KOTA BHARU: Kemarahan dan kecaman UMNO bersama ahlinya pasti memuncak sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menjadi perdana menteri, ketika keputusan dibuat ke atas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International semalam.
Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kini baru beliau faham hikmah berlakunya peralihan kuasa kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggantikan Muhyiddin Yassin sebelum ini.
“Saya nak bayangkan walaupun ramai setuju atau tidak puas hati, itu biasalah setiap keputusan mahkamah, tetapi bayangkan kalau sekiranya yang jadi perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekarang.
“Baru saya nampak hikmah kenapa berlaku peralihan kuasa itu. Saya fikir kalau Tan Sri Muhyiddin jadi perdana menteri masa waktu ini kita boleh bayangkan bagaimana rasa tak puas hati UMNO pada perdana menteri.
“Bila Ismail Sabri jadi perdana menteri walaupun daripada UMNO, kerajaan tak campur tangan dalam urusan mahkamah. Jelas bahawa kerajaan tak campur tangan macam kes LCS pun kerajaan serahkan kepada SPRM,” katanya.
[LAPOR LANGSUNG] Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
Tuan Ibrahim ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pembinaan Maahad Tahfiz di Pasir Tumbuh hari ini.
Semalam Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib selepas didapati bersalah kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Tuan Ibrahim berkata keputusan itu juga memberi keyakinan kepada rakyat dan juga dunia bahawa institusi mahkamah di Malaysia adalah bebas dan positif.
Katanya lagi keputusan itu juga dapat memberikan peringatan kepada yang lain supaya semua pihak dapat membina sebuah negara yang bebas rasuah dan sudah cukup Malaysia dicemuh oleh pihak luar kerana mengamalkan rasuah.
Muhafandi Muhamad
Wed Aug 24 2022

Tuan Ibrahim berkata baru kini baru beliau faham hikmah berlakunya peralihan kuasa kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggantikan Muhyiddin Yassin. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Keputusan rayuan kes SRC: Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman Najib
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu dalam prosiding secara maya melalui zoom bermula jam 9 pagi tadi.

'Kluster Mahkamah': Polis nafi tidak ambil tindakan awal perhimpunan penyokong Najib
Datuk Mazlan berkata, penganjur perhimpunan akan dipanggil membantu siasatan kerana ingkar arahan yang sudah diberikan pihak berkuasa.

Najib bersalah: Satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia - PH
Majlis Presiden Pakatan Harapan menyifatkan keputusan kes SRC International terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia.

Kes SRC: AmBank didenda kerana gagal lapor transaksi curiga dalam akaun Najib - Saksi
AmBank cawangan Raja Chulan pernah dikenakan denda kerana gagal menghantar Laporan Transaksi Meragukan

Kes SRC: Pemegang akaun bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi
Pengurus AmBank cawangan Raja Chulan, R Uma Devi berkata, semua pemegang akaun bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi yang melibatkan akaun mereka.

Kes SRC: Keterangan antara saksi bercanggah
Berlaku percanggahan antara keterangan yang diberikan oleh saksi kedua, Azizul Adzani Abdul Ghafar dengan keterangan saksi ke-21, R Uma Devi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini hari ini.