KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin kebangkitan politiknya tidak mustahil, terutama dengan pendedahan terbaharu membabitkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Hal itu diluahkan Najib dalam temubual khas dengan CNN News18 India, pada Sabtu.
"Saya percaya pertuduhan itu bermotifkan politik dan pendedahan baru-baru ini oleh pasukan peguam saya sangat jelas dan kami hanya mempunyai akses kepada bukti tersebut baru-baru ini. Itulah sebabnya kami tidak dapat mengemukakannya lebih awal.
"Ia sangat jelas seperti yang dibentangkan oleh peguam saya, Hakim Mahkamah Tinggi juga keliru sedangkan itulah asas untuk satu perbicaraan yang adil.
"Saya berharap akan ada pengisytiharan salah laku, ia sudah tentu akan dimainkan dalam arena politik dan apa-apa yang akan positif dari segi undang-undang, akan membantu saya dari segi politik," katanya dalam temubual ringkas selama lapan minit itu.
Beliau turut mengulas hubungan dua hala antara Malaysia dan India yang disifatkan terjejas di bawah pimpinan perdana menteri sebelum ini, namun percaya ia mampu dipulihkan.
"Saya sentiasa menganggap India sebagai sahabat rapat, dan saya melihat India sebagai salah satu sekutu strategik kami, pusat kuasa baharu, pusat kuasa yang semakin berkembang dan pastinya rakan kongsi strategik utama Malaysia.
"Kami percaya hubungan itu harus pelbagai, paling utama hubungan perdagangan dan ekonomi dan Malaysia berada dalam posisi untuk mengeskport lebih banyak minyak sawit ke India.
"Kekuatan India, sebagai contoh, dalam bidang IT, kami harus memanfaatkannya, serta menggalakkan pelaburan langsung asing ke Malaysia dari India dan juga merangsang pelancong untuk antara Malaysia-India.
"Ada banyak potensi dan saya positif, bahawa hubungan ini akan berkembang dan akan lebih kukuh pada masa akan datang," katanya lagi.
Astro Awani
Sat Jun 11 2022
Najib yakin kebangkitan politiknya tidak mustahil, terutama dengan pendedahan terbaharu membabitkan Hakim Mahkamah Tinggi. - Foto fail/BERNAMA
Trump beri amaran: “Kekacauan besar akan berlaku jika gencatan senjata di Gaza gagal”
Bakal Presiden AS itu beritahu Benjamin Netanyahu "teruskan apa yang perlu dilakukan."
Tebusan Israel, banduan Palestin hadapi masalah kesihatan “kompleks” – Ketua WHO
Kedua-dua pihak kemungkinan besar menghadapi dan akan terus menghadapi cabaran kesihatan "kompleks" yang mungkin mengambil masa bertahun untuk diatasi.
TH nafi zalimi bakal haji, akui akan ambil tindakan undang-undang
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan tuduhan institusi kewangan Islam itu menzalimi bakal haji melalui tawaran haji musim 2025M/1446H.
Kemalangan: 70 maut, 56 cedera lori tangki minyak meletup di Nigeria
Sekurang-kurangnya 70 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian letupan lori tangki minyak yang terbalik di negeri Niger, Nigeria, pada hari Sabtu.
Mahkamah Korea Selatan sambung tempoh tahanan Yoon 20 hari
Mahkamah Korea Selatan pada Ahad melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Belgium pada 19 dan 20 Januari ini sebaik selesai tugas beliau di United Kingdom (UK).
Pemukiman Menteri Luar ASEAN tumpu isu serantau dan antarabangsa
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempengerusikan Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) pada Ahad yang akan membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
PM jumpa Corbyn, kongsi pendapat Malaysia-UK, gencatan senjata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh politik British Jeremy Corbyn semasa lawatan kerja beliau ke London, United Kingdom.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Biden dituduh berat sebelah dalam konflik Gaza
Laporan Human Rights Watch (HRW) Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dituduh bersikap berat dalam isu hak asasi manusia berhubung dua konflik yang hampir sama di Gaza dan Ukraine.
Gencata senjata: Israel akan bebaskan 2,000 banduan Palestin pada fasa pertama perjanjian
Hampir 300 rakyat Palestin yang menjalani hukuman penjara seumur hidup juga termasuk dalam senarai pembebasan.
Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga dengan tindak-tanduknya
Najib mengakui bahawa beliau tetap menggunakan bantuan Jho Low dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi walaupun mempunyai perasaan curiga terhadap lelaki itu.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Najib nafi belanja jutaan ringgit untuk tingkatkan imej peribadi
Najib menegaskan bahawa wang disalurkan daripada Tanore Finance Corporation ke dalam akaun peribadinya merupakan wang derma daripada Raja Arab Saudi.
Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata isu itu akan dibincangkan semula di Parlimen ketika bersidang pada bulan depan.
Derma Arab Saudi tidak langgar kod etika - Najib
Najib berkata ia tidak melanggar sebarang peraturan yang termaktub di bawah Kod Etika Bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen.
Semua pihak dinasihati hormati prosiding mahkamah kes semakan Najib - AGC
Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menasihati semua pihak supaya menghormati prosiding mahkamah berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi.
Najib pulangkan wang derma kerana PRU13 telah berakhir
Najib berkata beliau ingin mengelakkan sebarang salah tafsiran yang mungkin timbul daripada kewujudan jumlah wang yang besar dalam akaun peribadinya.
Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.
Kerajaan akan mohon larang semua pihak bersuara isu Titah Adendum Najib
Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili kerajaan berkata, permohonan dibuat kerana kes tersebut menyentuh isu sensitif.