Tindakan beberapa pemimpin kanan Pas bangkit menentang usaha membawa parti mereka mendekati UMNO merupakan langkah dangkal dan kurang rasional.
Yang Dipertua Ilmuwan Malaysia (iLMU), Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, faktor perselisihan silam merupakan alasan lemah yang tidak munasabah sama sekali.
"Mereka masih menggunakan isu lama, sejarah lama untuk menghukum orang hari ini. Kita tidak nafikan mungkin dahulu ada pemimpin UMNO ada melakukan kesalahan dan mungkin itu perselisihan faham yang berlaku antara pemimpin di zaman itu. Jangan jadikan kesalahan dulu untuk menghukum pemimpin sekarang.
"Sangat mengecewakan apabila ada seorang pemimpin parti Islam yang sepatutnya berbicara soal perpaduan di atas dasar agama kini meletakkan prasangka buruk kepada seseorang," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Dr Fathul mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad dan seorang lagi Naib Presiden Pas Idris Ahmad yang
bertegas tidak akan ada gabungan antara parti itu dengan UMNO.
Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerjasama antara Pas dan UMNO yang terjalin kini hanya melibatkan hal ehwal Islam dan yang berkaitan sahaja.
Dalam pada itu jelas Dr Fathul, Pas juga diminta merenung kembali sejarahnya dahulu yang bekerjasama dengan DAP.
"Dahulu mereka berprasangka baik dengan DAP apabila bersama, kini mereka tidak senada pula apabila hendak bersama UMNO.
"Bila sudah selesai letaklah syarat hendak jadi menteri atau apa sahaja. Perkara yang dibuat pemimpin Pas kini hanya mengelirukan orang. Mereka seharusnya mengikut contoh pemimpin nombor satu parti," ujarnya.
Terdahulu, pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa Majlis Perasmian Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh kemesraan.
Ia dilihat langkah awal penyatuan atau kerjasama di antara Pas dan UMNO.
Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed turut melahirkan harapan agar 'tali perpaduan' Najib kepada Pas dapat dilaksanakan selari dengan syiar Islam.
Bagaimanapun jelasnya, perkara itu harus diperhalusi dengan perbincangan yang berterusan antara kedua-dua pihak supaya ikatan itu dapat dijayakan demi kepentingan umat Islam di negara ini.
Datuk Seri Hishammuddin sebelum ini juga menyatakan, kerjasama antara Pas dan UMNO yang terjalin kini hanya melibatkan hal ehwal Islam dan yang berkaitan.
Wan Syamsul Amly
Wed Dec 23 2015

Yang Dipertua Ilmuwan Malaysia (iLMU), Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, faktor perselisihan silam merupakan alasan lemah yang tidak munasabah sama sekali. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".

Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.

Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.