KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
Ahmad yang memegang jawatan itu sebelum ini berkata ia susulan Pas berjaya membentuk kerajaan negeri, selepas menang 43 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
"Insya-Allah kita akan berbincang malam ini (12 Ogos), selepas dapat semua keputusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Kita jangka angkat sumpah Menteri Besar Kelantan pada 15 Ogos ini, namun ia bergantung kepada keadaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan PRN di Pejabat Penerangan Pas negeri, di sini hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan Kelantan yang ditadbir Pas, dijangka memiliki gabungan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang baharu, selepas PRN ini.
Keputusan PRN menyaksikan Pas menang 38 kerusi, manakala rakan gabungannya iaitu Bersatu meraih lima kerusi.
Dua lagi kerusi iaitu DUN Galas dimenangi Barisan Nasional (BN), manakala Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi DUN Kota Lama yang sebelum ini disandang oleh Pas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2023

Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob. - Gambar fail/BERNAMA

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Anwar puji MB Kelantan berunding selesaikan isu mendesak
Perdana Menteri berkata, rundingan tersebut termasuk melibatkan isu-isu mendesak seperti banjir dan tebatan banjir.

Kelantan mohon RM1.7 bilion dari kerajaan pusat atasi masalah bekalan air terawat
Datuk Ahmad Yakob berkata, AKSB melalui kerajaan negeri merancang untuk tukar paip secara berperingkat.

MB Kelantan nasihat perantau pulang ke kampung kekal patuh SOP
Bimbang wabak COVID-19 kembali merebak di Kelantan kerana kepulangan perantau jika mereka tidak mengamalkan langkah sewajarnya.

Negara kehilangan pemimpin dan ilmuwan Islam dengan pemergian Nik Aziz - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negara telah kehilangan seorang pemimpin dan ilmuwan Islam yang telah banyak berjasa dengan pemergian ke rahmatullah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi.