KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim menyerahkan tuntutan saman ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud kepada pihak peguam untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata, tindakan itu susulan Mohd Nassuruddin yang juga ADUN Meranti tidak membuat permohonan maaf sebagaimana dituntut berhubung kenyataan yang melabelkan beliau dan ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hasyim sebagai kumpulan menentang perjuangan Islam.
"Tempoh tujuh hari sudah berlalu, saya telah menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk melaksanakan tindakan seterusnya.
"Kita tunggulah...," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.
Sebelum itu Dr Hafidzah bersama Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor menjayakan Program Komunikasi Tindakan Setempat dan Sambutan Hari Kebangsaan di Pasar Kubang Pasu, di sini.
Mengulas lanjut mengenai tindakan saman itu, Dr Hafidzah berkata, beliau bertegas demi menjaga maruah dirinya sendiri dan tidak rela diberi gelaran apa-apa yang tidak benar.
"Rakyat perlu tahu mereka ada prinsip dan dengan semangat itu beliau akan masuk ke DUN dengan penuh keyakinan.
"Saya tidak mahu mewujudkan hubungan negatif dan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing demi kesejahteraan rakyat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Hafidzah yang juga Timbalan Pengerusi Wanita Pakatan Harapan (PH) memberitahu, pada asasnya beliau dan ADUN Galas sudah tahu tugas pembangkang walaupun hanya memperoleh dua kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
"Kami mahu memainkan peranan di Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk melaksanakan semak dan imbang," katanya.
Beliau berkata, sebagai wakil rakyat pembangkang, mereka sangat mengalu-alukan pengumuman Menteri Besar Kelantan untuk memberikan peruntukan yang sama.
"Alhamdulillah itu menunjukkan tuntutan keadilan dalam Islam yang kita perjuangkan bersama sama.
"Cuma kita juga tidak mahu mana-mana pihak ambil kesempatan dan mengelirukan rakyat dengan tuduhan yang tidak benar," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 04 2023

Dr Hafidzah bersama Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor menjayakan Program Komunikasi Tindakan Setempat dan Sambutan Hari Kebangsaan di Pasar Kubang Pasu, di sini. - Gambar/ Sinar Harian
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Taklimat pembangunan Kelantan dapat maklum balas positif kerajaan Persekutuan - MB
Kata Menteri Besar Kelantan, hubungan kerajaan negeri dan kerajaan Pusat amat baik ibarat "ayah" dan "anak."

Anwar adakan perjumpaan tertutup bersama MB Kelantan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud untuk berbincang mengenai pembangunan negeri Kelantan.

Kelantan tiada masalah pengambilan tanah untuk lanjutkan ECRL ke Rantau Panjang
Kerajaan Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah pengambilan tanah jika cadangan pelanjutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga Rantau Panjang dipersetujui kerajaan MADANI.

MB Kelantan pula saman ADUN Galas, Kota Lama
Datuk Mohd Nassuruddin Daud pula memfailkan saman terhadap ADUN Galas dan ADUN Kota Lama berhubung isu memfitnah beliau membawa fitrah takfiri.

MB Kelantan gagal mohon maaf, Dr Hafidzah teruskan saman
ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim menyerahkan tuntutan saman ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud kepada pihak peguam untuk tindakan selanjutnya.

PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.

Rumah Terbuka Malaysia Madani, Kelantan tiada halangan - Ahmad Yakob
Kerajaan Kelantan bersikap terbuka dengan penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani yang bakal diadakan oleh Kerajaan Persekutuan di Kota Bharu pada 12 Mei depan.

MB Kelantan harap pertemuan dengan PM beri hasil baik
Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berharap kunjungan hormatnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dua hari lepas, akan memberikan hasil yang baik kepada rakyat Kelantan.

Kelantan bentang Belanjawan 2023, defisit RM165.31 juta
Kerajaan Kelantan hari ini membentangkan Belanjawan 2023 dengan unjuran defisit lebih tinggi iaitu RM165.31 juta.

Kelantan sedia hadapi banjir - Menteri Besar
Kerajaan negeri Kelantan sudah melakukan persediaan dalam menghadapi kemungkinan banjir selepas memasuki peralihan Monsun Timur Laut pada November ini.