ADAKAH MOA menjejaskan keabsahan undi percaya Anwar?
1. Setiap PM baru seharusnya mengemukakan usul percaya kepada dirinya untuk membuktikan majoritinya.
2. Setiap Kerajaan Campuran harus ada Perjanjian Kerajaan Campuran untuk menggariskan secara jelas apa yang dipersetuji oleh parti-parti yang terlibat agar tidak bersengketa kemudian.
3. 'Perjanjian Persefahaman Kerjasama' (MOA) antara lima pihak dalam 'Kerajaan Perpaduan Malaysia' mengundang kontroversi kerana dikatakan bahawa mana-mana Ahli Parlimen daripada 5 pihak tersebut (PH, BN, GPS, GRS Dan Warisan) yang mengingkari perintah parti mereka dalam perihal undi percaya dan perbekalan akan dilucutkan kerusi parlimennya.
4. Pentafsiran Ini tidak tepat. Point 4(a) dan 4(b) MOA itu cuma menyatakan hasrat bahawa kelima-lima parti itu harus menyokong PM dalam undi percaya dan perbekalan dan harus memastikan bahawa ahli-ahli parlimen yang gagal, enggan dan cuai untuk mengundi sedemikian akan dikira sebagai meletakkan jawatan atau berhenti menjadi ahli parti sehingga dikosongkan kerusi mereka di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, yakni Undang-undang anti-lompatan.
5. Hasrat tidak menjadi hakiki. MOA itu sebagai kenyataan hasrat tidak ada kuasa untuk membawa hukuman pengkosongan kerusi di bawah Perkara 49A.
6. Untuk mengakibatkan pengkosongan kerusi, parti-parti perlu:-
(1) peruntukan atau pindaan perlembagaan parti yang menjadikan pengingkaran arahan parti atas undi percaya dan perbekalan itu satu asas 'penghentian sebagai ahli parti' atau kesamaan dengan 'perletakan jawatan'; atau
(2) alat-alat lain yang berkuasa mengikat di sisi-sisi Undang-undang yang boleh membawa kepada kesan yang sama.
7. Setahap Ini, DAP dan Amanah sudah pinda perlembagaan parti untuk berkesan sedemikian dan dijangka akan diikuti oleh parti-parti lain. Sementara Ini, BN mendakwa ia mempunyai alat-alat berkuasa mengikat. Penarikbalikan Surat Akuan Bersumpah (SD) oleh 10 orang ahli parlimen yang mulanya menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan mereka percaya dengan dakwaan ini.
8. Tanpa MOA ini, 78 orang ahli parlimen daripada DAP (40), Amanah (18) dan BN (30) tetap terikat dengan keputusan parti masing-masing.
9. Dengan MOA Ini, 66 orang ahli parlimen lain - PKR (31), GPS (23), GRS (6), Warisan (3) dan UPKO (2) - tetap boleh menolak Anwar dalam undi percaya dan tidak menghadapi pilihanraya kecil.
10. Jadi, adakah MOA Ini dapat mengubah keputusan undi percaya pada hari Isnin? Jawapannya jelas tidak.
11. Tan Sri Muhyiddin boleh berusaha memujuk mana-mana daripada 66 orang ahli parlimen Ini - malah mana-mana 78 orang ahli parlimen yang ingin mencabar keberperlembagaan sekatan parti terhadap kebebasan ahli parlimen mengundi - untuk menolak Anwar pada hari Isnin.
12. Kalau Anwar gagal, maka beliau sudah janji akan mengundur diri, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh dapat peluang beliau membentuk kerajaan baru.
13. Sebaliknya, kalau Anwar berjaya membuktikan majoritinya, bolehkah Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima keputusan Ini dan bersungguh-sungguh memimpin PN sebagai pembangkang yang berwibawa untuk memenangi hati Rakyat pada 2027?
14. Biarlah bab ini ditutup selepas Isnin ini. Usahlah panjangkan rungutan dengan dalih bahawa MOA ini mengesani keabsahan undi percaya. Sungguhpun berkaitan dari segi hasrat, ini dua perkara yang berlainan.
* Wong Chin Huat adalah Saintis Politik dari Sunway University
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Kolumnis AWANI
Sat Dec 17 2022
Ujar Chin Huat, setiap Kerajaan Campuran harus ada Perjanjian Kerajaan Campuran untuk menggariskan secara jelas apa yang dipersetuji oleh parti-parti yang terlibat agar tidak bersengketa kemudian. - Astro AWANI
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Maaf Zahir Batin hari-hari: Lenyapkan kemarahan, ikut cara Rasulullah S.A.W.
Bila berlaku satu-satu isu atau timbul polemik yang membangkit perasaan marah, sifat-sifat terpuji Rasulullah sering dilupakan.
Laksana pilihan raya PBT, pastikan ADUN, Ahli Parlimen fokus gubal dasar - Penganalisis
Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mendekatkan rakyat dengan pihak yang bertanggungjawab terhadap isu infrastruktur yang memberi kesan kepada kehidupan seharian.
Lebih wajar PM tidak pikul jawatan Menteri Kewangan - Penganalisis politik
Barisan menteri dan Timbalan menteri kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat lebih kuat berbanding terdahulu.
'Pembangkang mesti bentang dasar alternatif jika tidak setuju dengan kerajaan'
Pembangkang bertanggungjawab menawarkan dasar alternatif, untuk menjana persaingan idea yang matang dan mantap.
Beri ruang kepada pembangkang bentuk sama dasar negara - Wong Chin Huat
Dengan peranan lebih besar diberikan dalam menentukan hala tuju negara, pembangkang juga tertakluk kepada penilaian rakyat.
Budaya anggap wakil rakyat 'mesin ATM' perlu diubah - Prof. Chin Huat
Fungsi wakil rakyat adalah membentuk dasar yang mensejahterakan rakyat, bukannya menaungi mereka dengan wang ringgit semata-mata.
70 Ahli Parlimen blok kerajaan bebas sokong mana-mana pihak - Penganalisis
Klausa 4(B) Perjanjian Persefahaman yang ditandatangani parti-parti yang menyokong kerajaan adalah kenyataan hasrat semata-mata.
[KOLUMNIS] Adakah MOA menjejaskan keabsahan undi percaya Anwar?
Setiap PM baru seharusnya mengemukakan usul percaya kepada dirinya untuk membuktikan majoritinya, jelas Chin Huat.
Bagaimana membentuk Kabinet kecil yang cekap? Ini cadangan Prof. Wong Chin Huat
Ahli Parlimen bukan menteri dan timbalannya boleh diberi peranan sokongan di setiap kementerian.
Saiz kabinet wajar 25 peratus daripada saiz Ahli Parlimen - Penganalisis politik
Malaysia masih belum bersedia untuk miliki Kabinet sekecil 15 peratus daripada keseluruhan jumlah Ahli Parlimen seperti di UK dan India.