SUBANG JAYA: Pandangan Datuk Seri Najib Razak berkaitan kerjasama dengan musuh UMNO tidak mewakili akar umbi namun sedikit sebanyak mampu mempengaruhi golongan itu memandangkan beliau adalah bekas Presiden UMNO.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Mohd Alfie Zainal Abidin berkata, kenyataan Najib itu adalah pandangan peribadi.
Begitupun, katanya beliau yakin akar umbi pasti akan patuh dan hormat kepada keputusan akhir parti.
Tegasnya, paling utama sekarang adalah UMNO perlu segera mengadakan pemilihan parti sebelum pilihan raya berlangsung bagi menentukan suara sebenar parti.
"Amat penting untuk kita mengadakan pemilihan secepat mungkin sebelum pilihan raya kerana kepimpinan itulah yang bakal membawa suara sebenar akar umbi.
"Lebih lama kita tangguh lebih banyak kerosakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang mendakwa membawa suara sebenar akar umbi.
"Kepada akar umbi, pemilihan ialah tempat sebenar untuk mereka menghumban pemimpin yang mereka rasa tidak mewakili pandangan mereka demi masa depan parti," katanya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) harus mencari titik persamaan dengan segera.
"Pandangan saya tidak salah jika UMNO untuk meneroka sebarang strategi termasuk untuk berkerjasama dengan musuh jika Bersatu masih terus menekan dan membuli UMNO dan ingin melemahkan parti.
"(UMNO, Pas, Bersatu) Cari titik persamaan jika mereka benar-benar ikhlas ingin melihat kerajaan Melayu Islam terbesar dalam sejarah terus menerajui kerajaan demi kesejahteraan negara," ujarnya.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Najib sebagai berkata, tidak mustahil UMNO boleh bekerjasama dengan pihak atau parti yang telah dilabel sebagai ‘musuh’ politik, seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kata Ahli Parlimen Pekan itu, parti yang pernah beliau pimpin selama sembilan tahun itu sememangnya mengamalkan pendirian terbuka kepada semua pilihan.
Begitupun tegasnya, ia haruslah mendapat persetujuan pemimpin dan akar umbi.
Astro Awani
Wed Feb 24 2021
![Kerjasama dengan musuh: Pandangan Najib tidak wakili akar umbi Kerjasama dengan musuh: Pandangan Najib tidak wakili akar umbi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41614161822_mohdalfie.jpg)
Mohd Alfie berkata UMNO perlu segera mengadakan pemilihan parti sebelum pilihan raya berlangsung.
!['Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha 'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737583420_TBzaliha.jpg)
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
![Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa ditekan Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa ditekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738484514_HimpunanMahasiswa.jpg)
Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa ditekan
Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.
!['Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil 'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736944404_TBfahmi.jpg)
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
![PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669007947_HajijiMohdNoor.jpg)
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
![Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733987519_TBSaifuddinNasution.jpg)
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
![Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724424185_TBHAJIJINOR.jpg)
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
![Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025 Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717063170_AmirudinShari.jpg)
Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.
![Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732542608_tbPMbersamadiaspor.jpg)
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
![Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732452422_ZambryAbdKadir.jpg)
Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
![PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730797736_PRNSabahKerjasama.jpg)
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
![Pemimpin UMNO jangan 'usik' rakan komponen Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid Pemimpin UMNO jangan 'usik' rakan komponen Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728381375_ZahidHamidi.jpg)
"Pemimpin UMNO jangan 'usik' rakan komponen Kerajaan Perpaduan" - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO diingatkan agar tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan sehingga menimbulkan masalah.