Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sekali lagi menegaskan beliau tetap ahli UMNO biarpun tidak sehaluan dengan kepimpinan parti itu.
Berucap di Kongres Rakyat 2016, sambil tersenyum Mukhriz berkata, biarpun hadir di program yang melibatkan pemimpin pembangkang, beliau tetap memakai baju berwarna merah dengan logo UMNO.
"Saya tahu ramai dalam dewan ini orang UMNO tapi tak berani nak pakai baju merah UMNO.
"Saya ni tuan-tuan, darah daging saya UMNO, tidak mudah untuk saya tukar-tukar (tukar parti)," katanya disambut tepukan hadirin.
Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa mengingatkan seruan supaya Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri tidak boleh bertukar menjadi isu perkauman atau agama.
Ujar beliau, usaha mendesak Najib meletak jawatan merupakan satu kewajipan dan bukan satu pilihan serta ia tidak seharusnya menjadi masalah besar kepada semua orang.
Manakala ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata kebanyakan pemimpin yang menghadiri ke Kongres Rakyat 2016 bukan untuk mengenang dendam masa lalu tetapi demi masa depan dan generasi akan datang.
Mahfuz berkata, beliau mempunyai sebab untuk membalas dendam kerana Tun Dr Mahathir adalah orang yang telah menandatangani surat ketika beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Kita bukan berkumpul untuk mengenang masa lalu yang tidak boleh kita kembali, tetapi demi masa depan dan generasi akan datang," katanya.
Astro Awani
Sun Mar 27 2016

MUHKRIZ: Saya ni tuan-tuan, darah daging saya UMNO, tidak mudah untuk saya tukar-tukar (tukar parti). - Foto Astro AWANI / Nizam Bakeri

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Deklarasi Mahathir tidak dapat sambutan rakyat - Ismail Sabri
Orang Melayu khususnya tidak boleh menerima hakikat bahawa Dr Mahathir sanggup duduk semeja dengan Lim Kit Siang yang menolak Perlembagaan dan hak Bumiputera.

UMNO Kelantan setuju MT pecat pemimpin parti cuba jatuhkan presiden
UMNO Kelantan bersetuju sekiranya Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat pemimpin dan anggota parti yang terlibat dalam gerakan cuba jatuhkan perdana menteri.

Tun Mahathir sertai jelajah pertama Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia
Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia diadakan sehari selepas majlis tertutup Kongres Rakyat 2016 yang berlangsung di Shah Alam pada Ahad.

Tun Mahathir wajar hormati demokrasi berparlimen - Salleh Said
Tun Mahathir sepatutnya menghormati sistem demokrasi yang menggariskan proses pilihan raya sebagai saluran utama untuk memilih pemimpin negara ini.

Perjuangan Tun Mahathir bukan lagi perjuangan untuk orang Melayu - Rais
Beliau berkata sebagai pemimpin yang telah lama dikenalinya, beliau berasa sedih dengan tindakan yang diambil Dr Mahathir.

Kongres Rakyat: Kedudukan Muhyiddin, Mukhriz akan ditentukan MT UMNO - Zahid
Muhyiddin dan Mukhriz antara 18 individu yang berucap dalam majlis yang dianjurkan oleh kumpulan yang menuntut perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

'Kongres Rakyat 2016 kempen sementara yang sia-sia' - Azwan Bro
Pergerakan Pemuda UMNO melihat himpunan Kongres Rakyat 2016 hanya sekadar kempen sementara, sia-sia dan tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada rakyat.

Anggota Pas dinasihat tidak sertai Deklarasi Mahathir
Menurut Presiden Pas proses perubahan negara mesti dilakukan secara positif serta tidak menghuru-harakan negara.

Kongres Rakyat: Tak jantan lawan perdana menteri pencen - Mat Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu sanggup mengenepikan dendam silam demi menyelamatkan Malaysia.

Kongres Rakyat: Deklarasi Rakyat perlukan 1 juta tandatangan - Tun Mahathir
Deklarasi Rakyat memerlukan kira-kira 1 juta tandatangan sebelum ia diserahkan kepada Majlis Raja-Raja.