SIBU: Sekilas pandang tidak ubah seperti papan iklan yang memaparkan duta-duta produk kecantikan namun apabila diamati, ia merupakan gambar lima calon wanita sebuah parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).
Itulah gambaran paling tepat bagi menjelaskan kehadiran beberapa papan iklan gergasi memaparkan lima jelitawan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang menghiasi jalan-jalan utama di bandar ini.
Taktik memaparkan jelitawan dengan fesyen rambut berbeza ditambah pula senyuman manis pasti mencuri tumpuan orang ramai yang melewati kawasan terbabit dalam situasi norma baharu yang tidak membenarkan kempen pilihan raya rumah ke rumah.
Malah tidak kurang juga ada yang mengambil peluang untuk berswafoto dengan jelitawan berkenaan.
Lima jelitawan yang menjadi pertaruhan PBK untuk mencipta kejutan dalam kawasan Parlimen Sibu pada PRN kali ini ialah Priscilla Lau yang bertanding di Bukit Assek, Jane Lau Sing Yee (Dudong), Michelle Ling Shyan Mih (Bawang Assan), Tiew Yen Huong (Pelawan) dan Olivia Lim Wen Sia (Nangka).
Priscilla, 52, dan Michelle, 25, adalah peguam manakala Jane, 36, ialah seorang pengamal perubatan tradisional Cina dan Tiew Yen Houng, 51, pula pemilik syarikat hartanah dan Olivia, 24, merupakan pembantu peribadi.
Mereka adalah sebahagian daripada 12 calon wanita PBK yang secara keseluruhan bertanding di 73 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya itu.
Ketika dihubungi Bernama, Presiden PBK Voon Lee Shan berkata langkah berani meletakkan ramai calon wanita adalah bukti bahawa parti itu mengutamakan hak kesamaan jantina bagi golongan hawa yang terlibat dalam politik.
"Pendirian parti ialah wanita hendaklah dilayan sama rata seperti lelaki. Membenarkan mereka bertanding tidak bermakna kita merendah-rendahkan keupayaan kaum lelaki kerana langkah itu adalah lebih kepada memperkasa golongan wanita memandangkan mereka memiliki latar belakang pelbagai profesion termasuk peguam dan berpendidikan tinggi," katanya.
Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya yang dikeluarkan Isnin lepas, seramai 349 calon bertanding pada PRN12 dengan 45 orang atau 12.9 peratus daripada mereka adalah wanita.
Selain itu, dua calon termuda terdiri daripada wanita iaitu Olivia Lim dan Cherishe Ng Phuay Hui berusia 24 tahun yang masing-masing bertanding atas tiket PBK dan PKR di kerusi Nangka dan Batu Lintang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021

Beberapa papan tanda gergasi memaparkan gambar lima calon wanita Parti Bumi Kenyalang (PBK) di sekitar pekan Sibu. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.

Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.

Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri

Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.

Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.

'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.

PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi

PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.

PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.