SHAH ALAM: Spekulasi lebih 10 ahli Parlimen blok kerajaan bakal beralih sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan baharu sebenarnya adalah lebih kuat dan realistik berbanding ura-ura tambahan ahli Parlimen PN bakal berpaling tadah daripada blok pembangkang itu.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, spekulasi itu bukan sekadar cakap kosong susulan beliau dimaklumkan terdapat perbincangan secara dalaman dalam kalangan pucuk pimpinan tertinggi berkenaan perkara itu.
Menurutnya, lebih 10 ahli Parlimen daripada parti-parti Kerajaan Perpaduan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipercayai merupakan kelompok pertama bakal menyatakan sokongan terhadap blok pembangkang seterusnya diikuti oleh kelompok ahli-ahli Parlimen kerajaan lain.
Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kesemua ahli-ahli Parlimen blok kerajaan yang didakwa bakal berpaling tadah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kalau hendak andaikan akan ada lagi ahli Parlimen Bersatu akan berpaling tadah, saya fikir spekulasi ahli-ahli Parlimen blok kerajaan termasuk BN (Barisan Nasional) dan PKR bakal menyokong PN menubuhkan kerajaan baharu lebih kuat... realistik.
“Saya dapat maklumat ada ura-ura lebih 10 ahli Parlimen yang hendak berpindah blok. Mereka ini mengkaji asas permasalahan kerajaan sekarang dan menyedari Kerajaan Perpaduan ini ditunggang DAP.
“Pohon tidak akan bergoyang jika tiada angin. Masakan Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki) mendedahkan ada perjanjian bon kesetiaan RM100 juta dimeterai antara parti dan ahli-ahli Parlimen BN untuk kekal setia sekiranya spekulasi wakil rakyat mereka bakal berpaling tadah adalah tidak benar,” katanya kepada Sinar Premium pada Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus terdapat lebih ramai ahli Parlimen Bersatu dan PN yang dikhabarkan akan mengisytiharkan peralihan sokongan terhadap Anwar dan Kerajaan Madani dalam masa terdekat.
Sumber dalaman PN memaklumkan sekurang-kurangnya terdapat lapan ahli Parlimen Bersatu dari Perak dan Kedah yang dijangka mengikut jejak langkah lima ahli Parlimen parti berkenaan untuk berpaling tadah daripada koalisi pembangkang itu.
Pada 28 November lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal secara terbuka di Dewan Rakyat mengisytiharkan menyokong Anwar dan kerajaan.
Empat lagi wakil rakyat pembangkang daripada Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri ialah Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Mengulas lanjut, Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Pak Wan turut tidak menolak kemungkinan terdapat salah satu daripada 17 parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan bakal mengalihkan sokongan terhadap PN secara en bloc.
Justeru, beliau menolak pandangan akan ada lagi ahli-ahli Parlimen Bersatu dan PN yang bakal berpaling tadah meninggalkan blok pembangkang.
“Saya tidak nampak isu ahli Parlimen alih sokongan menguntungkan sesiapa. Sekali pun Kerajaan Perpaduan didakwa menerima sokongan 154 ahli Parlimen, sokongan itu masih sangat rapuh.
“Terpulang pada ahli-ahli Parlimen PN untuk alih sokongan, adakah ia menjamin kestabilan kerajaan sedia ada? Saya nasihatkan kepada mereka jangan buat keputusan yang menyebabkan mereka menyesal apabila PN pula membentuk kerajaan baharu kelak,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 02 2023

Anwar memerlukan ‘pasukan Anwar’ untuk menggerakkan pembaharuan dan reformasi institusi walaupun ia melibatkan rombakan besar-besaran. (Gambar kecil: Mohd Redzuan)

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.
Program pantau karbohidrat di Thailand dapat sambutan
Lebih 18 juta rakyat Thailand berjaya diberikan pendedahan mengenai pengiraan karbohidrat.
Kerajaan Indonesia belanja 710.5 bilion Rupiah setakat ini
Kerajaan Indonesia setakat 12 mac 2025, telah membelanjakan sejumlah 710.5 bilion Rupiah dalam kempen pemberian makanan percuma kepada jutaan pelajarnya.

'Lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN'
Spekulasi itu bukan cakap kosong kerana dimaklumkan terdapat perbincangan secara dalaman dalam kalangan pucuk pimpinan tertinggi.