KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan sekali lagi mengulangi pendirian untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada pagi tadi turut menjemput semua Ahli Parlimen yang menentang dan menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bersama menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM untuk membuktikan sokongan serta membentuk satu majoriti baharu di Parlimen.
“Walaupun setakat ini umum sedia maklum hanya 100 Ahli Parlimen menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan 120 Ahli Parlimen tidak menyokong, namun beliau enggan meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan," jelas kenyataan itu.
Tambahnya, Pakatan Harapan juga tidak bersetuju untuk sebarang pilihan raya umum diadakan terutama ketika pandemik COVID-19 memuncak.
“Oleh itu, amatlah penting semua pihak dapat bersatu di bawah sebuah Kerajaan berjiwa rakyat yang mampu memperbetul segala kepincangan dan kegagalan Perikatan Nasional menjelang undi percaya terhadap Perdana Menteri nanti.
“Ini supaya sebarang pengambilalihan Kerajaan hanya akan berlaku bersama pihak-pihak yang bersetuju dengan prinsip-prinsip dan landasan perjuangan termasuk reformasi institusi, tatakelola dan urus tadbir yang baik dan institusi kehakiman yang bebas," tambah kenyataan itu lagi.
Parlimen tergantung adalah situasi di mana parti politik tertentu atau gabungan sedia ada tidak mempunyai majoriti mutlak dalam Parlimen atau badan perundangan lain.
Situasi ini juga dikenali sebagai parlimen seimbang iaitu walaupun tidak lazim atau tiada kawalan keseluruhan.
BACA: Apa yang anda perlu tahu tentang senario Parlimen Tergantung
Undi percaya adalah antara cara menentukan kepercayaan ahli Dewan kepada Perdana Menteri atau kerajaan dan ia mempunyai beberapa tujuan.
BACA: Undi percaya terhadap Perdana Menteri 7 September ini - Saifuddin
Tujuan undi percaya ialah untuk mendapatkan kepastian bahawa Perdana Menteri masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Di negara kita, amalan mendapatkan undi percaya ini dibuat ketika Perdana Menteri baharu mengambil jawatan tanpa melalui pilihan raya. Amalan ini walau bagaimanapun tidak didapati dalam bentuk undang-undang bertulis.
Sekiranya Perdana Menteri gagal mendapat undi percaya, ia boleh ditafsir sebagai undi tidak percaya. Ini sekali gus menunjukkan undi percaya mempunyai kesan ke atas kedudukan kerajaan.
Perlembagaan Persekutuan mensyaratkan supaya hanya seseorang yang mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat boleh dilantik sebagai Perdana Menteri - Perkara 43(2)(a).
Raja Hisyam Raja Zaid
Fri Aug 13 2021

Pakatan Harapan juga tidak bersetuju untuk sebarang pilihan raya umum diadakan terutama ketika pandemik memuncak. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Ecuador adakan pilihan raya umum
Rakyat Ecuador keluar mengundi pada Ahad untuk memilih seorang presiden, naib presiden, 151 anggota Dewan Negara dan lima anggota Parlimen Andean untuk tempoh empat tahun.

Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.

Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan, tidak perlu ditangguh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.

Pemilih Jepun keluar mengundi pada Ahad untuk pilihan raya awal
Terdapat lebih 45,000 pusat pengundian di seluruh negara untuk lebih 105 juta pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Formula perpaduan PH, BN perlu dipertahankan dalam PRU16 - Saifuddin
Formula perpaduan antara PH dengan BN pada PRK DUN Mahkota, Johor wajar dipertahankan dalam siri pilihan raya akan datang termasuk PRU16.

Presiden Sri Lanka bubar Parlimen, umum pilihan raya pada 14 Nov
Presiden Sri Lanka membubarkan Parlimen pada lewat Selasa dan mengumumkan pilihan raya umum bakal berlangsung pada 14 Nov.

Trump tolak cabaran Harris berdebat semula
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menegaskan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam debat televisyen kedua menjelang pilihan raya presiden November ini.

Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam
Keputusan pucuk pimpinan memilih Pahang adalah isyarat serius Pas mahu mengiringi pentadbiran Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Masih terlalu awal buat kesimpulan BN bergerak solo - Mohamad Hasan
Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan Barisan Nasional (BN) dan UMNO boleh bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRU akan datang lebih sukar buat UMNO - Mohamad
Katanya, kumpulan tersebut mampu menewaskan pelbagai dasar kerajaan dengan hanya serangan yang dipaparkan di skrin media sosial mereka.