Pas akan mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi gabungan parti yang diterajuinya, Gagasan Sejahtera pada Ahad ini.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata manifesto tersebut bertemakan 'Malaysia Sejahtera' dan memberi fokus untuk memastikan kesejahteraan golongan Muslim dan bukan Muslim.
"Kita harap tawaran ini mampu menarik sokongan rakyat termasuk pengundi bukan Muslim.
"Sasaran utama bagi kami dalam PRU14 adalah golongan belia kerana mereka berdepan isu besar seperti kos sara hidup, perumahan dan lain-lain," katanya.
Tambah beliau, 70 peratus pengagihan kerusi sudah diselesaikan dan baki akan dimuktamadkan selepas proses persempadanan semula selesai.
"Bagi Gagasan Sejahtera, kami tidak akan mengguna logo yang sama dan tiada perancangan untuk mendaftar gabungan ini secara rasmi," kata beliau.
Sementara itu, Tuan Ibrahim turut menggariskan sembilan teras yang bakal diberi keutamaan dalam manifesto Gagasan Sejahtera.
Sembilan teras itu adalah pembentukan sebuah kerajaan berintegriti, beramanah dan bebas korupsi; penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baharu rakyat dan meredakan kesan peningkatan inflasi serta kenaikan kos sara hidup, pengurangan jurang agihan pendapatan di bandar dan luar bandar; peningkatan kualiti pendidikan; sistem perundangan dan tadbir urus berlandaskan syariah.
pengembalian hak-hak kerajaan negeri, pemerkasaan suara rakyat dan penambahbaikan sistem sokongan sosial.
Menurut Tuan Ibrahim, teras ini dipilih bagi memastikan manifesto ini mampu menarik sokongan semua tanpa mengira bangsa dan agama.
Manifesto Gagasan Sejahtera akan diumumkan Ahad ini oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Cyberjaya.
Gagasan Sejahtera terdiri daripada Pas, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA).
Astro Awani
Mon Mar 12 2018

Pas akan mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 bagi gabungan parti yang diterajuinya, Gagasan Sejahtera pada Ahad ini, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. foto Astro AWANI/Shahir Omar

Taklimat Harian PMO: PM arah segerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan
Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyegerakan usaha itu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.
Program perumahan mampu milik di Kelantan: 3,268 unit siap, 2 lagi projek menyusul
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat (PRR) di Kelantan melibatkan lapan buah projek telah diluluskan dengan 3,574 unit rumah.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Taklimat Harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan MADANI - Tunku Nashrul
Taklimat Harian PMO sebaliknya, menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi kerajaan.
Taklimat Harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bukan pengganti kepada sidang media jurucakap Kerajaan Perpaduan oleh YB Fahmi Fadzil. #AWANInews

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar
Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan, kata Perdana Menteri.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Johor ambil tindakan batal lesen jika sewa tapak pada warga asing - Exco
Kerajaan Johor tidak mengeluarkan lesen bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada warga asing, jika ada 'sewa atas sewa' (kepada warga asing), lesen itu akan dibatalkan segera.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

Gagasan Sejahtera terima kerjasama Pas - UMNO
Gabungan parti politik yang terdiri daripada Pas, Ikatan dan Berjasa, terima kerjasama politik penyatuan ummah antara Pas dan UMNO.

Pas jangka sokongan terhadap Pakatan Harapan akan terus merosot
Menurut Tuan Ibrahim, perkara itu berdasarkan beberapa indikator yang sehingga kini masih gagal diatasi PH selepas lebih setahun mentadbir negara.

PRK PD: Penting untuk semua pemimpin utama PH berada dalam kerajaan - Amanah
Mohamad Sabu berkata Anwar berhak bertanding dan Amanah menyokong pengumuman pemimpin tertinggi PKR itu.

Muktamar riuh dek usul Pas-UMNO
Perwakilan Kota Raja mengusulkan desakan kepada Pas Pusat supaya menentukan rakan politik menerusi kaedah tahaluf dan bukannya ta'wun yang terlalu anjal.

Dewan Pemuda Pas sokong kerjasama secara ta'awun dengan parti lain
Usul lain yang akan dibawa ialah Pas perlu mengukuhkan kerjasama politik dalam Gagasan Sejahtera dan mengiktiraf mereka sebagai kuasa semak dan imbang pentadbiran Pas.

Inilah harinya!
Sebelas hari sebelum ini, semua calon termasuk yang bertanding atas tiket Bebas telah bertemu pengundi dan berkempen.

"Rapatkan saf, kita dah nak 'terbang' ..."
Secara tradisinya, Pas suka mengetengahkan idea wau bulan dengan bendera Pas paling besar sebagai lambang 'penerbangan ke bulan' yang diperjuangkan selama ini.

Kos sara hidup: Manifesto siapa lebih dekat di hati?
Parti bertanding sedar dan akur bahawa kos sara hidup itu isu yang perlu ditangani sebaik mungkin atau mereka mungkin akan dihukum seberat-beratnya oleh rakyat.

Hadi Awang samakan anak pemimpin Pas keluar parti seperti anak Nabi Nuh
Tuan Guru Hadi Awang menyamakan anak-anak bekas pimpinan Pas yang keluar parti itu seperti kisah anak Nabi Nuh yang berpaling daripada bapanya.

Pas, Berjasa bertembung di kerusi parlimen Cameron Highlands, DUN Batu Kurau
Difahamkan Berjasa kecewa kerana parti itu hanya diberikan di kawasan majoriti pengundi Cina manakala Pas membolot semua kerusi yang majoritinya pengundi Melayu.