SEREMBAN: Tiada tawaran 'bulan dan bintang' dalam manifesto gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menerusi 'Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan' yang teras utamanya adalah bagi menjamin kesejahteraan rakyat di negeri itu.
Pemimpin dan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) gabungan PH-BN di negeri itu berpandangan manifesto bersejarah tersebut disifatkan menyeluruh dan memenuhi kepentingan setiap lapisan rakyat daripada umur bayi sehingga warga emas.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata manifesto PH-BN itu adalah hasil perbincangan terperinci semua kepimpinan BN dan PH dalam menyediakan tawaran terbaik untuk rakyat di negeri itu.
"Ini merangkumi semua aspek pembangunan, ekonomi, pendidikan serta agama dan pelbagai lagi...para belia juga akan mendapat manfaat dalam soal perumahan serta peluang perkerjaan," katanya.
Pengarah Pilihan Raya PH-PKR Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah pula berkata tiada rakyat di Negeri Sembilan akan tercicir daripada menerima manfaat manifesto yang dilancarkan oleh Pengerusi PH negeri Datuk Seri Aminuddin Harun.
"Tiada rakyat tercicir daripada pembangunan di negeri ini, ini satu manifesto realistik. Perincian manifesto ini dikaji secara holistik bersama BN, kita tidak mahu ia menjadi retorik," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan di sini hari ini.
Calon PH-DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang Nicole Tan pula berkata kepimpinan PH dan BN terus memperkasakan dan memartabatkan peranan wanita dalam Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menerusi manifesto itu.
Katanya antara yang menarik dalam manifesto itu ialah teras khas untuk Felda bagi memartabatkan kesejahteran warga Felda di negeri itu serta penambahbaikan inisiatif sedia ada.
"Sudah tentu mencuri tumpuan ialah tentang inisiatif belia, wanita dan keusahawanan kerana saya antara pemberi cadangan tersebut terutamanya pembentukan satu majlis wanita di setiap DUN, ia penting dalam mempergiatkan lagi penglibatan wanita dalam pengurusan MPKK," katanya.
PH dan BN hari ini menawarkan Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan, berteraskan lima tekad dengan 10 teras utama menggariskan 70 inisiatif mencakupi keperluan dan kebajikan masyarakat berbilang kaum di negeri itu, sekali gus menjana peluang dalam memacu pembangunan negeri dan menyejahterakan rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
Pengerusi PH N.Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (tengah) bersama Pengerusi Perhubungan UMNO N.Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias (kiri) menunjukkan dokumen Aku Janji Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan. - Foto BERNAMA
Di mana Muhammad Khairul?
Polis minta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, yang dilaporkan hilang sejak Rabu.
Permainan gelongsor air kaca di i-City tiada kelulusan MBSA
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung baru-baru ini masih belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
10 Berita Pilihan - (30 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 31 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM10,000
Polis merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Bukit Lagi di sini pada Selasa lepas.
Weststar bakal perluas sayap jalin kerjasama tiga hala
Ini merupakan kerjasama tiga hala membabitkan Malaysia, Timor Leste dan Santos Energy, sebuah syarikat dari Australia yang menonjolkan kepentingan Weststar dalam pembangunan ekonomi serantau.
Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan
Beberapa kawasan di bandar Bintulu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, turut dinaiki air termasuk beberapa kawasan perumahan.
Projek Bandar Wakaf di Gaza bukti solidariti Malaysia untuk Palestin - MAPIM
Pembangunan ini merupakan model pembangunan wakaf pertama Malaysia di bumi Palestin yang boleh dijadikan contoh di peringkat global.
Polis kesan tiga lagi suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi semalam.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis
ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara.
Manifesto 'Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan' realistik, tiada janji bulan, bintang
Maanifesto bersejarah tersebut disifatkan menyeluruh dan memenuhi kepentingan setiap lapisan rakyat daripada umur bayi sehingga warga emas.
PRN: PH-BN lancar Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan, garis 10 teras, 70 tawaran
Aspirasi yang menggariskan 70 inisiatif itu, mencakupi keperluan dan kebajikan masyarakat berbilang kaum di negeri itu.