PUTRAJAYA:Mesyuarat Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Jemaah Kabinet selesai pada pukul 2 petang tadi selepas hampir tiga jam berlangsung di Bangunan Perdana Putra, di sini.
Mesyuarat yang bermula pada pukul 11.30 pagi itu dihadiri Menteri-Menteri Kabinet dipercayai membincangkan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menolak pengisytiharan darurat semalam.
Antara barisan Kabinet yang telah keluar meninggalkan Pejabat Perdana Menteri termasuk Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Selain itu, turut meninggalkan Bangunan Perdana Putra ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Mesyuarat Khas itu diadakan bagi membincangkan lebih lanjut titah Seri Paduka bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia.
Terdahulu, Muhyiddin turut mengadakan pertemuan bersama pemimpin parti politik daripada Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung kira-kira dua jam bermula pukul 9.30 pagi tadi.
BACA: Pertemuan PM hanya libatkan ketua parti dalam PN
Astro AWANI difahamkan, mereka terdiri daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden MIC, Tan Sri S. A Vigneswaran, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof.
LAPOR LANGSUNG: Mampukah Ahli Parlimen berhenti main politik selepas titah Agong?
LAPOR LANGSUNG: Tiada keperluan darurat, berhenti main politik - Titah Agong
Fauzi Suhaimi
Mon Oct 26 2020

Mesyuarat Khas Kabient di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya berlangsung selama tiga jam pada Isnin. - Gambar fail
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.

Kongres Nasional Tahunan PKR 2021 berlangsung serentak 2022, jawatan kosong kekal
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kongres tahunan itu akan berlangsung serentak dengan kongres bagi tahun 2022.

Tiada keperluan letak negara dalam darurat selepas 1 Ogos - Raja-Raja Melayu
Raja-Raja Melayu turut sependapat bahawa suhu politik yang semakin panas wajib diredakan.

Parlimen perlu bersidang secepat mungkin - Agong
Perbincangan khas ini merupakan kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019.

COVID-19: 5,150 kes baharu, 7,240 kes sembuh
Selangor menjadi penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 1,914 kes diikuti masing-masing Negeri Sembilan (607) dan Sarawak (570).

Kuasa Agong: Antara 'prerogatif' dan 'nasihat'
Mutakhir ini, Perkara 40 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menjadi topik perdebatan hangat selepas Yang di-Pertuan Agong menolak melaksanakan darurat.

PN sambut baik solidariti, tekad perangi COVID-19
PN menyambut baik semangat solidariti parti komponen ahli-ahli Parlimen ang telah menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendukung Kerajaan Perikatan Nasional.

Berunding biarlah di luar Parlimen, secara tertutup - Dr Aziz Bari
Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari mencadangkan rundingan antara kerajaan dan pihak pembangkang perlu dilakukan di luar Parlimen.

Peletakan jawatan Muhyiddin antara agenda perbincangan BN - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein berkata, beliau ingin mendengar pandangan konsesus BN mengenai perkara itu terlebih dahulu.

Dakwaan Ismail Sabri gesa Muhyiddin bubar Dewan Rakyat bagi UMNO, BN palsu
Dakwaan mengatakan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membubarkan Dewan Rakyat bagi pihak UMNO dan BN adalah palsu.

Mesyuarat Khas Kabinet selesai pukul 2 petang
Mesyuarat itu dipercayai membincangkan keputusan Yang di-Pertuan Agong yang menolak pengisytiharan darurat semalam.