Kira-kira tiga minggu menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dipuji sebagai seorang pentadbir yang mempunyai kematangan politik dan keberanian.
Para penganalisis membuat kesimpulan itu berdasarkan beberapa keputusan yang dibuat beliau selepas mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pada 4 Feb lepas.
Mereka berkata beliau menunjukkan kematangan apabila berjanji akan meneruskan projek dan perancangan diusahakan Mukhriz kerana beliau lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding emosi politik.
Keberanian beliau, menurut mereka, terserlah dalam keputusannya untuk mengekalkan kesemua sembilan Exco yang berkhidmat di bawah pentadbiran Mukhriz, tidak gentar akan kemungkinan mereka tidak setia atau menyokongnya.
Ahmad Bashah lebih mementingkan kesinambungan untuk memastikan kerja pentadbiran sedia ada tidak terjejas memandangkan tempoh pentadbiran berbaki dua tahun sahaja lagi sebelum pilihan raya umum akan datang.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata Ahmad Bashah menunjukkan keberanian politik ketika sesetengah pihak masih merasa curiga dengan tahap kesetiaan Exco yang pernah rapat dengan Mukhriz.
"Begitu pun penilaian setiap tiga bulan sekali tentu saja akan menjadikan semua Exco berusaha mempamerkan prestasi terbaik, manakala lumrah politik tanah air, kesetiaan politik adalah berdasarkan kepada jawatan kerajaan," katanya.
Katanya Ahmad Bashah ketika ini perlu berhadapan cabaran untuk mengambil langkah segera bagi menjaga kesetiaan mereka yang tidak dilantik sebagai Exco khususnya mereka yang sebelum ini bersuara lantang mendesak Mukhriz berundur.
Dr Kamarul Zaman berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) seperti Datuk Ahmad Lebai Sudin (Bukit Lada) begitu lantang bersuaara mendesak Mukhriz berundur dan banyak pihak menjangkakan beliau diberikan peranan penting dalam kabinet kerajaan negeri yang baharu.
"Apabila mereka yang terkedepan sebelum ini tidak dilantik sebagai Exco maka sudah tentu penyokong mereka akan merasa kecewa, jadi adalah perlu bagi Ahmad Bashah berbuat sesuatu bagi mengelakkan mereka melarikan diri daripada beliau," katanya.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa UUM Shukri Shuib berkata, Ahmad Bashah telah meletakkan kepentingan UMNO dan Kedah di hadapan berbanding soal polemik yang berlaku sebelum ini.
"Dalam politik tidak boleh tergesa-gesa, langkah memikir dan mengambil masa dalam menentukan barisan Exco adalah kaedah yang baik bagi pastikan saf kepimpinan yang terpilih boleh bantu Menteri Besar urus kerajaan negeri.
"Tindakannya (Ahmad Bashah) mengekalkan semua Exco ini memang di luar dugaan. Mungkin ada ADUN yang bercita-cita menjadi Exco," katanya.
Menurutnya Menteri Besar dan kesemua Exco perlu melakukan "Le Tour de Kedah" iaitu turun padang bagi bertemu rakyat dan meninjau permasalahan mereka, selain bertemu tokoh setempat bagi merapatkan hubungan.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa UUM Prof Madya Dr Mohd Aziuddin Mohd Sani pula tidak menolak kemungkinan Ahmad Bashah akan merombak barisan Exco kemudiannya dalam tahun ini sekiranya perlu.
"Saya rasa strategi terpenting UMNO ialah menyatupadukan UMNO dahulu. Keputusan beliau (Ahmad Bashah) mengekalkan Exco adalah untuk redakan perbalahan.
"Matlamat beliau adalah untuk kestabilan UMNO," katanya.
Apa pun keadaannya, Ahmad Bashah mahu semua pihak lupakan segala peristiwa pahit dan tumpukan kepada pentadbiran negeri demi kesejahteraan rakyat.
Bernama
Thu Feb 25 2016
Menteri Besar Kedah yang baru Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memasukkan kad perakam waktu pada hari pertama bertugas ketika tiba di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman, 7 Feb lalu. - Foto BERNAMA
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.
Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.
Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.
Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.
10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.
Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.
Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.
Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.