KUALA LUMPUR: Pascapembentukan Kabinet, Menara Dato' Onn kembali menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berlangsung malam ini.
Di sebalik barisan ahli MKT yang hadir, Datin Seri Rosmah Mansor turut kelihatan sekali gus menimbulkan persoalan kepada petugas media yang sudah 'berkampung' di lobi bangunan.
Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu tiba kira-kira jam 8 malam, diiringi seorang pengiring wanita sebelum terus menaiki lif.
Kehadiran beliau dipercayai bagi bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mempengerusikan mesyuarat MKT malam ini.
Selain Rosmah, pemimpin tertinggi parti yang dilihat hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin dan beberapa ahli MKT lain.
Antara ahli MKT lain yang hadir ialah Datuk Seri Ahmad Said yang juga merupakan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Ab Raof Yusoh (Pengerusi UMNO Melaka), Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Razali Ibrahim.
Selain itu, turut kelihatan Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Ahmad Puad Zarkashi dan Datuk Dira Abu Zahar.
Ridauddin Daud
Thu Dec 08 2022

Kehadiran Rosmah dipercayai bagi bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar fail

DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), kata Datuk Bandar.

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Ahli MKT UMNO mula tiba di Menara Dato' Onn
Beberapa Ahli MKT UMNO dan beberapa pimpinan negeri dilihat sudah mula tiba di Menara Dato' Onn bagi menghadiri Mesyuarat MKT UMNO pada Jumaat malam.

MKT UMNO sesi 2023-2026 adakan mesyuarat pertama hari ini
Pimpinan baharu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sesi 2023 hingga 2026 mengadakan mesyuarat pertamanya di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia, hari ini.

Mesyuarat MKT: UMNO pecat seorang ketua bahagian, dua ketua wanita bahagian
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memecat tiga ahlinya, seorang ketua bahagian dan dua ketua wanita bahagian.

Pimpinan UMNO mula tiba, hadiri Mesyuarat MKT
Beberapa pimpinan UMNO tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi menghadiri Mesyuarat Biro Politik UMNO, pada Jumaat.

MKT UMNO bermesyuarat malam ini, kali pertama disertai Naib Presiden parti sebagai Perdana Menteri
Mesyuarat MKT sepatutnya berlangsung pada Sabtu lepas, namun ditangguh sebanyak dua kali, sebelum tarikh dimuktamadkan hari ini.