Terkenal dengan kelantangannya, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau ‘kurang ajar’ kerana Tun Dr Mahathir Mohamad ‘mengajarnya’ menjadi begitu.
Menurutnya, dia tidak pernah melupakan tindakan bekas perdana menteri itu melawan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan bersikap ‘kurang ajar’ kepada Bapa Kemerdekaan Malaysia itu.
Tambah beliau, orang Melayu selalunya terkenal dengan kesopanan terutamanya apabila berdepan pemimpin namun apa dilakukan Tun Mahathir sangat berbeza.
“Masa itu saya berumur 15 tahun dan sebagai orang muda, saya melihat ia merupakan fenomena baru. Saya tengok Mahathir ni lain jadi saya terikut-ikut dengan dia.
“Saya kira pada hari ini kalau saya kurang ajar, dia laa (Tun Mahathir) yang ajar saya. Dia kurang ajar dengan perdana menteri (Tunku Abdul Rahman) tapi saya kurang ajar dengan bekas perdana menteri.
“Tapi saya bagus sikitlah sebab saya tak kurang ajar dengan perdana menteri. Itu pun selepas dia (Tun Mahathir) lawan kita. Banyak benda dia ajar jadi saya ikut apa dia ajar sampai sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Kayuhan Sayang Malaysia Visit MyKampung di Dataran Labu Kubong, di sini, pagi tadi.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri menempelak dakwaan mengatakan BN bertanggungjawab kepada pembubaran Bersatu seperti diumumkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros) baru-baru ini.
Tegasnya, Bersatu tidak mahu mengaku salah lantas menuding jari kepada Umno sedangkan keputusan itu ditetapkan Ros kerana parti itu gagal mematuhi beberapa syarat ditetapkan.
“Saya dah kata banyak kali dah, kita (BN) tak mahu menang dengan cara tidak elok. Kita nak rakyat ada pilihan dan sokong kita kerana memang betul-betul sokong kita.
“Saya dah kata pun yang parti ini (Bersatu) gigit kita macam nyamuk saja. Walaupun Rafidah (Tan Sri Rafidah Aziz) kata nyamuk gigit boleh mati tapi dalam cerita ini, nyamuk gigit kita tapi nyamuk yang mati.
“Macam nyamuk aedes, dia gigit kita, manusia mati tapi ini nyamuk yang mati. Itulah Umno. Umno ni keramat, jangan khianat Umno,” ujarnya.
Sinar Harian
Sat Apr 07 2018
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau kurang ajar kerana Tun Dr Mahathir Mohamad mengajarnya menjadi begitu. - Gambar fail
JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar sedang mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak lelaki Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah.
AWANI Ringkas: Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ASEAN 2025: Malaysia ulangi sokongan jadikan Timor Leste anggota penuh
Timor Leste yang memperoleh kemerdekaan pada 2002 memohon untuk menyertai ASEAN pada 2011.
Kerajaan India siasat kematian misteri di Kashmir
Kerajaan persekutuan India mengarahkan pembentukan pasukan antara kementerian untuk menyiasat kematian misteri di sebuah kampung di Kashmir yang dikuasai India.
One Cent Thief 2 dilancar dengan gimik mendebarkan satu Bukit Bintang
Gimik pelancaran One Cent Thief musim kedua yang berlangsung di Bukit Bintang malam tadi berjaya mencuri perhatian ramai dengan elemen dramatik yang memukau.
PUSPAKOM jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan Puspakom cawangan Johor Bahru, yang tular di media sosial baru-baru ini.
KPDN rampas 667 kg minyak masak botol dijual melebihi harga pasaran
KPDN Perak merampas 667 kilogram (kg) minyak masak botol bernilai RM4,148.70 selepas disyaki dijual melebihi harga kawalan ditetapkan.
Jumlah mangsa banjir Sabah 1,054 mangsa
Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 1,054 mangsa daripada 355 keluarga pagi ini.
Amaran ribut petir, hujan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak sehingga jam 1 tengah hari ini.
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program best
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata inisiatif itu bagi mendorong pembudayaan persekitaran bersih dalam kehidupan seharian masyarakat di Wilayah Persekutuan.
Jadi diri sendiri tak bermakna kurang ajar - Ikhmal Nour
Ikhmal Nour diumumkan sebagai pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023 bagi kategori Rising Star of The Year pada Ahad.
Petugas AVSEC biadab: Malaysia Airports mohon maaf, ambil tindakan tatatertib
Malaysia Airports berkata pihaknya telah menjalankan siasatan segera setelah menerima maklumat kejadian itu, selain turut mengesahkan kejadian berkenaan adalah seperti yang dilaporkan.
'Patik minta ampun, patik derhaka...'
Firdaus membuat status 'Warkah Memohon Ampun Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah' sambil disusuli dengan permohonan maaf.
'Mahathir yang ajar saya jadi kurang ajar' - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau kurang ajar kerana Tun Dr Mahathir Mohamad mengajarnya menjadi begitu.
Padah menunggang melulu, 10 mat rempit ditahan polis
Lagak samseng, kurang ajar dan mengabaikan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain seperti tidak memberi kesan kepada sekumpulan anak muda yang gemar merempit.
Hotel larang pakai tudung: Kurang ajar - Nazri Aziz
Syarikat rangkaian hotel antarabangsa dianggap tidak menghormati Malaysia sebagai negara yang majoritinya beragama Islam sekaligus melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Penganjur perhimpunan Bersih 4 "kurang ajar" - Mustapa
Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengutuk perhimpunan Bersih 4 di ibu negara hari ini dan esok kerana ia boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan keamanan negara.