KOTA BHARU: Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan meminta bekas Ahli Parlimen Pas, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali memperincikan dakwaannya bahawa Pas tidak mengamalkan 'budaya politik matang sejahtera' (BPMS).
"Boleh dia (Mohd Khairuddin) perincikan satu-persatu, apa yang kita tidak laksanakan, apakah pandangannya, bahawa kita tidak menerima budaya politik matang sejahtera?," soal Takiyuddin.
"Kalau kata kita tidak terima, bolehkah dia bagi alasan kenapa tidak diterima? Dia seorang pemimpin peringkat nasional, pernah jadi menteri, pernah jadi pengarah Institut Strategik Pas, jadi kalau dia kata pandangan dia, dia tiada peluang bagi pandangan yang tidak tepat sama sekali," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, di sini, pada Khamis.
Takiyuddin turut berkata, sekiranya dakwaan Khairuddin bahawa beliau tidak diberikan peluang untuk memberikan pandangan dan teguran kepada parti sebelum ini, ianya sesuatu yang tidak tepat.
BACA: Ini menggemparkan, Khairuddin janji tidak akan tinggalkan Pas - Mursyidul Am Pas
Bekas ahli Pas, Mohd Khairuddin memilih untuk memohon berhenti dari Pas bagi menegur kepimpinan parti dari apa yang disifatkan tidak menguruskan parti dengan betul.
Khairuddin menjelaskan, beliau telah berusaha untuk menegur kepimpinan Pas ketika memegang jawatan dalam parti sebelum ini.
Kharuddin juga mendakwa perjuangan Pas telah tersasar dari dasar 'budaya politik matang sejahtera' yang menjadi dasar Pas.
Khairuddin tidak lagi berhak menegur atau bercakap mengenai Pas kerana beliau tidak lagi menjadi ahli Pas, kata Takiyuddin.
Ini selepas Pas menerima permohonannya untuk keluar dari parti selepas beliau menghantar surat pada 14 Mac lalu.
"Saya kena tegas dalam hal ini kerana nak betulkan keadaan, untuk dia keluar dari Pas itu hak dia, tapi apabila keluar dari Pas dia hilang hak sebagai ahli Pas dan tak perlu cakap lagi tentang Pas," kata Takiyuddin.
"Dalam Perlembagaan Pas tiada istilah ahli sementara dan mereka yang tidak menjadi ahli disifatka bukan lagi ada kaitan dengan Pas."
"Kalau dia selesa bagi pandangan dari luar parti, itu pandangan biasalah macam pandangan orang luar parti, kalau bukan ahli dia macam orang biasa, hilang hak mengundi, hilang segalanya sebagai ahli parti," ujarnya.
Takiyuddin turut berkata, Khairuddin sudah membuat keputusan keluar dari Pas dan Pas menerima keputusan beliau.
"Pas sudah kehilangan kerusi Parlimen Kuala Nerus dan jumlah ahli Parlimen Pas berkurangan dari 18 menjadi 17 ahli Parlimenn kini," katanya.
Vivi Sumanti
Thu Mar 17 2022

Takiyuddin (kiri) turut berkata, sekiranya dakwaan Khairuddin bahawa beliau tidak diberikan peluang untuk memberikan pandangan dan teguran kepada parti sebelum ini, ianya sesuatu yang tidak tepat. - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

'Masjid akan dikuasai parti politik jika libatkan JPKK dalam pemilihan AJK'
Khairuddin mendakwa, campur tangan politik dalam kalangan pemilihan jawatankuasa masjid akan berlaku sekiranya JPKK terlibat sama.

Zahid beri bayangan Khairuddin akan terlibat dalam penubuhan Majlis Ulama UMNO
Ahmad Zahid memaklumkan, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Dusuki dan Khairuddin di pejabatnya pada Selasa.

Pas akan teruskan kepimpinan di Kuala Nerus
Pas akan meneruskan kepimpinannya di kawasan parlimen Kuala Nerus selepas Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali bertindak keluar daripada parti, baru-baru ini.

Khairuddin, perincikan dakwaan Pas tidak amal 'budaya politik matang sejahtera' - Takiyuddin
Bekas Ahli Parlimen Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali diminta supaya memperincikan dakwaannya bahawa Pas tidak mengamalkan Budaya Politik Matang Sejahtera, BPMS.

Ini menggemparkan, Khairuddin janji tidak akan tinggalkan Pas - Mursyidul Am Pas
Ditanya jika dia akan cuba memujuk Khairuddin untuk menarik balik permohonannya, Hashim berkata ia bergantung kepada keadaan.

Khairuddin Aman Razali umum keluar Pas
Anggota Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan telah membuat permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS.

KPPK cadang buka pejabat MPOC di Arab Saudi bagi perluas pasaran
Pejabat MPOC di Jeddah akan dijadikan hab pemasaran memandangkan ada permintaan baharu dari Kenya, Ethiopia serta negara-negara Timur Tengah.

Isu kuarantin Mohd Khairuddin, ini komen Dr Noor Hisham
Beliau hanya meminta orang ramai supaya merujuk semula kenyataan yang dikeluarkannya pada 25 Ogos lalu.

Najib gesa kerajaan dakwa Khairuddin kerana langgar kuarantin
Beliau berkata, biarlah mahkamah yang menentukan menteri dari Pas itu bersalah atau tidak, selepas balik dari satu lawatan ke Turki pada Julai lalu.

Tiada masalah wakil Pas dalam Kabinet lebih kecil berbanding parti lain - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata apa yang lebih penting ialah kerjasama dengan parti lain bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional yang diharapkan rakyat Malaysia.