Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan mengesahkan beliau akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan semula parti yang dijadualkan pada 24 dan 25 Oktober
Beliau akan bertemu Presiden parti Datuk Seri Dr S.Subramaniam bagi menyatakan keputusan itu, yang diambilnya setelah mendapat sokongan daripada akar umbi.
"Saya akan jumpa beliau (Dr Subramaniam) berhubung hasrat saya untuk bertanding setelah semua pemilihan peringkat bahagian selesai (pada akhir minggu ini). Keputusan (bertanding) terletak kepada persetujuan beliau," kata Saravanan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MIC Wilayah Persekutuan kepada pemberita selepas jamuan malam bersama Ketua-Ketua Cawangan MIC Wilayah Persekutuan di sini.
Pada majlis itu, MIC Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada 11 bahagian - Cheras, Batu, Bukit Bintang, Bandar Tun Razak, Setiawangsa, Lembah Pantai, Segambut, Titiwangsa, Kepong, Seputeh dan Putrajaya - mengumumkan sokongan kepada Saravanan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu.
Semasa menyambut baik sokongan itu, Saravanan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yakin perwakilan parti dapat membuat keputusan bijak demi masa depan parti, masyarakat India dan negara.
Bernama
Sat Sep 26 2015

Saravanan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yakin perwakilan parti dapat membuat keputusan bijak demi masa depan parti, masyarakat India dan negara. - Gambar Fail

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Jangan muatnaik gambar kurang sopan di media sosial!
Golongan wanita diingatkan supaya tidak memuat naik gambar-gambar mereka dalam keadaan kurang sopan di media sosial bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak lain.

Saravanan sahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden MIC
Naib Presiden MIC, Datuk M.Saravanan Khamis mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu pada 6 November ini.

M.Saravanan sahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden MIC
Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan mengesahkan beliau akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan semula parti yang dijadualkan pada 24 dan 25 Oktober.

Sabtu minggu kedua Oktober diiystihar Hari Sukan Negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.

Terima kasih PM kerana prihatin bantu selesaikan masalah kami - Pemimpin MIC
Majlis Tertinggi Parti Kongres India Se-Malaysia (MIC) berterima kasih kepada Presiden Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak kerana prihatin menyelesaikan isu dalaman MIC.

Palanivel tiada kuasa adakan pemilihan baru, kata Saravanan
Datuk Seri G.Palanivel tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan satu pilihan raya baru parti itu, kata Naib Presiden Datuk M.Saravanan.