Kerjasama di antara Pas dan UMNO pada hari ini tidak lagi menjadi tanda tanya setelah pimpinan kedua-dua parti saling menyatakan sokongan khususnya pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.
Jika kerjasama itu agak kabur sewaktu PRK DUN Sungai Kandis sebelum ini, namun kini penyokong kedua-dua parti mungkin sudah jelas berkenaan pendirian pimpinan mereka, setidak-tidaknya melihatkan kehadiran Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang hadir bersama pimpinan Pas ketika hari penamaan calon bagi PRK DUN Seri Setia, Sabtu lalu.
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, kehadiran Ismail Sabri dan beberapa pimpinan UMNO lain jelas sebagai tanda sokongan kepada calon Pas, Dr Halimah Ali dan ia menunjukkan kebersamaan dalam konteks pembangkang untuk merampas kerusi DUN Seri Setia.
“Kerjasama ini bagi saya bukan perkara baharu, walaupun sebelum ini kerjasama antara UMNO dan Pas tidak begitu jelas, namun dengan kehadiran pimpinan UMNO semasa penamaan calon, ia menunjukkan kerjasama formal malah hubungan yang lebih konkrit antara UMNO dan Pas.
“Kini, kerjasama antara UMNO dan Pas tidak lagi secara sembunyi-sembunyi, dan dalam konteks ini saya melihat ia akan menjadi trend politik baharu bagi kedua-duanya untuk masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.
Namun begitu, Ahmad Marthada beranggapan, kerjasama yang wujud antara kedua-dua parti itu masih belum mampu untuk menewaskan Pakatan Harapan (PH) dalam perebutan kerusi DUN Seri Setia, 8 September ini.
Katanya, selain berdasarkan jumlah majoriti yang besar pada PRU14 lalu, faktor pola sokongan pengundi kawasan bandar yang dilihat condong ke arah PH juga menyebabkan Pas sukar untuk merampas kerusi itu.
“Malah pada PRK Sungai Kandis sebelum ini, walaupun pertembungan satu lawan satu dan ia adalah kawasan luar bandar, pembangkang masih sukar mencabar PH
“Apatah lagi untuk merampas kerusi Seri Setia kali ini, di mana ia kawasan bandar atau separa bandar, dan kita tahu kebanyakan pengundi di kawasan bandar adalah mesra PH,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani melihat kerjasama antara UMNO dan Pas adalah satu bentuk realiti politik di mana ia menjadi keperluan untuk mendapatkan sokongan lebih besar.
“Ia satu realiti dalam politik Malaysia di mana adanya kerjasama di kalangan parti politik pembangkang, malah kita tahu dulu pun ketika BN memerintah, pembangkang juga terpaksa bergabung.
“Kerjasama ini normal pada parti-parti bertanding untuk perkuatkan sokongan terhadap mereka, jika berpecah sudah pasti undi akan berpecah dan peratusan untuk menang kecil,” katanya.
Mengulas impak kerjasama UMNO-Pas dalam konteks PRK Seri Setia, Mohd Azizudin melihat ia mungkin mampu mengurangkan jumlah majoriti namun masih sukar untuk menang.
“Jika kita lihat pada PRK Sungai Kandis, peratusan keluar mengundi dan majoriti dimenangi PH berkurang (berbanding PRU14), tapi secara peratusan ia masih satu angka yang tinggi.
“Jadi kemungkinan pola yang sama akan berlaku di PRK DUN Seri Setia, 8 September nanti jika faktor jumlah majoriti undi diambilkira,” katanya.
Sinar Harian
Sun Aug 19 2018

Mengulas impak kerjasama UMNO-Pas dalam konteks PRK Seri Setia, penganalisis melihat ia mungkin mampu mengurangkan jumlah majoriti namun masih sukar untuk menang.

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan diaktifkan, pantau aktiviti pembakaran terbuka
Pelan itu diaktifkan pada 21 Feb lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri ambil tindakan berjaga-jaga.

Pengeluaran gas asli Malaysia meningkat 3.0 peratus pada 2024 - Jabatan Perangkaan
Pengeluaran gas asli pulih pada suku keempat 2024, meningkat 2.4 peratus tahun ke tahun kepada 792.8 bilion kaki padu.
Harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda - PBB
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda susulan tindakan Israel menyekat lintasan ke wilayah terkepung itu.
[TERKINI] Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya pagi Jumaat lalu adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Abdul Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridzokumura.

Pendandan rambut mengaku tidak bersalah cederakan suami guna penyapu, pisau
Seorang pendandan rambut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan suaminya, Jumaat lepas.

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Empat RUU berkaitan kecekapan perkhidmatan, kerajaan tempatan dibentang di Dewan Rakyat
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.
[TERKINI] Dua lagi kakitangan digantung, pengurusan Astro bertemu MCMC
Astro Audio adakan siasatan dalam terperinci berhubung kes kandungan dalam talian yang menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat khususnya kaum India. Pengurusan Tertinggi Astro telah mengadakan perjumpaan dengan MCMC.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.

PAU2020: UMNO perlu 'kawan' untuk kembali jadi kerajaan
Di sebalik keyakinan untuk kembali menguasai Putrajaya, pemerhati politik melihat BN memerlukan 'kawan' untuk kembali menjadi kerajaan serta mentadbir negara.

Belanjawan 2021: Dr Mahathir mahu kerajaan lebih empati situasi rakyat - Penganalisis
Pendirian Dr Mahathir buktikan beliau mahukan kerajaan mempamerkan lebih empati dan keprihatinan terhadap situasi semasa rakyat.

Darurat: Kabinet masih berfungsi, tertakluk keputusan Yang di-Pertuan Agong - Penganalisis
Tidak timbul isu di mana Kabinet perlu ditukar atau ahlinya perlu meletak jawatan kerana semuanya bergantung kepada Yang di-Pertuan Agong.

Negara cukup undang-undang tangani isu kehilangan secara paksa - Penganalisis
Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed menegaskan, belum timbul keperluan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai isu tersebut.

Guling Tun M: Gimik politik alihkan isu melanda Pas
Ahmad Marthada berpendapat, ia bagi mengalihkan isu yang melanda Pas ketika ini terutama dalam kes dana RM90 juta dan hubungan Pas dengan UMNO di Semenyih.

Pemuda UMNO bukan lagi 'yes man' - Penganalisis
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, tindakan Pemuda UMNO juga tidak seharusnya dikritik memandangkan ia langkah perlu dalam usaha mentransformasikan parti Melayu itu.

Kerjasama Pas-UMNO kini formal - Penganalisis politik
Kehadiran beberapa pimpinan UMNO jelas tanda sokongan kepada calon Pas, Dr Halimah Ali dan ia menunjukkan kebersamaan dalam konteks pembangkang.