KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan telah membuat permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas.
Menurut bekas Menteri Perladangan dan Komoditi itu, surat permohonan telah dikemukakan kepada Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan mengikut Perlembagaan parti.
"Merujuk perlembagaan Pas, Fasal 15 (1)(a) peberhentian ahli dengan permintaan sendiri.
"Maka dengan ini saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian Pas 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas," katanya. dalam sidang media di Parlimen, pada Isnin.
Khairuddin juga akan menyerahkan semua elaun sebagai Ahli Parlimen untuk waktu berbaki sebelum Parlimen dibubarkan sebagai memenuhi Baiah ketika bertanding pilihanraya.
"Saya mendoakan Pas terus maju jaya sebagai sebuah parti yang membawa agenda Islam dan sebagai muslim saya akan terus memperjuangkan dasar PAS iaitu Islam dan seruan Pas iaitu Allahuakhbar dan tujuan dan usaha Pas sebagaimana yang termaktub Fasa 3,4,5 dan 6 Perlembagaan Pas yang semuanya selaras dengan kehendak Islam," katanya lagi.
Beliau juga menyeru semua ahli Pas agar terus istiqamah dengan perjuangan Pas dan terus memperjuangkan Islam menerusi wadah parti itu.
Khairuddin memaklumkan, beliau juga akan duduk di Blok Bebas di Dewan Rakyat dalam tempoh sebelum Parlimen dibubarkan.
Astro Awani
Mon Mar 14 2022

Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian Pas 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

'Masjid akan dikuasai parti politik jika libatkan JPKK dalam pemilihan AJK'
Khairuddin mendakwa, campur tangan politik dalam kalangan pemilihan jawatankuasa masjid akan berlaku sekiranya JPKK terlibat sama.

Zahid beri bayangan Khairuddin akan terlibat dalam penubuhan Majlis Ulama UMNO
Ahmad Zahid memaklumkan, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Dusuki dan Khairuddin di pejabatnya pada Selasa.

Pas akan teruskan kepimpinan di Kuala Nerus
Pas akan meneruskan kepimpinannya di kawasan parlimen Kuala Nerus selepas Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali bertindak keluar daripada parti, baru-baru ini.

Khairuddin, perincikan dakwaan Pas tidak amal 'budaya politik matang sejahtera' - Takiyuddin
Bekas Ahli Parlimen Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali diminta supaya memperincikan dakwaannya bahawa Pas tidak mengamalkan Budaya Politik Matang Sejahtera, BPMS.

Ini menggemparkan, Khairuddin janji tidak akan tinggalkan Pas - Mursyidul Am Pas
Ditanya jika dia akan cuba memujuk Khairuddin untuk menarik balik permohonannya, Hashim berkata ia bergantung kepada keadaan.

Khairuddin Aman Razali umum keluar Pas
Anggota Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan telah membuat permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS.

KPPK cadang buka pejabat MPOC di Arab Saudi bagi perluas pasaran
Pejabat MPOC di Jeddah akan dijadikan hab pemasaran memandangkan ada permintaan baharu dari Kenya, Ethiopia serta negara-negara Timur Tengah.

Isu kuarantin Mohd Khairuddin, ini komen Dr Noor Hisham
Beliau hanya meminta orang ramai supaya merujuk semula kenyataan yang dikeluarkannya pada 25 Ogos lalu.

Najib gesa kerajaan dakwa Khairuddin kerana langgar kuarantin
Beliau berkata, biarlah mahkamah yang menentukan menteri dari Pas itu bersalah atau tidak, selepas balik dari satu lawatan ke Turki pada Julai lalu.

Tiada masalah wakil Pas dalam Kabinet lebih kecil berbanding parti lain - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata apa yang lebih penting ialah kerjasama dengan parti lain bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional yang diharapkan rakyat Malaysia.