Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanifa Maidin menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, Hanipa berkata beliau juga bersedia berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan berhubung kes itu.
"Saya merasa terpanggil dan Insya-Allah bersedia menyahut cabaran Shafee atau ketua Pemuda UMNO dan bersedia untuk berdebat atau berwacana sama ada dengan Shafie sendiri atau Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkaitan isu tersebut.
"Maka saya berharap jika respon saya ini mendapat respon balas daripada mereka berdua mudah mudahan satu sesi perdebatan terbuka akan diadakan berkenaan isu tersebut," katanya dalam kenyataan media.
Meskipun Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman terhadap Anwar, namun Hanipa berpendapat ada sesuatu yang "tidak kena" dalam kes itu apabila Shafee terus mengeluarkan kenyataan menyerang Anwar.
"Saya dapati ada sesuatu yang tidak kena di dalam kes ini, kerana meskipun Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman ke atas Anwar, Shafee masih terus mengeluarkan kenyataan, termasuk menyerang Anwar di dalam akhbar.
"Yang terkini dalam forum yang dianjurkan UMNO," katanya lagi.
Justeru, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mencadangkan supaya debat itu perlu diadakan di mana-mana universiti awam dalam negara.
Hanipa juga mencadangkan ia disiarkan secara langsung oleh RTM atau TV3 supaya memastikan seluruh rakyat mendapat maklumat tentang debat itu.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau bersedia menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Shafee Abdullah dengan pihak yang mempertikai keputusan kes liwat Anwar.
Selasa lalu, Shafee yang merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan Liwat II mendedahkan pelbagai butiran sensasi berhubung kes itu dalam program anjuran Pemuda UMNO di Kelana Jaya.
Malah, Khairy dalam ucapannya di program tersebut berkata BN tidak akan berdiam diri lagi dalam kes liwat itu.
Astro Awani
Thu Feb 19 2015
![Liwat II: Hanipa Maidin sedia debat dengan Shafee atau KJ Liwat II: Hanipa Maidin sedia debat dengan Shafee atau KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/71383205509_295x200.jpg)
Liwat II: Hanipa Maidin sedia debat dengan Shafee atau KJ
Mangsa banjir di PPS Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak setakat jam dua petang tadi menurun kepada 5,294 orang berbanding 5,384 pagi tadi.
Ketidakstabilan politik jejas pembangunan Sabah - Joachim
Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Joachim Gunsalam mengakui tidak seperti Sarawak, situasi politik negeri itu yang tidak stabil merencatkan pelan pembangunan dan kenajuan Sabah.
Enam klinik kesihatan di Sarawak laksana projek CCMS tahun ini
Pada tahun ini, 100 klinik kesihatan bakal melaksanakan projek CCMS ini dan enam di antaranya akan dilaksanakan di Sarawak yang memfokuskan kawasan luar bandar.
Jangan ganggu! hubungi pihak berkuasa jika ternampak buaya
Perrbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ternampak kehadiran buaya terutama di musim banjir, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.
Peruntukan tambahan RM7.8 juta tangani isu kulat di Hospital Sibu
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi menangani isu kulat yang menjejaskan premis dan peralatan kesihatan di Hospital Sibu
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan barang kawalan di daerah Tawau dalam satu serbuan di sebuah rumah atas air di Jalan Tawau Lama, di sini pada Rabu.
Pastikan peruntukan mencukupi hadapi bencana - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi menghadapi bencana kerana ia boleh berlaku di mana sahaja pada bila-bila masa.
Tanah Runtuh: 16 lokasi kritikal di Belaga diperiksa
Sebanyak 16 lokasi tanah runtuh dikenal pasti di sepanjang Jalan Menjawah Belaga, dengan beberapa kawasan berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan tindakan segera.
UNIMAS dalam proses akhir lancar Pelan Anti Rasuah Organisasi
Naib Canselor UNIMAS Prof Dr Ahmad Hata Rasit menjelaskan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) bermatlamat membentuk warga unimas berintegriti dan mematuhi etika dalam segala aspek tatakelola sekali gus mengurangkan risiko salah laku rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
![Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738837168_SheikhHasina.jpg)
Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Kediaman Dhanmondi 32 di Dhaka mula runtuh akibat hentaman jentolak lewat malam Rabu, selepas kebakaran tercetus di tingkat tiga bangunan itu pada sebelah malamnya.
![Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737783426_tbKonvensyenNasiona.jpg)
Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hanipa Midin menggesa Mohamad meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan anti rasuah pada Sabtu.
!['Sebulan ke Singapura, YB Pekan ini bidankah?' - Hanipa persoal 'keistimewaan' diterima Najib 'Sebulan ke Singapura, YB Pekan ini bidankah?' - Hanipa persoal 'keistimewaan' diterima Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/71552564144_MohamedHanipaMaide.jpg)
'Sebulan ke Singapura, YB Pekan ini bidankah?' - Hanipa persoal 'keistimewaan' diterima Najib
Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin hari ini persoal keistimewaan diterima Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
![Suhu Dewan Rakyat sangat sejuk, sukar untuk Ahli Parlimen duduk lama - Hanipa Maidin Suhu Dewan Rakyat sangat sejuk, sukar untuk Ahli Parlimen duduk lama - Hanipa Maidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439513517_HANIPAMAIDIN.jpg)
Suhu Dewan Rakyat sangat sejuk, sukar untuk Ahli Parlimen duduk lama - Hanipa Maidin
Mustahil bagi wakil rakyat terus menahan kesejukan dalam tempoh masa yang lama, dan ia sering berlaku di mana-mana Parlimen di negara lain.
![Ketua Polis Negara tidak terkecuali siasatan IPCMC Ketua Polis Negara tidak terkecuali siasatan IPCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71552564144_MohamedHanipaMaide.jpg)
Ketua Polis Negara tidak terkecuali siasatan IPCMC
Semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Ketua Polis Negara tidak terkecuali daripada pemakaian atau siasatan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
![Selagi masih waras, sila bersara - kata Hanipa kepada Abdul Hadi Selagi masih waras, sila bersara - kata Hanipa kepada Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81572153131_facebookJebonPASdu.jpg)
"Selagi masih waras, sila bersara" - kata Hanipa kepada Abdul Hadi
Abdul Hadi sering mengajar ahli PAS untuk tidak mengamalkan assobiyah, tetapi tidak memegang pada ajarannya sendiri, dakwa Hanipa.
![Kejap macam perempuan, kejap macam lelaki - reaksi Hanipa Maidin pada Azalina jerat diri Kejap macam perempuan, kejap macam lelaki - reaksi Hanipa Maidin pada Azalina jerat diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61570612637_TBAZALINAHANIPA.jpg)
"Kejap macam perempuan, kejap macam lelaki" - reaksi Hanipa Maidin pada Azalina jerat diri
Hanipa Maidin dikecam kerana keluar kenyataan berunsur seksis pada Azalina Othman Said
![Perhimpunan ICERD: Silakan berhimpun tetapi jaga keamanan - Hanipa Perhimpunan ICERD: Silakan berhimpun tetapi jaga keamanan - Hanipa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71540909057_MohamedHanipaMaidi.jpg)
Perhimpunan ICERD: Silakan berhimpun tetapi jaga keamanan - Hanipa
Peserta perhimpunan aman bagi 'kesyukuran' meraikan kejayaan menolak ratifikasi ICERD di ibu negara diminta agar menjaga keamanan dan kebersihan.
![Tempoh lelongan Equanimity berakhir Ogos ini - Hanipa Tempoh lelongan Equanimity berakhir Ogos ini - Hanipa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41533961133_KapalEquanimity.jpg)
Tempoh lelongan Equanimity berakhir Ogos ini - Hanipa
Tempoh lelongan kapal layar mewah Equanimity yang berada di Langkawi akan berakhir pada Ogos tahun depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin.
![Belum ada pihak tampil tuntut hak milik Equanimity - Hanipa Belum ada pihak tampil tuntut hak milik Equanimity - Hanipa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71540909057_MohamedHanipaMaidi.jpg)
Belum ada pihak tampil tuntut hak milik Equanimity - Hanipa
Sehingga kini, tidak ada pihak yang tampil untuk mencabar perintah mahkamah Malaysia berkenaan hak untuk menjual kapal layar mewah 'Equanimity'.
![Rogol dalam perkahwinan: Lapor polis, guna peruntukan sedia ada Rogol dalam perkahwinan: Lapor polis, guna peruntukan sedia ada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81501315774_domesticviolence.jpg)
Rogol dalam perkahwinan: Lapor polis, guna peruntukan sedia ada
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Hanipa Maidin berkata ini kerana hanya satu kes sahaja dilaporkan melibatkan keganasan rumah tangga di bawah peruntukan tersebut.