JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan menerima lebih banyak serangan, fitnah dan penipuan dilakukan pihak pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, serangan tersebut dilakukan pembangkang untuk menyemarak perasaan benci rakyat terhadap kerajaan negeri.
"Antara buktinya ialah 'posting' oleh Ahli Parlimen Kluang daripada parti DAP ini yang ternyata adalah satu lagi contoh penipuan pembangkang dalam usaha menghasut rakyat mengenai Enakmen Antilompat Parti.
"Adakah pihak pembangkang di Johor tidak tahu atau buat-buat tidak tahu proses undang-undang negara? Tidak tahu, bertanya. Malu bertanya sesat jalan," katanya dalam entri terbaharu Facebook miliknya pada Jumaat.
Semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-15 di Kota Iskandar pada Khamis, Marina Ibrahim (PH-Skudai) mencadangkan penubuhan jawatankuasa pilihan khas bagi menjalankan kajian dan cadangan Enakmen Antilompat Parti.
Cadangan itu ditolak secara majoriti melibatkan 37 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) manakala 13 ADUN bersetuju supaya undian dijalankan.
Kemudian menerusi satu 'posting' Ahli Parlimen Kulai, Wong Shu Qi mendakwa, UMNO dan BN yang menguasai 37 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menolak enakmen tersebut.
Onn Hafiz berkata, pembangkang di Johor perlu tahu perkembangan proses enakmen tersebut dan kini sudah sampai ke peringkat mana.
Tegasnya, kerajaan negeri tidak pernah menidakkan kepentingan Akta Antilompat Parti, sebaliknya akan terus mengikuti proses dan saluran undang-undang yang betul bagi memastikan amalan demokrasi terjamin di Johor.
"Ini juga adalah komitmen Barisan Nasional Johor bagi melunaskan Ikhtiar BN yang diumumkan semasa pilihan raya negeri lalu. Namun kita tidak perlulah hendak mendahului mana-mana pihak.
"Terkini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah akan mendapatkan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri, mengikut mana yang berkenaan sebelum memberi perkenan terhadap Seksyen 6 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022," katanya.
Jelas beliau, selepas perundangan itu berkuat kuasa di peringkat negeri, barulah negeri meminda Undang-Undang Tubuh atau Perlembagaan Negeri selaras dengan Sekyen 6 Akta A1663 berhubung dengan pindaan Jadual Kelapan, iaitu peruntukkan larangan lompat parti. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 24 2022

Onn Hafiz berkata, pembangkang di Johor perlu tahu perkembangan proses Enakmen Antilompat Parti tersebut dan kini sudah sampai ke peringkat mana. - Gambar fail BERNAMA

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan terus komited memperkasakan Johor sebagai 'bakul makanan' negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.

Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.

GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.

MB Johor, TPM Fadillah bincang isu sumber bekalan air negeri
Turut dibincangkan ialah projek sumber dan bekalan air negeri, cadangan baharu projek sumber air, dan model pembekalan air ke pusat data.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.

Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.

Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.

Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.