BUKAN lagi rahsia apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini berdepan dengan pertuduhan di mahkamah dan keputusan mengenainya dijangka diketahui dalam masa beberapa bulan lagi.
Juga bukan lagi rahsia apabila UMNO ternyata gagal untuk mendapatkan jawatan Ketua Menteri Sabah selepas pilihan raya baru-baru ini sehingga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan sendiri mempersoalkan hala tuju parti.
Seperti air yang menggelegak, Mohamad meminta Ahmad Zahid memberikan pedoman dan hala tuju jelas kepada semua ahli berkaitan kerjasama parti itu dengan saingan politiknya.
Apabila melihat situasi politik dalaman parti yang nampak tenang tetapi di dalamnya bergoncang, Mohamad menasihati secara terbuka terhadap perlunya penegasan konsensus politik untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara UMNO diperlakukan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Seperti rahsia terbuka, begitu ramai ahli-ahli dan juga pimpinan UMNO yang begitu kecewa apabila kerusi Ketua Menteri Sabah itu 'terlepas' ke tangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun jentera UMNO yang berhempas-pulas sehingga ramai yang terkena tempias pandemik COVID-19 selain dikuarantin.
Bukan rahsia juga Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sememangnya berhasrat untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa yang terdekat selepas menang di Sabah.
Signal itu jelas diberi Muhyiddin yang mahu mempercepatkan PRU15 dengan syarat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi PRN. Namun, dalam situasi COVID-19 hari ini, perancangan itu pasti 'tergendala' seketika.
Namun, semua pihak harus sedar, tiada jaminan penangguhan itu akan bertahan sehingga habis penggal pada 2023 nanti.
Cukup majoriti
Kira-kira siapa Ahli Parlimen yang bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memberikan kepercayaan sebagai bakal perdana menteri sehingga kini masih menjadi teka-teki.
Campuran kerusi-kerusi milik pembangkang dan mungkin andaian beberapa Ahli Parlimen kerajaan yang mungkin beralih hati memberi sokongan kepada Anwar juga saban hari menjadi congak dan isu panas di kedai kopi.
Dengan keyakinan dakwaan kerajaan Muhyiddin sudah jatuh, Anwar sehingga sekarang masih menyimpan rahsia senarai majoriti yang dikatakan boleh membawanya duduk di kerusi nombor satu di Putrajaya.
Namun, jangan ada sesiapa yang menafikan kejutan Raja Reformasi ini, meskipun logik akal mungkin tidak mampu untuk merungkai muslihat Anwar kali ini, pastinya politik itu sendiri adalah 'Art of the possible' yang membawa maksud segalanya berkemungkinan dalam politik termasuklah gerakan terbaru Anwar itu.
Keadaan pembangkang yang sukar dibaca akhir-akhir ini juga menjadi antara penyebab politik negara sukar diramal.
Setiap tindakan Anwar sukar diramal, sukar dibaca dan perlu diakui mempunyai strategi politik unggul yang boleh menggegar pentas politik negara seperti yang pernah dilakukannya sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
Dalam pada itu, percaturan gerak kerja, strategi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga jangan dinafi boleh menggoyah sentimen dan minda masyarakat.
Walaupun mungkin bilangan kumpulan ini kecil namun jangan ditidakkan sama sekali pengaruh yang boleh menjadi penentu jika pada akhirnya nanti mana-mana pihak mahukan sokongan mereka untuk membentuk kerajaan. Ia tidak mustahil berlaku.
Apa keputusan
Jika Ahmad Zahid dijatuhkan hukuman bersalah, pastinya ini menutup peluangnya untuk bertanding pada PRU15.
Sembang kumpulan politik di aplikasi WhatsApp banyak memberi bayangan bekas timbalan perdana menteri itu berhadapan kes yang lebih terang lagi bersuluh berbanding tuduhan yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Jika didapati bersalah, kes Ahmad Zahid ini akan memberikan persepsi yang buruk kepada rakyat dan beberapa pihak dalam UMNO sendiri terhadap kedudukannya sebagai presiden dan keperluan muka baharu sebagai kemudi nakhoda bahtera parti Melayu paling lama dalam negara.
Ia juga memberi laluan sukar dan penuh berliku untuk Ahmad Zahid kekal menjadi Presiden UMNO pada pemilihan yang dijadual diadakan pada 2021.
Pasti perit untuknya untuk kembali menjadi 'abang besar' untuk parti pada PRU15 nanti.
Persolan yang berlegar-legar dalam minda banyak pihak ialah wajarkah UMNO untuk mempercepatkan pemilihan parti itu atau mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) bagi memilih nakhoda baru untuk berdepan PRU15?
Mampukah Ahmad Zahid bertahan dan menjadi pemimpin paling hadapan pada saat getir dirinya kini jika PRU15 diadakan sebelum pelilihan UMNO yang dijadual selepas pertengahan tahun hadapan?
