PILIHAN RAYA UMUM ke-15 (PRU15) diuar-uarkan akan diadakan secara tergempar pada bila-bila masa.
Parti-parti politik, termasuk Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dikatakan telah mengerakkan bilik gerakan dan jentera pilihan raya parti masing-masing termasuk MIC.
Pemimpin MIC sudah mula menjelajah ke negeri-negeri bukan sahaja meninjau persediaan parti itu di peringkat negeri malah merasai sendiri denyut nadi masyarakat khususnya pengundi India.
Presiden MIC juga sedang memberi perhatian kepada maklum balas masyarakat India terhadap penerimaaan orang ramai kepada parti itu terutamanya pemimpin-pemimpin yang bakal menjadi calon mereka pada PRU15.
Secara umumnya, Malaysian Indian Congress (MIC) adalah sebuah parti yang pernah disifatkan sebagai ‘hidup segan mati tidak mahu’ pada satu ketika dan satu-satunya parti yang semakin hilang taringnya dalam medan politik Malaysia sejak PRU13.
Bagaimanapun, kini ia dilihat semakin stabil dan kuat selepas Tan Sri SA. Vigneswaran, dilantik sebagai Presiden MIC yang ke-10 pada 2018.
Meskipun MIC tidak terlepas daripada kekalutan termasuk kemelut kepimpinan yang hampir melumpuhkan parti - malah hampir 80 peratus pengundi India menolak MIC pada PRU14, MIC kini dilihat bangkit semula malah perpaduan dalam parti ditafsirkan berada pada tahap yang paling tinggi dalam sejarah parti itu.
Vigneswaran banyak menumpukan perhatian kepada isu menjaga kebajikan ahli-ahli parti selain membela hak-hak politik mereka.
Perubahan paradigma dalam pendekatan mengurus parti oleh Vigneswaran bukan sahaja meraih sokongan hampir 400,000 ahli MIC, malah sambutan hebat daripada sebahagian besar masyarakat India.
Pada masa yang sama, kepimpinan beliau terus melestarikan institusi-intitusi yang dimilikinya seperti Universiti Perubatan (AIMST), Kolej Teknikal (Tafe) dan Kolej Profesional Vanto Academy.
Ia menawarkan bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada masyarakat India seperti peluang pendidikan malah bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar India yang kurang mampu untuk melanjutkan pendidikan tinggi dan vokasional.
Malah, MIC kepimpian Vignewaswaran juga tampil ke hadapan untuk membantu rakyat khususnya kaum India yang terkesan akibat pandemik COVID-19 melalui program Utavi.
Utavi merupakan inisiatif MIC yang dililhamkan oleh Vigneswaran bagi menyantuni keperluan masyarakat yang terkesan akibat COVID-19.
Malah, MIC merupakan satu-satunya parti yang menonjol dalam melancarkan program dalam talian untuk mengesan kumpulan yang memerlukan bantuan makanan bagi memudahkan penyediaan bahan-bahan makanan dengan segera kepada yang memerlukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Terus bantu
MIC masih terus menjalankan program bantuan makanan pasca PKP tanpa mengira kaum kepada warga B40 yang memerlukan.
Selain itu, inisiatif kemasyarakat yang diambil oleh Vignewaran telah menyentuh dan memuaskan hati sebahagian besar masyarakat India merentasi dan melangkaui fahaman politik.
Antaranya, program khidmat nasihat guaman secara percuma kepada ahli-ahli MIC dan orang awam yang memerlukan bantuan nasihat guaman dan membantu menyediakan barisan peguam untuk membela 12 orang India yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang didakwa mempunyai hubungan dengan pertubuhan Liberation Tigers Of Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka.
Selain itu, MIC turut membantu membawa pulang hampir 3,567 rakyat Malaysia yang terkandas di India, Nepal dan Bangladesh kerana penguatkusaan lockdown COVID-19 dengan kerjasama Wisma Putra dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M.Saravanan yang baru dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia dengan peruntukan besar dari MIC.
