Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini mengumumkan secara rasmi perletakan jawatannya sebagai presiden Gerakan.
Mah berkata ini adalah susulan prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas yang gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen berbanding satu kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13.
"Tiga atau empat bulan lepas saya mendapat banyak rayuan daripada anggota parti supaya terus kekal sebagai presiden, namun saya sebagai kapten telah berjanji jika keputusan parti lebih teruk dari dahulu, maka saya akan letak jawatan.
"Saya ucap terima kasih pada semua (anggota parti) dan hari ini secara rasmi saya tidak akan teruskan (memegang jawatan) sebagai presiden," katanya ketika ditemui di sini, hari ini selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Sembilan ke-43 di Wisma Gerakan di sini.
Ini adalah program terakhir beliau selaku presiden parti.
Pada PRU14, Gerakan kalah kesemua 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya.
Gerakan yang telah menjadi parti bebas selepas mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 23 Jun lepas, akan memiliki presiden baharu selepas ini.
"Kita akan ada pemimpin baharu. Saya telah mengetuai parti Gerakan dan mesti ambil tanggungjawab walaupun ramai yang kata ini bukan salah kita, tetapi sebagai presiden mesti ambil tanggungjawab," katanya.
Mah berkata Gerakan yang kini dalam proses pemilihan parti perlu mengekalkan pemimpin lama dan digabungkan sekali dengan yang baharu bagi memastikan ia dapat dibangunkan semula.
"Sesuatu parti, kita tak boleh (letakkan semua pemimpin) yang baharu, sesetengah daripadany perlu kekal hingga kita bangun semula tetapi presiden tak boleh," katanya.
Pada PRU14, Mah dan calon PAS Dr Ahmad Ramadzan Ahmad Daud tewas di kerusi Parlimen Teluk Intan kepada Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dengan majoriti 11,179 undi.
Mah dalam pada itu menafikan kononnya terdapat ramai anggota parti yang telah meninggalkan parti selepas kekalahan teruk Gerakan pada PRU14.
"Kita ada 300,000 anggota dan yang keluar parti itu tak banyak...setiausaha agung parti (Datuk Liang Teck Meng) beritahu saya yang masuk parti kali ini lebih ramai daripada yang keluar... Jadi nak kata tenggelam itu tak berasaslah," katanya.
Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata Gerakan kini telah mula menyusun semula parti dengan memberi mandat kepada akar umbi untuk memilih pucuk pimpinan yang dirasakan layak bagi pusat, 150 bahagian dan 1,080 cawangan di seluruh negara.
Beliau turut mengumumkan Datuk Choong Vee Hing kekal sebagai Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan.
Sementara itu, ditanya mengenai pendirian Gerakan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mah berkata ia akan ditentukan kemudian memandangkan parti itu kini adalah parti bebas.
"Kita hendak dapatkan pandangan dahulu sebelum memuktamadkan keputusan sebab kita ada 2,070 anggota di Port Dickson yang akan mengundi," katanya.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, yang meletak jawatan selaku wakil rakyat kawasan itu untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada PRU14, Danyal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V. S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 16 2018

Mah berkata Gerakan kini telah mula menyusun semula parti dengan memberi mandat kepada akar umbi untuk memilih pucuk pimpinan yang dirasakan layak. - Gambar fail
Kabinet Arab Saudi sokong resolusi pembinaan semula Gaza
Agensi Berita Arab Saudi melaporkan bahawa dalam mesyuarat Kabinet di Riyadh pada Selasa, Kabinet menegaskan penolakan sidang kemuncak itu terhadap pemindahan paksa penduduk Palestin serta gesaannya untuk menamatkan krisis kemanusiaan akibat konflik yang berterusan.
Serangan dron Rusia membunuh seorang individu
Rakaman video yang dikeluarkan perkhidmatan kecemasan tempatan menunjukkan pasukan bomba sedang memadamkan api di kawasan perumahan.
AS bantah rancangan pembinaan semula Gaza oleh pemimpin Arab
Malah, White House mendakwa cadangan semasa pembinaan Gaza, tidak mengambil kira realiti bahawa wilayah tersebut kini tidak boleh didiami.

Wanita Jepun berusia 108 tahun diiktiraf tukang gunting rambut wanita tertua di dunia
Seorang wanita berusia 108 tahun dari timur Jepun secara rasmi diiktiraf pada Rabu oleh Guinness World Records sebagai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia.
Queensland siap sedia hadapi taufan pertama dalam tempoh 51 tahun
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata kerajaan sedang menyediakan 250,000 beg pasir kepada kerajaan Queensland, selain 80,000 yang telah dihantar oleh tentera.
Colek sajian moreh di Masjid Raudah Sakinah
Penyediaan moreh bukannya suatu kemestian sebaliknya amalan itu bertujuan memupuk semangat maufakat selain membuat amal kebajikan sesama umat Islam.
Pelajar cemerlang B40 terima biasiswa perubatan
Seorang pelajar cemerlang kumpulan berpendapatan rendah terharu selepas menerima biasiswa penuh daripada Universiti Perdana.
PRK Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan menyeluruh berhubung kematian individu terbabit masih dikendalikan oleh pihak berkuasa, ketika ini.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Saya hanya dedahkan perkara sebenar dalam 1MDB - Che Lodin
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu tujuan beliau memberi keterangan kerana mahu dedah perkara sebenar berlaku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.
Amzar tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka di prosiding Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu.

Hadis 40 Imam Nawawi: Pas akan adakan dialog bersama Gerakan - Hadi
Abdul Hadi berkata Pas sentiasa berhubung dengan Gerakan dalam membincangkan mana-mana isu berbangkit.

Ahli Gerakan perlu fokus PRN berbanding pemilihan parti - Dominic Lau
Penyandang Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau mengingatkan kepada semua ahli supaya fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) berbanding pemilihan parti.

Tiada keperluan debat projek tambak laut Pulau Pinang Selatan - Kon Yeow
Tiada keperluan untuk berdebat berhubung Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) kerana segala pertikaian mengenainya sudahpun dibincangkan secara panjang lebar sebelum ini.

PRU15: Presiden Gerakan sahkan bertanding di Pulau Pinang
Bagaimanapun, Dominic Lau masih merahsiakan kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya.

PRU15: Calon kuasai bahasa Melayu dengan baik pilihan Gerakan - Dominic
Hanya mereka yang mengusai kemahiran bahasa Melayu dengan baik akan dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Dr Dominic Lau.

Gerakan sarankan kerajaan kekalkan hukuman mati atas kesalahan jenayah kejam
Jenayah seumpama itu perlu mendapatkan hukuman setimpal terutama melibatkan kes kehilangan nyawa mangsa.

PRN Johor: PN muktamad senarai calon minggu depan - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KEMAS gerakkan 1,256 sukarelawan bantu mangsa banjir
207 premis Tabika, Taska dan Pusat Kegiatan KEMAS di seluruh negara sudah dikenalpasti terjejas akibat banjir yang melanda.

PRN Melaka: Landskap politik norma baharu Melaka perlu diperhalusi
Situasi ini juga bakal memberi peluang yang sama rata kepada semua parti untuk meraih kemenangan.

MPN yakin Agong dapat tangani kemelut politik
Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat segala persoalan itu dapat diselesaikan atas kebijaksanaan dan kearifan Yang di-Pertuan Agong.