Apapun, semuanya terletak kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO, akar umbi atau sesiapa juga di belakang tabir parti untuk mempengaruhi apa sahaja yang akan berlaku di dalam 'rumah' mereka.
Harus difikirkan, UMNO berhadapan tugas untuk menangani banyak isu termasuk memberi keutamaan kepada menjawab persoalan siapa nakhoda yang paling sesuai untuk mengembalikan zaman kegemilangannya satu masa dahulu.
BACA: UMNO, BN tidak dapat halang Ahli Parlimennya mahu sokong Anwar - Ahmad Zahid
Jika Ahmad Zahid masih Presiden UMNO dan nakhoda utama mendepani PRU15, pastinya pihak lawan mendapat 'bola tanggung' untuk menyerang UMNO dengan mengungkit kembali pelbagai kisah yang memastikan servis tetap di tangan mereka demi meraih undi untuk mendapatkan kembali impian menjadi kerajaan yang pernah dikecapi selama 22 bulan sebelum ini.
Kalaupun tidak sehebat serangan ala-ala 1MDB yang pernah meranapkan Barisan Nasional pada PRU14, kisah silam Ahmad Zahid ini akan dijaja sehebatnya menggunakan platform media sosial yang menjadi jentera utama Pakatan Harapan untuk menang, sama seperti yang dilakukan mereka dalam PRU sebelum ini.
* Wan Syamsul Amly ialah wartawan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Thu Oct 08 2020
UMNO berhadapan tugas untuk menangani banyak isu termasuk memberi keutamaan kepada menjawab persoalan siapa nakhoda yang paling sesuai untuk mengembalikan zaman kegemilangannya satu masa dahulu. - Gambar fail BERNAMA
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
One Championship: Jojo Ghazali kekalkan 'trademark' berbaju Melayu
Pakaian tradisi, baju Melayu dan samping, kekal menjadi pilihan Johan 'Jojo' Ghazali ketika sesi 'face off' One Championship, semalam.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.
Guru boleh buat kerja sambilan, Tapi perlu kebenaran
Boleh buat kerja sambilan, termasuk membuka kelas tiusyen, tetapi guru perlu dapatkan kebenaran dan tanpa menganggu tugas hakiki.
1.4 bilion orang mengembara rentas negara pada 2024 - UNWTO
Perkembangan itu menandakan pemulihan kukuh bagi industri pelancongan global selepas pandemik COVID-19.
Malaysia ambil pendekatan seimbang, tidak ikut langkah sekat akses dalam talian
Fahmi berkata Malaysia akan mengambil pendekatan yang lebih seimbang dalam menangani isu keselamatan dalam talian.
Individu disyaki salah guna wang pampasan projek balak
SPRM Sarawak reman seorang individu disyaki menyalah guna wang pampasan berjumlah kira-kira RM455,000.
Himpunan rakyat benci rasuah tetap diteruskan - Sekretariat
Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada Sabtu ini tetap diteruskan walaupun pihak polis melarang penganjuran itu.
Sekretariatnya menerusi kenyataan menyifatkan, sekatan itu mengkhianati hak rakyat untuk berhimpun dan mencabuli nilai reformasi seperti diperjuangkan Kerajaan Madani.
Sekretariatnya menerusi kenyataan menyifatkan, sekatan itu mengkhianati hak rakyat untuk berhimpun dan mencabuli nilai reformasi seperti diperjuangkan Kerajaan Madani.
AWANI Ringkas: Tugas kerja masih dalam skop
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Najib nafi tamatkan perkhidmatan Abdul Gani kerana siasatan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada 2015 tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB.
Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga dengan tindak-tanduknya
Najib mengakui bahawa beliau tetap menggunakan bantuan Jho Low dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi walaupun mempunyai perasaan curiga terhadap lelaki itu.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Najib nafi belanja jutaan ringgit untuk tingkatkan imej peribadi
Najib menegaskan bahawa wang disalurkan daripada Tanore Finance Corporation ke dalam akaun peribadinya merupakan wang derma daripada Raja Arab Saudi.
Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata isu itu akan dibincangkan semula di Parlimen ketika bersidang pada bulan depan.
Derma Arab Saudi tidak langgar kod etika - Najib
Najib berkata ia tidak melanggar sebarang peraturan yang termaktub di bawah Kod Etika Bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen.
Semua pihak dinasihati hormati prosiding mahkamah kes semakan Najib - AGC
Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menasihati semua pihak supaya menghormati prosiding mahkamah berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi.
Najib pulangkan wang derma kerana PRU13 telah berakhir
Najib berkata beliau ingin mengelakkan sebarang salah tafsiran yang mungkin timbul daripada kewujudan jumlah wang yang besar dalam akaun peribadinya.
Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.