MIC juga melancarkan beberapa program lain seperti membantu mangsa banjir dan kebakaran, membantu warga yang kehilangan pendapatan akibat malapetaka, sumbangan RM10,000 kepada keluarga ahli MIC yang meninggal dunia selain sumbangan membaik pulih rumah dan kuil.
Meskipun MIC tidak menyertai kerajaan pusat apabila Barisan Nasional (BN) hilang kuasa pada PRU14, MIC terus melaksanakan program-program membantu masyarakat India dengan pelbagai bantuan terutamanya pendidikan.
Vigneswaran sentiasa percaya bahawa pendidikan adalah kunci kepada pembangunan yang mampu memacu kedudukan sosio-ekonomi kaum India kepada tahap yang lebih baik.
Sebagai contoh, bagi tahun 2019, biasiswa berjumlah RM3.2 juta disediakan untuk 300 pelajar melanjutkan pendidikan mereka.
Biasiswa dan pinjaman pendidikan itu adalah untuk pelajar-pelajar daripada golongan B40 mengikuti pendidikan dalam bidang perubatan, pergigian, undang-undang, kejuruteraan, farmasi, perakaunan, pengajian perniagaan, aeronautik dan lain-lain.
Langkah-langkah yang diambil Vigneswaran menjadikan MIC kembali meraih sokongan kaum India malah menjadikan parti itu kuat dan stabil kini berbanding parti politik lain.
Aset kemenangan
Dengan latar belakang politik dan sentimen masyarakat India itu, maka pandangan setengah pihak yang mendakwa MIC adalah liabiliti kepada kejayaan BN sekali gus Muafakat Nasional (MN) pada PRU15 adalah tidak berasas sama sekali.
Sebaliknya, MIC dilihat sebagai aset kepada kemenangan BN dan MN kerana parti itu dapat membekalkan undi ‘pelengkap’ kepada kemenangan gabungan MN yang dijangka bertanding hebat dengan PH untuk meraih sokongan undi Melayu pada PRU15.
Namun, MIC digesa keluar daripada kotak pemikiran lama atau tradisi dalam proses menghadapai PRU15 terutamanya dalam proses memilih bakal calon untuk bertanding mewakili MIC/BN pada PRU15.
Calon yang mewakili MIC hendaklah dipilih bukan semata-mata berasaskan faktor jawatan dalam parti seperti tradisi lama, tetapi lebih kepada faktor penerimaan sebahagian besar pengundi atau populariti dalam kalangan pengundi setempat terutamanya pengundi India.
Dalam menghadapi PRU15, pemimpin-pemimpin MIC diminta mendedahkan diri dengan ilmu politik era 3.0 atau ilmu pasaran politik baharu dan strategi kempen pilihan raya terbaharu yang terbukti menjamin kemenangan agar mereka dapat memainkan peranan dengan berkesan dalam usaha memenangi hati dan jiwa pengundi India kembali ke pangkuan BN/MN.
Apapun, tinjauan politik penulis setakat ini mendapati peluang MIC memenangi empat daripada sembilan kerusi Parlimen dan lapan daripada 18 kerusi DUN tradisi adalah cerah pada PRU15.
Antaranya, kerusi Parlimen Sungai Siput, Tapah, Hulu Selangor dan Segamat dan kerusi DUN Gambir, Tenggaroh, Kahang, Gadek, Jeram Padang, Sabai, Ijok dan Bukit Selambau.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Mon Jul 27 2020
Inisiatif kemasyarakat yang diambil oleh Vignewaran telah menyentuh dan memuaskan hati sebahagian besar masyarakat India merentasi dan melangkaui fahaman politik. - BERNAMA
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia, Syria terus berunding mengenai pangkalan tentera
Rusia dan Syria akan mengadakan rundingan lanjut mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria, menurut laporan agensi berita Rusia pada Selasa malam.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.