KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 juta pelancong telah direkodkan memasuki negara dari tempoh 1 Jan hingga 15 Nov lepas, berdasarkan statistik terkini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing berharap jumlah pelancong dapat ditambah berikutan pelaksanaan pengecualian visa untuk rakyat China dan India selama 30 hari bermula 1 Dis lepas.
"Jadi, kami berharap kita boleh mempertingkatkan (jumlah pelancong) terutama sekali seperti yang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim umumkan, visa berkecuali untuk negara China dan India," katanya kepada media selepas sesi jelajah mesra Sambutan Hari Batik Malaysia di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Mengikut statistik itu, pelancong Singapura adalah tertinggi iaitu sebanyak 12,645,364 orang diikuti Indonesia (3,166,295), Thailand (2,073,162), China (1,407,471), Brunei (904,841) dan India (780,532) manakala bakinya adalah lain-lain negara.
Sementara itu, dalam usaha memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-China sempena ulang tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara ke-50 pada tahun hadapan, satu siri koleksi khas batik akan diperkenalkan oleh MOTAC dan Kraftangan Malaysia.
"Kita kemungkinan buat satu reka bentuk siri koleksi khas untuk dua negara dan juga macam mana kita boleh jalankan satu tahun promosi di negara China, macam contoh mereka pun boleh promosi pakaian mereka seperti cheongsam atau material lain kepada kita," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Ainu Sham Ramli berharap Jualan Rahmah Batik yang telah dilancarkan sempena Sambutan Hari Batik Malaysia hari ini dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli batik pada harga kurang daripada RM100 .
"Kami mengadakan tawaran istimewa ini, hasil kerjasama dengan pengusaha-pengusaha batik agar pembeli dapat memperoleh batik pada harga mampu milik," katanya.
Beliau berkata sambutan kali ini yang berlangsung selama lima hari bermula 30 Nov hingga 4 Dis ini, turut menyasarkan hasil jualan sebanyak RM1 juta.
Sambutan Hari Batik Malaysia yang diadakan pada tahun ketiga ini juga merekodkan peningkatan jumlah penyertaan usahawan batik sebanyak 820 pengusaha berbanding 797 pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023
![Malaysia terima 26 juta pelancong setakat November - MOTAC Malaysia terima 26 juta pelancong setakat November - MOTAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701606160_TiongKingSing.jpg)
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing berharap jumlah pelancong dapat ditambah berikutan pelaksanaan pengecualian visa untuk rakyat China dan India selama 30 hari bermula 1 Dis lepas. - Foto BERNAMA
![Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939560_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
Minyak sawit: CPOPC ramal pertumbuhan sederhana dalam pengeluaran
Walaupun pengeluaran Indonesia dijangka pulih, faktor seperti hasil yang tidak stabil dan menurun, peningkatan bilangan pokok kelapa sawit tua dan tidak produktif, dan kadar penanaman semula yang rendah berkemungkinan menghasilkan pertumbuhan kecil dalam pengeluaran minyak sawit.
![Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739010550_TBMAJLISBELIA.jpg)
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
![TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734605375_TBtabunghajijp.jpg)
TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).
![MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738559482_mrahramadankenan.jpg)
MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.
![MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737779919_ShaharuddinAbuSoho.jpg)
MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus memartabatkan budaya sarapan dan makanan warisan negara melalui program dianjurkan.
![Tipu umrah: MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000 Tipu umrah: MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737207943_TBMOTAC.jpg)
Tipu umrah: MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.
![Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737113737_KetuaPolisSelangor.jpg)
Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC
Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
![Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729852402_KetuaPolisSelangor.jpg)
Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.
![MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711326667_MekahKaabahUmrah.jpg)
MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.
![ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736862365_TBYasmeenYasim.jpg)
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
![Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030 Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733672031_ZalihaMustafa.jpg)
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Labuan akan melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan 2025 yang bertujuan meningaktkan sektor pelancongan dalam tempoh lima tahun akan datang.