SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor dijangka mengangkat sumpah selewat-lewatnya pada Isnin depan.
Memetik laporan MalaysiaGazette, masa yang panjang untuk mengangkat sumpah diperlukan bagi memberi ruang kepada Istana Selangor membuat persiapan sewajarnya selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pulang ke tanah air semalam selepas menjalani prosedur perubatan di luar negara.
Laporan itu memetik sumber parti berkata bahawa setakat ini calon Menteri Besar yang mendapat restu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah Datuk Seri Amirudin Shari.
“Semalam (Isnin) sudah ada satu perjumpaan. Semua positif setakat ini. Istana hendak tiga nama, parti telah hantar tiga nama dengan memberi keutamaan penuh kepada Datuk Seri Amirudin Shari. Ini juga berikutan kecemerlangan rekod prestasi beliau mentadbir Selangor.
“Ahli Dewan Undangan (ADUN) penggal pertama kemungkinan besar tidak akan diberi perhatian kali ini,” katanya.
Difahamkan dua lagi nama yang diserahkan kepada istana ialah Borhan Aman Shah (Tg Sepat) dan Fahmi Ngah (Seri Setia).
Sebelum ini, media melaporkan Kerajaan Perpaduan akan mengekalkan Amirudin sebagai Menteri Besar sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang di Selangor.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabtu lalu, gabungan PH-BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 16 2023

Sebelum ini, media melaporkan Kerajaan Perpaduan akan mengekalkan Amirudin sebagai Menteri Besar sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang di Selangor. - Foto fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: PM hargai Kerajaan Perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

80 rumah setinggan terbakar, 669 penduduk tinggal sehelai sepinggang
Jumlah awal mangsa yang terjejas adalah seramai 669 orang terdiri daripada 139 keluarga.

Rakyat Palestin tunaikan solat tarawih di celah runtuhan masjid
Penduduk Palestin menghamparkan permaidani dan tikar di sebelah runtuhan masjid yang musnah untuk menunaikan solat Tarawih.

Komposer Zul Mahat meninggal dunia akibat jangkitan kuman
Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke PPUM sejak penghujung Disember lalu selepas terjatuh ketika menjalani rawatan dialisis.
#AWANIRingkas 1 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Mac 2025
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas

Kebajikan, pendidikan anak veteran tentera akan terus terbela - Adly
Kerajaan memahami keadaan mereka yang tidak mampu lagi bekerja selepas bersara bagi menampung perbelanjaan keluarga.
AWANI Pagi: Gaya hidup sibuk? Amalkan sahur "meal prep"
Sempena 1 Ramadan esok, ikuti diskusi eksklusif #AWANIPagi bersama Dr. Muhammad Rezza Zainal Abidin, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan & Khidmat Makananan, Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan berkongsi beberapa panduan bagaimana menyediakan sahur yang sihat dan menyelerakan khususnya bagi mereka yang gaya hidupnya sibuk dengan tugasan seharian.

Dua maut dalam kebakaran di Penampang
Dua maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi tadi.

Azeem Fahmi cipta sensasi lagi, layak ke final acara 60m di Texas
Azeem berjaya layak ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan larian di tempat kedua.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Tanah runtuh Melawati: Lokasi kejadian antara 114 ‘hotspot’ di Selangor - Amirudin
Terdapat 400 sehingga 600 kawasan hotspot di sepanjang kawasan batu kapur dari Hulu Klang hingga Batu Caves.

ESG jamin pembangunan Selangor tidak korban alam sekitar, kesejahteraan rakyat
Di Selangor, pelaksanaan ESG telah mula dijadikan keutamaan dalam setiap perancangan pembangunan.

Belanjawan Selangor 2025 dibentang pertengahan November - MB
Belanjawan Selangor 2025 yang sepatutnya dibentangkan pada 8 November diubah kepada pertengahan November depan.

Projek SA Sentral dilancar, GDV RM3 bilion
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor lancar SA Sentral, sebuah projek pembangunan bandar berimpak tinggi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM3 bilion.

Amirudin akui lebih selesa kekal terajui Selangor
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau lebih selesa untuk terus kekal menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Pelabuhan Pulau Carey mampu tawar perkhidmatan lebih baik - MB
Pembangunan Pelabuhan Pulau Carey adalah satu rancangan strategik agar Selangor terus menjadi lokasi tumpuan aktiviti ekonomi di Malaysia.

Selangor belum buat semakan kenaikan elaun ahli majlis PBT - MB
Kerajaan Selangor belum membuat sebarang semakan berhubung cadangan kenaikan elaun ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

MBSA beri kebenaran roboh Stadium Shah Alam - Amirudin
Proses perobohan Stadium Shah Alam bagi pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam yang baharu dijangka dilaksanakan tidak lama lagi.

Anugerah Buku Negara 2023: KSN, MB Selangor terima Anugerah Perdana
Ketua Setiausaha Negara dan Menteri Besar Selangor antara penerima anugerah utama pada majlis Anugerah Buku Negara 2023.

SIBS 2023: Selangor tumpu tarik pelaburan berimpak tinggi - Menteri Besar
Selangor tidak boleh selesa dengan kedudukannya sebagai penerima jumlah pelaburan tinggi berbanding negeri-negeri lain, tegas Amirudin.