SHAH ALAM: Legasi perjuangan Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, mesti dipertahankan kerana jasa dan khidmat bakti beliau kepada rakyat negeri itu.
Menerusi video TikTok @Harakah Daily, luahan isteri Allahyarham Nik Aziz, Puan Sri Tuan Sabariah Tuan Ishak yang menjunjung perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menganugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
Menurut beliau, pengiktirafan tersebut menunjukkan kejayaan Allahyarham Nik Aziz yang berjuang dalam menegakkan agama Islam menerusi kehidupan rakyat dan pemerintahan negara.
“Tugas dan peranan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun adalah begitu besar.
“Politik benar-benar memberi kekuatan kepada penegak nilai dan hukum Islam dalam kehidupan terutama di Kelantan Darul Naim,” ujarnya menerusi coretan video dalam akaun media sosial itu pada Rabu.
Allahyarham Nik Aziz mula menceburi bidang politik pada tahun 1967 ketika berusia 36 tahun dan pada tahun 1990 sehingga 2013 beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan sebelum meninggal dunia pada 12 Februari 2015 di usia 84 tahun.
Jasa dan pengorbanan beliau dalam politik dan keilmuan Islam tidak dapat disangkal serta pernah menerima pengiktirafan 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan bekas Menteri Besar yang memiliki rekod bersih di Malaysia.
Dalam pada itu, menurut Tuan Sabariah, Dasar Membangun Bersama Islam yang menjadi teras pemerintahan di Kelantan telah berjaya menyedarkan umat Islam sekali gus usaha tersebut kekal menjadi nilai kepimpinan.
Tambah beliau, personaliti dan ketekunan Allahyarham Nik Aziz dengan ilmu istiqamah dalam perjuangan adalah kejayaan terbesar memimpin rakyat Kelantan.
“Anugerah ini adalah pengiktirafan kepada Pas dan perjuangannya serta ia legasi yang mesti dipertahankan.
“Perjuangan Pas kekal dengan Islam,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 07 2023

Tangkap layar video berdurasi empat minit di akaun TikTok Harakah Daily memaparkan coretan dan luahan hati Tuan Sabariah berhubung pengiktirafan terhadap jasa Nik Aziz. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Allahyarham bapa tak pernah mengkafirkan sesama Islam - Nik Omar
Nik Omar tidak pernah dengar arwah bapanya mengkafirkan orang yang tidak sependapat dengan dia, khususnya dalam kalangan orang UMNO.

Tun M ziarah keluarga Tok Guru Nik Aziz
Kehadiran bekas Ahli Parlimen Langkawi itu disambut ahli keluarga Tok Guru Nik Aziz termasuk anaknya, Nik Mohamad Abduh.

Legasi Nik Aziz mesti dipertahankan - Tuan Sabariah
Menurutnya, pengiktirafan itu menunjukkan kejayaan Allahyarham yang berjuang menegakkan agama menerusi kehidupan rakyat dan pemerintahan.

Kerajaan ucap tahniah kepada bekas wakil rakyat atas kurniaan darjah kebesaran
Kerajaan merakamkan ucapan tahniah kepada bekas wakil rakyat atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong.

Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia
Allahyarham Nik Razi Nik Mat merupakan seorang tokoh ulama dan pendakwah yang dihormati.

PRU15: Nik Abduh sukarela tarik diri, tiada isu 'matikan' legasi Tok Guru - Tuan Ibrahim
Ia tiada kaitan dengan pengakhiran legasi Nik Abdul Aziz kerana bagi Pas, setiap calon bertanding membawa dasar Islam.

PRU15: Pas tidak terkesan penampilan anak arwah Nik Aziz, anggap satu 'jenaka politik'
Takiyuddin menyifatkannya sebagai jenaka politik apabila Nik Omar bertanding atas tiket PKR sedangkan beliau merupakan ahli parti Amanah.

#PeristiwaHariIni: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia (2015)
Beliau merupakan tokoh yang cukup disegani dalam bidang agama serta di arena politik tanah air.

Pas tampilkan pimpinan yang tenang, senang untuk runding
Pas menampilkan pimpinan yang tenang dan senang untuk berunding berhubung penyatuan ummah antara Muafakat Nasional, Pas dan UMNO.

Khalid dakwa Takiyuddin cuba takutkan rakyat
Khalid Samad mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan seolah-olah cuba mendiamkan bantahan orang ramai terhadap proklamasi darurat.