh Omar
Sejumlah 40,536 daripada 40,923 kes yang difailkan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) telah berjaya diselesaikan sepanjang 1 Januari 2003 hingga 31 Julai lalu.
Penganjur Himpunan Bersih dan Baju Merah belum jelaskan kos pembersihan - Rahman
Penganjur himpunan Bersih 2.0 belum membayar RM64,955 manakala Penganjur Himpunan Baju Merah belum membayar RM38,214.70.
Cadangan tubuh Majlis Keselamatan Air dibawa ke Kabinet Januari
Kertas cadangan berhubung pembentukan Majlis Keselamatan Air dijangka dibentang untuk kelulusan Kabinet pada Januari depan.
Kerajaan akan tetap berdiri teguh walaupun selepas Bersih - Rahman Dahlan
Datuk Abdul Rahman Dahlan yakin kerajaan akan tetap berdiri teguh selepas Bersih namun bimbang jika penganjuran perhimpunan itu hanya akan memburukkan situasi ekonomi negara.
Bandaraya Melaka perintis 'My Buskers Corner'
Bandaraya Melaka dipilih menjadi tapak perintis projek 'My Buskers Corner' (MBC).
Cadangan naik kadar cukai pintu, beri servis terbaik - Rahman Dahlan
Cadangan menaikkan kadar cukai pintu bertujuan memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk warga kota.