SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir pimpinan Kerajaan Perpaduan mengenai dakwaan mereka bahawa Perikatan Nasional (PN) ada menerima dana daripada syarikat perjudian bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata sedemikian susulan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak dapat membuktikan tuduhan terbabit.
Menurutnya, dakwaan berkenaan jelas merupakan satu fitnah bagi memburukkan gabungan PN.
“Di mana tuduhan dan fitnah yang keluar dari mulut pimpinan negara itu? Untold lie,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said pada Khamis memberitahu Dewan Rakyat, siasatan SPRM tidak dapat membuktikan PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen PRU15.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Ahmad Fadhli yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan tersebut.
Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu sidang media mendedahkan kemungkinan PN memperoleh dana politik daripada syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya.
Dakwaan berkenaan bagaimanapun disangkal oleh parti gabungan PN iaitu Pas atas alasan mustahil mereka menerima dana politik daripada tauke dan syarikat judi ketika pihaknya tegas menutup tempat kegiatan terbabit. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 26 2023

Ahmad Fadhli mendakwa, tuduhan berkenaan merupakan satu fitnah bagi memburukkan Perikatan Nasional. - Foto Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.

Pemimpin Pas bukan malaikat, terbuka terima teguran perwakilan - Ahmad Fadhli
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengakui kepimpinan parti itu tidak sempurna dan sentiasa terbuka menerima teguran daripada ahli serta perwakilan.

Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.

Buang tanda nama 'PN' pada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.

Serangan dron Iran: Negara Arab digesa tidak jadi ‘barua’ Zionis - Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli gesa agar mana-mana negara Arab tidak bersekongkol dengan rejim Israel susulan Iran melancarkan serangan terhadap negara itu.

KEB mesra Bumiputera atau hanya wayang - Ahmad Fadhli
Pas mempersoalkan hala tuju Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) Madani yang dilaksana Kerajaan Perpaduan sama ada mesra Bumiputera atau hanya sekadar wayang.

Keputusan petisyen Nik Elin: Pas desak kerajaan segera usul pinda Perlembagaan
Pas mendesak kerajaan supaya menyegerakan usul meminda Perlembagaan di Parlimen dengan memasukkan bidang kuasa jenayah di bawah Senarai III, Senarai Bersama.

Konsert Coldplay bukan semata-mata kerana sokong Palestin - Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli berkata, kebenaran penganjuran konsert tersebut bukan semata-mata kerana Coldplay menyokong Palestin.