Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini menolak tanggapan ketiadaan penyandang Tian Chua mempertahankan Parlimen Batu akan memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) ini.
Katanya ini kerana calon Gerakan yang mewakili BN Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berdepan dengan tiga lagi pencabar melibatkan calon Pas dan Bebas.
"Saya terbaca yang Gerakan dikatakan telah menang satu kerusi (Batu) sebab penolakan Tian Chua, tapi ingin saya tegaskan BN belum menang di sana. Kita mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan kemenangan milik kita.
"Saya telah menasihati calon kita (Lau) di Parlimen Batu untuk bekerja lebih keras dan teruskan usaha sebab dalam pilihan raya ini macam-macam boleh jadi. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak Jualan Sentuhan Rakyat di Taman Nenas, di sini.
Pencalonan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang untuk bertanding di kerusi Parlimen itu ditolak oleh pegawai pengurus pilihan raya kawasan semasa proses penamaan calon semalam berikutan satu keputusan mahkamah membabitkan aktivis PKR berkenaan.
Susulan itu, kerusi Parlimen tersebut menyaksikan Lau yang juga Naib Presiden Gerakan berdepan calon PAS Azhar Yahya serta V M Panjamothy Muthusamy dan P Prabakaran Paramesnaran yang masing-masing bertanding atas tiket Bebas.
Dilaporkan Tian Chua boleh membuat petisyen selepas PRU14 nanti.
Dalam perkembangan lain, Siew Keong yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan, mengakui berdepan tugas sukar kerana selain dicabar Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, beliau juga ditentang calon PAS Dr Ahmad Ramadzan Ahmad Daud.
"Ini kali pertama selepas 23 tahun PAS bertanding di Parlimen Teluk Intan. Kita akur PRU14 akan lebih mencabar namun kita yakin akan menang dan secara keseluruhannya saya bertekad membaiki pencapaian Gerakan berbanding PRU13," katanya.
Sementara itu di Jualan Sentuhan Rakyat yang bermula 8 pagi tadi, pelbagai barangan keperluan seperti gula, minyak masak dan tepung dijual pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 29 2018
Siew Keong menolak tanggapan ketiadaan penyandang Tian Chua mempertahankan Parlimen Batu akan memberi laluan mudah kepada BN.
Bayaran STR fasa 1 bermula esok, peruntukan RM2.3 bilion
Pembayaran STR Fasa 1 disalurkan mulai Rabu melibatkan peruntukan RM2.3 bilion, meningkat berbanding RM2.1 bilion pada tahun lepas.
Penganjur perhimpunan diingatkan patuhi Akta Perhimpunan Aman - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri mengingatkan pihak penganjur perhimpunan di ibu negara pada Sabtu ini, agar mematuhi setiap peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.
[TERKINI] COO syarikat konsesi lebuh raya, pengurus syarikat dihadap ke mahkamah
SPRM mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa dua individu berkaitan dua projek lebuhraya di Lembah Klang.
Kes pukul OKU: Perbuatan tidak wajar, perlu diambil tindakan - Fahmi
Fahmi menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan kandungan media sosial dan platform lain yang sering menjadi lubuk sebaran maklumat palsu.
Gempa bumi di Taiwan cederakan 15 orang - Laporan
Sekurang-kurangnya 15 orang cedera selepas gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Taiwan.
Op Lintas: COO syarikat konsesi lebuh raya, pengurus syarikat bakal dihadap ke mahkamah - Azam Baki
SPRM telah mendapat keizinan daripada pihak Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa dua individu berkaitan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.
Insiden pukul OKU: ADUN Kijal buat laporan polis
Laporan polis itu dibuat terhadap beberapa pengguna akaun Facebook kerana menggunakan gambarnya untuk tujuan menjatuhkan maruah beliau sebagai wakil rakyat di kawasan Kijal.
NSL 2025: Semangat waja kembali membara
Netball Super League (NSL) kembali dengan semangat waja membara bersempena musim baru yang bakal membuka tirai dari 1 hingga 23 Februari depan.
Serahkan kepada NACCOL, boleh selesai tiga bulan
Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal akan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan portfolio urusan padi dan beras negara di bawah NACCOL buat sementara waktu.
Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu RM85,500
Seorang pemilik syarikat penyedia latihan didakwa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM85,500 kepada agensi sebuah kementerian.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.