Komponen Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya berasa curiga dengan perhimpunan baju merah yang diadakan 16 September lalu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Jelasnya, perhimpunan tersebut merupakan manifestasi kekecewaan orang Melayu, khususnya ahli-ahli UMNO, terhadap pihak tertentu yang sengaja memainkan sentimen perkauman dalam usaha mereka meruntuhkan kerajaan demokrasi secara tidak sah.
"Perhimpunan tersebut ingin memberi peringatan kepada pihak berkenaan bahawa orang Melayu masih boleh bersatu jika maruah dan masa depan mereka diperkecilkan.
"Orang Melayu sudah lama bersabar dengan gelagat bukan Melayu di negara ini, jadi perhimpunan tersebut sewajarnya dilihat secara positif," katanya dalam catatan terbaru di laman blog http://umnobahagiancheras.blogspot.my.
Oleh sebab itu, tegasnya, rakan-rakan komponen tidak perlu terburu-buru membuat andaian negatif kononnya perhimpunan tersebut berbaur rasis.
Sebaliknya, hujah beliau, UMNO sentiasa berpegang kepada prinsip setiakawan dalam BN.
"Tidak timbul soal rasis atau memperjuangkan kepentingan Melayu kerana asas perjuangan UMNO adalah untuk Melayu, agama Islam dan negara ini.
"Selaku tonggak BN, UMNO sentiasa menghormati hak bersuara rakan-rakan komponen BN," ujarnya.
Syed Ali, bagaimanapun, melahirkan rasa kecewa dengan sikap MCA kerana bersifat berat sebelah dan prejudis dalam membuat penilaian berhubung perhimpunan 16 September lalu.
"Mereka marah kepada pemimpin UMNO kerana perhimpunan tersebut tetapi mereka berdiam diri apabila ribuan kaum Cina menyertai perhimpunan Bersih 4.
"Mereka hanya nampak orang Melayu berhimpun kerana marah dan kecewa tetapi mereka pejam mata melihat kaum mereka menghina pemimpin UMNO," katanya.
Menurutnya, komponen BN terutama MCA sepatutnya mendapatkan penjelasan berkaitan perhimpunan 16 September lalu menerusi saluran yang betul.
Katanya, BN sentiasa mengamalkan semangat setiakawan dan sebarang rasa tidak puas hati boleh disalurkan menerusi Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menegaskan semangat ahli-ahli parti perlu diperkukuhkan terutama di peringkat akar umbi.
Katanya, pengukuhan semangat dan jati diri termasuk sayap-sayap parti harus dipertingkatkan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Syed Ali menambah, sebarang pertelingkahan dan percanggahan pendapat sesama ahli UMNO perlu dihindari dengan memberi keutamaan kepada agenda perjuangan parti.
"Pemimpin di atas juga perlu sentiasa berhemah dan menunjukkan sifat terpuji seperti tidak sombong, angkuh dan bersedia mendengar suara akar umbi,
"UMNO bakal berdepan dengan saingan pembangkang yang cukup sengit dalam PRU akan datang," ujarnya.
Syed Ali turut menasihatkan ahli-ahli parti supaya tidak terpedaya dan terbuai dengan 'kekecohan' politik yang sedang melanda parti-parti pembangkang.
"Kita harus waspada kerana kadangkala pihak pembangkang hanya bersandiwara dan melakukan provokasi untuk melihat sejauh mana kekuatan UMNO," tegasnya.
Astro Awani
Tue Sep 22 2015

SYED ALI: Komponen BN jangan curiga dengan perhimpunan 16 September lalu. -Gambar fail

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Maria Chin bakal didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah bakal didakwa atas kesalahan menganjurkan perhimpunan Bersih 4 dua hari berturut-turut pada bulan Ogos.

'Komponen BN jangan curiga dengan perhimpunan 16 September lepas' - Syed Ali
Komponen Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya berasa curiga dengan perhimpunan baju merah yang diadakan 16 September lalu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Mat Sabu dipanggil beri keterangan berhubung perhimpunan Bersih
Mohamad Sabu disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 Sekysen 4 (2) (C) kerana menganjur atau menyertai satu protes jalanan pada perhimpunan Bersih antara 29 hingga 30 Ogos lalu.

'Bersih, jangan cabar Baju Merah' - Jamal
Himpunan Rakyat Bersatu sedia berhadapan dengan Bersih 4 sekiranya mereka berhasrat untuk mengadakan sebarang perhimpunan lagi pada masa akan datang.

Apa motif sebenar Himpunan Rakyat Bersatu? - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan motif Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di sekitar ibu negara, pada Rabu.

Perhimpunan baju merah tiada manfaat dalam pembangunan - Liow
MCA menolak perhimpunan baju merah yang diadakan pada Rabu ini kerana boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum di negara ini.

'Tun M tumpang populariti Bersih 4 untuk nyatakan tidak puas hati terhadap Najib' - Jamal
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada Bersih 4 akhir bulan lepas hanyalah untuk menumpang populariti perhimpunan itu bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azalina cabar Guan Eng adakan Bersih di Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dicabar untuk mengadakan perhimpunan Bersih akan datang di negeri di bawah pentadbirannya.

Pijak gambar: Banyak lagi cara kalau tidak puas hati - Dr Najmil
Mana-mana pihak dianggap biadab apabila menyalurkan kemarahan atau tidak puas hati dengan tindakan memijak gambar pemimpin.

Bersih 4: PDRM guna bukti gambar, video kesan lebih ramai individu
PDRM akan meneliti bukti daripada gambar dan video sewaktu perhimpunan yang diisytihar haram Bersih 4 hujung minggu lepas bagi mengesan lebih ramai individu untuk membantu siasatan.