SIBU: Tiada tempoh masa ditetapkan untuk memuktamadkan penggabungan antara Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu (PSB) di Sarawak, namun kedua-dua pihak kini sibuk memberi penjelasan mengenai perkara itu kepada penyokong di peringkat akar umbi masing-masing.
Timbalan Presiden PDP Datuk Henry Harry Jinep yang memaklumkan perkembangan mengenai perkara itu berkata adalah penting soal berkaitan penggabungan itu diterima dengan baik dan difahami di peringkat akar umbi.
"Apabila tiba masa yang tepat kita akan melaksanakannya, tetapi sudah tentu soal masa menjadi isunya. Anda tidak boleh menunggu sampai bila-bila, apabila timbul semangat perpaduan, apabila ada perasaan ingin bersatu, ia tidak harus terhenti begitu sahaja.
"Tetapi saya tidak boleh beritahu anda menganai masa yang tepat, tetapi sudah tentu masa memang menjadi soal utama," katanya dalam persidangan media mengenai majlis makan malam Grand Unity Night anjuran bersama kedua-dua pihak di sini yang dijadualkan pada 19 Ogos ini.
Turut hadir Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh, yang berkata majlis makan malam itu adalah satu langkah menuju ke arah penggabungan kedua-dua parti, iaitu untuk mewujudkan perpaduan yang lebih erat bukan sahaja untuk kedua-dua parti tetapi juga untuk rakyat keseluruhannya.
JINEP-MERGER 2 (LAST) SIBU
"Ini adalah langkah kearah penggabungan antara dua parti, demi membawa perpaduan lebih besar, bukan hanya antara dua parti, tapi juga dalam kalangan rakyat secara keseluruhan, demi kesejahteraan Sarawak," katanya.
Pada 13 Julai lepas PSB yang hanya memenangi tiga kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021, mengumumkan sokongan mereka kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari, serta menandatangani MoU untuk bekerjasama dengan PDP yang merupakan parti komponen GPS.
Abang Johari ketika mengulas MoU berkenaan berkata GPS tidak menetapkan sebarang kata putus untuk bekerjasama dengan PSB, dan akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk mendengar perincian kerjasama di antara PDP dan PSB, dan ia tidak melibatkan GPS.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023

Henry Harry Jinep berkata adalah penting soal berkaitan penggabungan itu diterima dengan baik dan difahami di peringkat akar umbi. - Gambar fail/FB Henry Harry Jinep

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

DAP Sarawak bertanding pilihan raya negeri akan datang - Chong
DAP Sarawak mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.

Kerusi PRN Johor: Amanah pastikan tiada pertembungan dengan BN - Mahfuz
Tindakan Amanah Johor tuntut bilangan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri merupakan perkara biasa yang menjadi lumrah dalam proses perundingan, kata Naib Presiden Amanah.

BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang
Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.

Rusia adakan pilihan raya di wilayah Ukraine
Pilihan raya itu melibatkan puluhan wilayah serata Rusia bagi memilih gabenor dan penggubal undang-undang baharu.

GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Semua pihak bertanggungjawab atas keputusan PRN - Majlis Ulama UMNO
Majlis Ulama UMNO berkata, tanggungjawab itu tidak hanya diletakkan ke atas individu tertentu sahaja.

PRN: Rakyat Selangor buat keputusan tepat, iktiraf Pasukan Perpaduan - Amirudin
Amirudin berkata, keputusan tepat telah dibuat oleh rakyat Selangor dengan memberikan semula mandat kepada Kerajaan Perpaduan.

PRN: PN Kedah 'makan besar' takluk 33 kerusi
Perikatan Nasional (PN) Kedah mencipta sejarah apabila beriaya membolot sebanyak 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.
![[LAPOR LANGSUNG]: Kerajaan di enam negeri kekal [LAPOR LANGSUNG]: Kerajaan di enam negeri kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691818433_pengundi.jpg)
[LAPOR LANGSUNG]: Kerajaan di enam negeri kekal
Proses demokrasi berjalan lancar di semua 3,190 pusat mengundi bagi PRN di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi PRK Parlimen K. Terengganu