MCA Negeri Sembilan telah menyiapkan senarai calonnya untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), kata Pengerusinya Datuk Dr Lim Chin Fui.
Beliau berkata senarai itu merangkumi muka baharu dan lama serta calon wanita.
"MCA negeri dijangka bertanding di dua kawasan Parlimen dan 10 kawasan Dewan Undangan Negeri," katanya kepada pemberita pada majlis Tahun Baharu Cina anjurannya, di sini hari ini.
Lim juga yakin perpaduan yang utuh dalam MCA Negeri Sembilan akan menjadi kekuatan mereka untuk menghadapi PRU-14.
"Saya juga dapat lihat semangat kaum Cina sudah balik kepada MCA," katanya.
Sementara itu, kira-kira 2,500 tetamu menghadiri rumah terbuka anjurannya yang bermula 10 pagi hingga 2 petang.
Antara yang hadir ialah Ketua Umno Bahagian Teluk Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri Datuk Tun Hairudin Abu Bakar. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 29 2017

Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Dr Lim Chin Fui berkata semangat kaum Cina sudah balik kepada MCA.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

PPBM umum bertanding 12 kerusi di Selangor
Parti itu akan bertanding di sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi Parlimen.

#MalaysiaMemilih: BN boleh menang di Kedah, tapi...
Berdasarkan kaji selidik, Barisan Nasional mungkin akan berdepan kekalahan pada PRU14 nanti jika calon yang sama dipertandingkan.

MCA N. Sembilan sudah siapkan senarai calon PRU-14
Beliau berkata senarai itu merangkumi muka baharu dan lama serta calon wanita.