KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Konvensyen Khas 25 Tahun Keadilan pada 28 April ini sempena ulang tahun parti itu, kata Ketua Penerangan Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi itu berkata konvensyen tersebut akan berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor diikuti malam sambutan 25 Tahun Keadilan pada 11 Mei di Sentul Depot di sini.
"Malam Sambutan 25 Tahun Keadilan pada 11 Mei 2024 di Sentul Depot akan diadakan sepanjang hari dengan acara kemuncaknya Ucapan Amanat Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada sebelah malam," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata perkara itu dimuktamad dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPP) yang berlangsung hari ini.
Fahmi juga berkata mesyuarat itu turut membincangkan isu nasional termasuk stoking tertera kalimah Allah.
"MPP berpendapat bahawa sebarang usaha penghinaan terhadap kesucian Islam sebagai agama rasmi negara adalah satu kesalahan besar dan bertentangan dengan perundangan negara.
"MPP mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan seumpama ini dan meminta agar pihak berwajib menjalankan siasatan dan mengenakan hukuman ke atas pelakunya jika terbukti bersalah," katanya.
Beliau berkata MPP juga meminta agar semua pihak menjaga kesucian bulan Ramadan yang mulia dan menjadikan apa yang berlaku sebagai satu sempadan yang wajib dielak daripada berlaku di masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Menteri Komunikasi itu berkata konvensyen tersebut akan berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor diikuti malam sambutan 25 Tahun Keadilan pada 11 Mei di Sentul Depot, Kuala Lumpur. - Gambar fail/BERNAMA
Cadangan bangunkan silibus, modul AI perubatan sedang dibincangkan
Cadangan untuk membangunkan silibus dan modul perubatan berkaitan AI dalam sektor kesihatan sedang dibincangkan dengan teliti oleh Kementerian Kesihatan. #AWANInews
Konflik Gaza: AS akan ambil alih Gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran. #AWANInews
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Konvensyen Khas 25 Tahun PKR pada 28 April ini - Fahmi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Konvensyen Khas 25 Tahun Keadilan pada 28 April ini sempena ulang tahun parti itu, kata Ketua Penerangan Fahmi Fadzil.