SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Suee Lim mengisytiharkan kerusi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali kosong.
Suee Lim memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Harumaini Omar gagal menghadirkan diri dalam persidangan DUN Selangor selama enam bulan tanpa sebarang notis.
Beliau berkata, berdasarkan data pada penyata rasmi dan buku kedatangan ADUN itu tidak hadir tanpa kebenaran Speaker pada keseluruhan persidangan DUN dari 23 hingga 30 November 2022; 1 hingga 2 Disember 2022 dan 5 hingga 6 Disember 2022.
"Tiada rekod dalam Pejabat DUN Selangor dan pejabat Speaker yang menunjukkan Harumaini memohon kebenaran daripada Speaker untuk tidak hadir pada persidangan pada tarikh berkenaan," katanya kepada pemberita di Bangunan DUN Selangor pada Khamis.
Hadir sama, semasa sidang media pengumuman tersebut ialah Timbalan Speaker DUN Selangor, Hasnul Baharuddin.
Beliau menambah, penyata rasmi dan buku kehadiran menunjukkan kali terakhir Harumaini hadir ke persidangan DUN Selangor ialah pada 27 Julai 2022.
"Memandangkan tempoh enam bulan dikira bermula dari 28 Julai 2022, maka seperti yang diperuntukkan Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, tempoh ketidakhadiran Yang Berhormat Batang Kali telah melebihi enam bulan.
"Maka pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor mengikut Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan kerusi Harumaini kosong berkuat kuasa mulai 28 Jan 2023," katanya.
Sebagai rekod, Harumaini merupakan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding di Batang Kali dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 dan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 8,315. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 16 2023
Suee Lim (kanan) dan Hasnul menunjukkan penyata rasmi dan buku kedatangan ADUN pada sidang akhbar di Bangunan DUN Selangor pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
Kerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong
Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Suee Lim mengisytiharkan kerusi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali kosong.