JOHOR BAHRU: Ketua Bahagian MCA Pontian yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Datuk Tee Siew Kiong mengumumkan keluar parti MCA, berkuatkuasa serta-merta.
Menurut Siew Kiong, beliau tidak akan membuat rayuan terhadap tempoh penggantungan keahliannya selama lima tahun yang dikenakan parti terhadapnya menerusi Jawatankuasa Tatatertib.
"Setelah membuat pertimbangan yang teliti dan mendengar pendapat semua pihak, saya dengan sesungguhnya mengumumkan bahawa saya tidak akan membuat rayuan kerana tidak akan berlaku sebarang perubahan lebih-lebih lagi apabila cadangan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib pun boleh diubah, jadi keputusan rayuan juga dalam jangkaan kita.
"Saya seorang yang sentiasa bercakap benar. Betul atau salah bukanlah sesuatu yang boleh saya tentukan. Niat saya adalah untuk memberi nasihat dari semasa ke semasa. Saya lebih suka bercakap seperti itu, tetapi malangnya Presiden tidak membenarkan suara yang berbeza dalam parti.
"Bagi mengelakkan parti daripada terus menjadi huru-hara, saya secara rasminya mengumumkan akan keluar daripada parti MCA berkuat kuasa serta-merta. Tindakan ini juga dapat memenuhi hasrat terbesar dan terakhir presiden," katanya dalam sidang media di di sini, hari ini.
Siew Kiong yang sudah 40 tahun bersama MCA turut mengucapkan terima kasih kepada parti MCA dan semua bekas Presiden termasuk Tun Lim Liong Sik, Tan Sri Ong Ka Ting, Tan Sri Ong Tee Keat, Tan Sri Chua Soi Lek dan Tan Sri Liow Tiong Lai atas bimbingan dan peluang serta platform untuk berkhidmat kepada rakyat.
Sekalipun meninggalkan MCA, Siew Kiong tidak akan berhasrat menyertai mana-mana parti lain buat masa ini.
"Sepanjang perjalanan saya dalam parti, saya tetap dengan pendirian saya tidak bersalah terhadap parti, saya ikhlas terhadap penyokong saya dan dedikasi saya untuk berkhidmat kepada pengundi.
"Berkenaan dengan masa depan dalam arena politik, saya berserah kepada Tuhan. Sekiranya masih ada rezeki atau ketentuan atau kemampuan untuk menyumbang kepada masyarakat, saya akan teruskan perjalanan ini," katanya lagi.
Pada 13 Mei lalu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang itu mengesahkan keahliannya dengan parti MCA digantung selama lima tahun selepas mendapat salinan surat penggantungan itu menerusi aplikasi WhatsApp daripada kakitangan parti.
Sebab penggantungan yang diberikan parti berkenaan adalah atas tindakannya mengadakan sidang media dan Facebook live pada 25 Feb lepas berhubung namanya tidak dicalonkan oleh parti untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas.
Siti Nur Aqilla Omar
Thu May 26 2022

Ketua Bahagian MCA Pontian yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Datuk Tee Siew Kiong mengumumkan keluar parti MCA, berkuatkuasa serta-merta.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Ketua Bahagian MCA Ledang, Goh Tee Tee umum keluar parti
Tindakan diambil selepas tempoh rayuan 14 hari penggantungan lima tahun yang dikenakan terhadapnya tamat pada Khamis.

Ketua Bahagian MCA Pontian umum keluar parti
Tee Siew Kiong tidak akan buat rayuan terhadap tempoh penggantungan keahliannya serta tidak akan sertai parti lain buat masa ini.