SHAH ALAM: Spekulasi lebih 10 ahli Parlimen blok kerajaan bakal beralih sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan baharu sebenarnya adalah lebih kuat dan realistik berbanding ura-ura tambahan ahli Parlimen PN bakal berpaling tadah daripada blok pembangkang itu.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, spekulasi itu bukan sekadar cakap kosong susulan beliau dimaklumkan terdapat perbincangan secara dalaman dalam kalangan pucuk pimpinan tertinggi berkenaan perkara itu.
Menurutnya, lebih 10 ahli Parlimen daripada parti-parti Kerajaan Perpaduan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipercayai merupakan kelompok pertama bakal menyatakan sokongan terhadap blok pembangkang seterusnya diikuti oleh kelompok ahli-ahli Parlimen kerajaan lain.
Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kesemua ahli-ahli Parlimen blok kerajaan yang didakwa bakal berpaling tadah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kalau hendak andaikan akan ada lagi ahli Parlimen Bersatu akan berpaling tadah, saya fikir spekulasi ahli-ahli Parlimen blok kerajaan termasuk BN (Barisan Nasional) dan PKR bakal menyokong PN menubuhkan kerajaan baharu lebih kuat... realistik.
“Saya dapat maklumat ada ura-ura lebih 10 ahli Parlimen yang hendak berpindah blok. Mereka ini mengkaji asas permasalahan kerajaan sekarang dan menyedari Kerajaan Perpaduan ini ditunggang DAP.
“Pohon tidak akan bergoyang jika tiada angin. Masakan Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki) mendedahkan ada perjanjian bon kesetiaan RM100 juta dimeterai antara parti dan ahli-ahli Parlimen BN untuk kekal setia sekiranya spekulasi wakil rakyat mereka bakal berpaling tadah adalah tidak benar,” katanya kepada Sinar Premium pada Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus terdapat lebih ramai ahli Parlimen Bersatu dan PN yang dikhabarkan akan mengisytiharkan peralihan sokongan terhadap Anwar dan Kerajaan Madani dalam masa terdekat.
Sumber dalaman PN memaklumkan sekurang-kurangnya terdapat lapan ahli Parlimen Bersatu dari Perak dan Kedah yang dijangka mengikut jejak langkah lima ahli Parlimen parti berkenaan untuk berpaling tadah daripada koalisi pembangkang itu.
Pada 28 November lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal secara terbuka di Dewan Rakyat mengisytiharkan menyokong Anwar dan kerajaan.
Empat lagi wakil rakyat pembangkang daripada Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri ialah Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Mengulas lanjut, Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Pak Wan turut tidak menolak kemungkinan terdapat salah satu daripada 17 parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan bakal mengalihkan sokongan terhadap PN secara en bloc.
Justeru, beliau menolak pandangan akan ada lagi ahli-ahli Parlimen Bersatu dan PN yang bakal berpaling tadah meninggalkan blok pembangkang.
“Saya tidak nampak isu ahli Parlimen alih sokongan menguntungkan sesiapa. Sekali pun Kerajaan Perpaduan didakwa menerima sokongan 154 ahli Parlimen, sokongan itu masih sangat rapuh.
“Terpulang pada ahli-ahli Parlimen PN untuk alih sokongan, adakah ia menjamin kestabilan kerajaan sedia ada? Saya nasihatkan kepada mereka jangan buat keputusan yang menyebabkan mereka menyesal apabila PN pula membentuk kerajaan baharu kelak,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 02 2023
!['Lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN' 'Lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701479651_MohdRedzuanMdYuso.jpg)
Anwar memerlukan ‘pasukan Anwar’ untuk menggerakkan pembaharuan dan reformasi institusi walaupun ia melibatkan rombakan besar-besaran. (Gambar kecil: Mohd Redzuan)
![Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738906916_DatukMKumar.jpg)
Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.
![Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738906631_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
![Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906153_TBJoseRaulMulino.jpg)
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
![Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906492_PembantuKedaiMakan.jpg)
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AWANI Ringkas: Istana Negara sahkan baginda jalani rawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906276_mindef.jpg)
ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).
Kemunculan AI baharu jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
Pantau Belanjawan: ASEAN Kita: Timor Leste | Bridging the final gap to membership
Tune in to ASEAN Kita for an engaging conversation with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, exploring Timor-Leste’s road to full ASEAN membership, the obstacles in its path, and the broader implications for the region’s future.
![Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906709_SheikhHasina.jpg)
Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.
![Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738904001_TBMahkamah.jpg)
Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Februari sebagai keputusan permohonan penangguhan hukuman penjara 10 tahun ke atas Rosmaini yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya Jahidah.
!['Lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN' 'Lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701479651_MohdRedzuanMdYuso.jpg)
'Lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN'
Spekulasi itu bukan cakap kosong kerana dimaklumkan terdapat perbincangan secara dalaman dalam kalangan pucuk pimpinan tertinggi.