MELAKA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2022 bagi menurunkan kelayakan umur daripada 21 kepada 18 tahun untuk seseorang individu layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Pindaan rang undang-undang itu dicadangkan berikutan Parlimen telah meminda Seksyen 5 Jadual ke-8 Perlembagaan Persekutuan, berkuat kuasa 11 Sept 2019, yang menurunkan had umur layak bertanding daripada 21 ke 18 tahun bagi calon Ahli Dewan Rakyat.
Pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan dibahaskan beberapa ADUN sebelum diluluskan selepas bacaan kali ketiga.
Terdahulu semasa sesi perbahasan, Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) berkata pindaan had umur berkenaan adalah satu penghargaan kepada penglibatan dan peranan orang muda dalam politik negara.
"BN (Barisan Nasional) sentiasa konsisten menyokong dalam isu penurunan had umur mengundi ini. Mereka sudah cukup dewasa dan matang untuk membuat keputusan dan seiring zaman kini, mereka sudah cukup matang malah mampu terlibat dalam proses membuat dasar," katanya.
Sementara itu Kerk Chee Yee (DAP-Ayer Keroh) berkata walaupun ada pihak tidak bersetuju dengan pindaan tersebut berikutan persepsi kematangan orang muda yang masih belum mencapai tahap sepatutnya, namun ia membantu menyuburkan demokrasi negara.
"Itu (umur) bukan soalnya tetapi ini lebih kepada soal keadilan. Adakah kita bersedia melibatkan anak muda dalam proses pilihan raya?
"Jadi ini langkah pertama dalam memberi ruang kepada mereka dalam politik malah pilihan raya. Ini juga sebagai satu proses untuk mereka faham mengenai demokrasi," katanya.
Rang undang-undang berkenaan diluluskan dengan sokongan majoriti 25 ADUN manakala tiga ADUN tidak hadir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022

Pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Sulaiman dan dibahaskan beberapa ADUN sebelum diluluskan selepas bacaan kali ketiga. - Gambar/ Ketua Menteri Melaka
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.

Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.

Usul tubuh Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka diluluskan
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka.

Ab Rauf kemuka usul penubuhan Kumpulan Wang Amanah Dana Hartanah Bumiputera Melaka
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini mencadangkan usul bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Dana Hartanah Bumiputera Melaka.

ADUN Melaka naik gaji bermula Januari 2024
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka akan menikmati kadar saraan baharu bermula Januari tahun depan.

Melaka bentang Bajet 2024 berjumlah RM564.6 juta
Hasil kerajaan negeri dianggarkan berjumlah RM479.6 juta dengan anggaran Hasil Cukai berjumlah RM167.4 juta, Hasil Bukan Cukai (RM298.9 juta) dan Terimaan Bukan Hasil (RM13.3 juta).

Melaka kutip hasil RM298.41 juta tahun ini
Ia membabitkan RM122.56 juta bagi hasil cukai, RM138.72 juta bagi hasil bukan cukai dan RM37.13 juta bagi terimaan bukan hasil.

Projek perintis pembangunan pasar terapung Sungai Melaka sedang dirancang - Exco
Projek itu akan dipindahkan ke stesen teksi air berhampiran Taman Lagenda selepas kerja-kerja pembersihan dan pengindahan sungai siap.

DNB sasar liputan 5G capai 89.5 peratus di Melaka menjelang Disember
Fairul Nizam berkata peratusan berkenaan akan meliputi 225 lokasi di seluruh negeri Malaka.