Pengundi muda dijangka akan menjadi kelompok harapan atau "the hopeful voters" yang bakal menjadi penentu dan pencorak keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.
Ini sekali gus menggugah hasil kajian sebelum ini yang menyatakan bahawa pengundi Malaysia hanya terbahagi kepada dua kelompok iaitu 'materialis' dan 'pasca materialis'.
Pengundi muda untuk PRU14 dijangka boleh menjadi individu yang mewakili kedua-dua kelompok di atas bedasarkan kepada faktor pendidikan mereka.
"Pengundi muda berdiri di atas landasan yang saya gelar sebagai the hopeful group. Rata-rata mungkin berpendapatan kurang daripada RM4,000 namun pendidikan tinggi yang diterima menyebabkan mereka cenderung kepada sesuatu yang lebih abstrak.
"Mereka adalah kelompok yang berharap sesuatu yang idealistik seperti kemakmuran negara dan ekonomi negara yang lebih baik," jelas Prof Datuk Seri Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang ditemui ketika sesi persidangan Meja Bulat Pra-PRU14 bertajuk 'BN, PH dan PAS: Siapa atasi Siapa' di sini, pada Khamis.
Sesi persidangan itu disertai ahli akademik daripada Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, yang mengupas isu-isu penting menjelang PRU14.
Kelompok pengundi materialis terdiri daripada individu berpendapatan tidak lebih RM4,000 yang dilihat lebih cenderung kepada isu kos sara diri dan kadar pengangguran.
Kelompok pasca materialis yang berpendapatan tinggi pula dilihat mengabaikan faktor ekonomi dan memilih untuk menyuarakan isu yang abstrak seperti hak asasi manusia dan kebebasan media.
Sementara itu, Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, Barisan Nasional (BN) dijangka tidak menghadapi masalah mendapat majoriti mudah pada PRU14 berdasarkan rekod cemerlang gabungan 13 parti komponen itu dalam menyantuni aspirasi rakyat.
Menurut Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dalam suhu politik sekarang ini, tidak mustahil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mampu membawa kemenangan dua pertiga kepada BN.
"Sekarang ini BN berada pada kedudukan terbaik untuk menang PRU14 berikutan faktor seperti perpaduan yang makin ampuh dalam parti tonggaknya, UMNO, serta penolakan rakyat terhadap pembangkang terutama kepada calon perdana menteri pembangkang iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya selepas membentangkan kertas kerja pada satu lagi sesi persidangan bertajuk 'BN Kekal Atau...?'.
Wafa Aula
Thu Feb 22 2018
Pengundi muda adalah kelompok yang berharap sesuatu yang idealistik seperti kemakmuran negara dan ekonomi negara yang lebih baik. Gambar hiasan
Gencatan senjata Gaza mula Ahad, walau ada halangan akhir
Gencatan senjata di Gaza dijangka bermula pada hari Ahad seperti yang dirancang, walaupun masih terdapat isu kecil yang perlu diselesaikan oleh perunding pada saat-saat akhir.
LYF George Town rancakkan industri perhotelan di Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, industri perhotelan mempunyai peranan besar dalam menyediakan tempat untuk menyambut kedatangan tetamu kenamaan asing dan delegasi berikutan beberapa mesyuarat ASEAN akan turut diadakan di Pulau Pinang.
Malaysia tangani risiko overtourism menerusi amalan pelancongan lestari
Meskipun Malaysia belum menghadapi lebihan pelancong secara meluas, beberapa lokasi pelancongan seperti Semporna, Sabah telah mula berdepan masalah itu.
Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Menurut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Video tular kakitangan Puspakom ditampar pelanggan berlaku November lepas
Beliau berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.40 petang pada 18 Nov lepas melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun yang merupakan pelanggan Puspakom.
AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
PM adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom (UK) dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.